Translate

29 March 2025

Malaysia hantar bantuan kemanusiaan, sertai SAR di Myanmar - Ahmad Zahid



Malaysia hantar bantuan kemanusiaan, sertai SAR di Myanmar - Ahmad Zahid

Bernama

29/03/2025


Pasukan itu dijadual tiba di Yangon kira-kira 1 tengah hari ini. - Foto BERNAMA


PUTRAJAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) digerakkan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan paling terkesan akibat gempa bumi di Myanmar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata pasukan itu dijadual tiba di Yangon kira-kira 1 tengah hari ini.

"Pada masa yang sama, misi bantuan kemanusiaan ke Thailand juga sedang diselaras dan akan digerakkan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan.

Sebagai negara jiran yang prihatin dan rakan solidariti dalam komuniti ASEAN, Ahmad Zahid berkata Malaysia menyatakan komitmen penuh membantu negara-negara yang terjejas dalam insiden itu.

Beliau berkata Malaysia melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kekal komited untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam pengurusan bencana, khususnya melalui penyediaan kepakaran, aset teknikal dan sokongan logistik bagi meringankan penderitaan mangsa serta mempercepat proses pemulihan pascabencana.

"Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Myanmar dan Thailand dalam menghadapi saat-saat sukar ini dan akan terus memainkan peranan aktif dalam usaha bantuan kemanusiaan di rantau ini," kata beliau.

Ahmad Zahid berkata Malaysia merakamkan dukacita dan simpati yang mendalam terhadap insiden gempa bumi yang berpusat di Myanmar serta memberi impak besar kepada negara jiran Thailand.

"Kejadian ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan serius serta kerosakan besar kepada bangunan dan infrastruktur awam di kedua-dua negara.

"Lebih memilukan, terdapat laporan mengenai mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan manakala usaha menyelamat sedang dijalankan dalam keadaan mencabar," katanya.

Terdahulu, Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan Malaysia akan menghantar dua pasukan daripada NADMA ke Myanmar bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana susulan gempa bumi yang melanda tengah Myanmar, utara Thailand dan sebahagian selatan China.

Menurut Kementerian Luar pasukan penilaian awal yang terdiri daripada 10 anggota NADMA itu akan berlepas ke Yangon hari ini bagi memberikan bantuan teknikal dan menjalankan penilaian keperluan di lokasi.

Pasukan kedua melibatkan 40 anggota dijadualkan berlepas pada Ahad akan memberi tumpuan kepada kawasan keutamaan yang dikenal pasti dalam penilaian awal.

Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Myanmar pada kedalaman 10 kilometer dan beberapa minit kemudian, gempa susulan berukuran 6.4 pada Skala Richter melanda kawasan yang sama.

Gegaran kedua-dua gempa turut dirasai di Chiang Mai, Bangkok dan Ho Chi Minh City.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 21 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Adik Abam Bocey Ali Puteh Membuat Penjelasan Isu K' 28 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 47 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 8 mins ago