Translate

28 March 2025

Ibu dan anak didakwa sebabkan kecederaan dua beradik lelaki



Ibu dan anak didakwa sebabkan kecederaan dua beradik lelaki

Bernama

28/03/2025


Wanita dan anak lelakinya didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap dua kanak-kanak terbabit yang berumur lapan dan enam tahun. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Seorang ibu dan anaknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menganiaya dua beradik lelaki sehingga menyebabkan kecederaan.

Seorang ibu dan anaknya mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menganiaya dua kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun enam bulan dan enam tahun di Sentul.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, dengan hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun. Hakim membenarkan jaminan RM7,000 setiap tertuduh.

Pendakwaan memohon syarat tambahan termasuk larangan mengganggu saksi dan mangsa, melapor diri di balai polis sebulan sekali, dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, wanita berumur 65 tahun itu manakala anak lelakinya 29 tahun, didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap dua kanak-kanak terbabit yang berumur lapan tahun enam bulan dan enam tahun.

Mereka didakwa dilakukan di sebuah rumah di Sentul di sini, antara Januari hingga Mac 2025, mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Tasnim Abu Bakar membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 24 April.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faizah Khalilah Zaberi memohon jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi dan mangsa, melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sementara itu, peguam Ridzuan Sihat yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan wanita tersebut tidak bekerja manakala anak bongsunya bekerja sebagai jurujual dan perlu menanggung seorang anak kandung serta lima anak saudara.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 57 secs ago
A visitor from St petersburg viewed 'Woman jumps to her death at Sunway Pyramid Shoppin' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 24 mins ago
A visitor from Melaka viewed '25 terima rawatan awal setakat' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 28 mins ago
A visitor from Melbourne viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 48 mins ago