Translate

26 March 2025

Jururawat rugi RM144,000 angkara sindiket penipuan



Jururawat rugi RM144,000 angkara sindiket penipuan

Bernama

26/03/2025


Suspek memaklumkan wanita itu terlibat dengan kegiatan pengubahan wang haram, namun wanita itu menafikan dakwaan terbabit. - Gambar hiasan


KUANTAN: Seorang jururawat kerugian berjumlah RM144,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 39 tahun itu pada awalnya telah menerima panggilan daripada individu mendakwa pegawai polis pada 18 Jan lepas.

Beliau berkata suspek memaklumkan wanita itu terlibat dengan kegiatan pengubahan wang haram, namun wanita itu menafikan dakwaan terbabit.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat laporan polis bagi tujuan siasatan, selain dipaksa mengaku kesalahan itu dan diugut akan ditahan.

"Justeru, mangsa telah memindahkan wang ke dalam tiga akaun menggunakan wang simpanan dan pinjaman peribadi daripada bank berjumlah RM144,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa yang curiga setelah wangnya tidak dikembalikan dalam tempoh yang lama dan mengesyaki diperdaya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.

Kes katanya sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'Syarikat rugi lebih RM40,000 wang jualan dilarikan' 3 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'MIDA perkenal Pas Pelabur untuk galak pelaburan as' 12 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tindakan tegas, s' 14 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 15 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Tindakan tegas, s' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia' 16 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 17 mins ago
A visitor from New york viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Bursa Malaysia lantik Abdul Farid Alias sebagai pe' 19 mins ago