Translate

28 June 2025

Polis trafik maut nahas ketika bertugas Op Samseng Jalanan










Pengarah JSJ Mohd Shuhaily ditukarkan ke AKPS berkuat kuasa 1 Julai









Sidang Media Mahasiswa Selepas Kekecohan










Why are protesters in Bangkok calling for Thai PM's resignation, AP explains










Malaysia Cracks Down on Bangladeshi Extremists Amid Rising Radicalism in ASEAN










High public uni fees via direct entry route pricing out deserving students, says Dr Wee










TRAGEDI NGERl DI JALAN GERIK-JELI KONVOI MOTOSIKAL BERKUASA BESAR PUNCA NAHAS DENGAN HONDA CITY










Puluhan Rumah Rosak Dilanda Ribut Di Temerloh










'Nik Nazmi perlu fikir semula keputusan berundur'










Cakra Khan bakal kembali memukau peminat menerusi "Divine Concert "pada 2 Ogos 2025










Tiga lelaki didakwa guna senjata berbahaya sebabkan kecederaan

 







Peniaga rugi hampir RM1 juta ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud



Peniaga rugi hampir RM1 juta ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud

Bernama

28/06/2025


Mangsa telah membuat bayaran deposit ke dua akaun bank berbeza berjumlah RM932,300 menggunakan wang syarikat dan simpanan sendiri. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga lelaki terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM932,300 selepas ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 28 Mei lepas mangsa yang berusia 52 tahun menerima pesanan WhatsApp daripada seorang suspek lelaki yang mendakwa sebagai wakil sebuah kolej di daerah Kemaman.

Beliau berkata suspek menawarkan tender tertutup bagi membekal dan menghantar alat jana kuasa jenis mudah alih kepada mangsa.

"Mangsa telah membuat bayaran deposit ke dua akaun bank berbeza berjumlah RM932,300 menggunakan wang syarikat dan simpanan sendiri.

"Bagaimanapun, setelah membuat semakan dengan pihak kolej, mangsa mendapati tiada tawaran tender dibuka seperti didakwa suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa membuat laporan polis pada 11.53 malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

MOTAC terus laksana kempen kesedaran elak penipuan haji, umrah - KSU



MOTAC terus laksana kempen kesedaran elak penipuan haji, umrah - KSU

Bernama

28/06/2025


Shaharuddin berkata, urusan haji sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa Tabung Haji, namun pihak MOTAC sentiasa bekerjasama dengan Tabung Haji untuk menangani isu penipuan haji yang semakin berleluasa. - Gambar Bernama


TUMPAT: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan terus melaksanakan pelbagai kempen kesedaran bagi memastikan masyarakat tidak terperdaya dengan skim penipuan membabitkan urusan haji dan umrah.

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, urusan haji sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa Tabung Haji, namun pihak MOTAC sentiasa bekerjasama dengan Tabung Haji untuk menangani isu penipuan haji yang semakin berleluasa.

"Bagi pihak MOTAC, kita akan melaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya mereka tidak terperdaya dengan skim-skim penipuan ini, termasuklah bagi umrah.

"Kita dapati perkara ini berlaku setiap tahun, maka kesedaran amat penting supaya masyarakat dapat mengenal pasti yang mana benar dan yang mana melakukan penipuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Citrawarna Siam Malaysia Negeri Kelantan 2025 di Wat Machimmaram, di sini, malam tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa MOTAC telah mengambil tindakan tegas terhadap beberapa syarikat yang terlibat dalam penipuan umrah dan haji.

"Kami telah membatalkan lesen beberapa syarikat dan ada juga yang kita gantung. MOTAC sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini supaya tidak terus berlaku pada masa akan datang," katanya.

-- BERNAMA

Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan berkaitan kes buli



Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan berkaitan kes buli

Bernama

27/06/2025


Lima pelajar MRSM Besut direman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar di sekolah tersebut. - Gambar Bernama


JERTIH: Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ditahan polis bagi membantu siasatan kes buli melibatkan pelajar di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata kedua-dua pelajar Tingkatan Tiga itu ditahan 4 petang tadi selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama keluarga.

"Ini menjadikan sebanyak tujuh pelajar sekolah terbabit ditahan setakat ini, iaitu enam pelajar Tingkatan Tiga dan seorang pelajar Tingkatan Lima.

"Dua pelajar yang ditahan petang tadi akan dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu esok untuk proses permohonan reman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lima pelajar berusia 15 hingga 17 tahun yang ditahan sebelum ini telah direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Azamuddin berkata pihaknya menerima laporan pada petang semalam mengenai seorang lagi pelajar Tingkatan Dua yang didakwa turut menjadi mangsa dalam kejadian sama.

"Mangsa mendakwa dibuli kumpulan pelajar yang sama dalam kejadian kira-kira 11.30 malam Selasa lepas di asrama sekolah berasrama penuh itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami sakit di bahagian kaki kanan dan kiri," katanya.

Azamuddin dalam kenyataan semalam berkata seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM Besut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama, pada 11.30 malam Selasa lepas.

Beliau berkata berdasarkan laporan dibuat mangsa, dia diarahkan duduk dalam keadaan separa mencangkung dan diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar sehingga menyebabkan mangsa mengalami sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan.

-- BERNAMA

Malaysia, Indonesia sepakat ASEAN perlu bersatu hadapi cabaran global



Malaysia, Indonesia sepakat ASEAN perlu bersatu hadapi cabaran global

Bernama

27/06/2025


Anwar berkata dalam semangat saling percaya, Malaysia dan Indonesia turut berazam untuk menyelesaikan isu sempadan yang masih tertangguh dengan segera. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia sependapat bahawa ASEAN yang bersatu padu dan stabil amat penting dalam menghadapi cabaran global semasa, sama ada daripada segi ekonomi, politik mahupun keselamatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disepakati dalam pertemuan bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Jakarta, sempena lawatan rasmi sehari beliau ke republik itu, hari ini.

"Sebagai dua negara pengasas ASEAN, Malaysia dan Indonesia menegaskan komitmen teguh untuk memastikan perpaduan serantau terus dipelihara dan kestabilan ASEAN dikekalkan.

"Lantas hubungan erat Malaysia-Indonesia akan terus dijadikan teladan dan pemangkin kepada kesatuan ASEAN yang lebih utuh, demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan rantau secara keseluruhan," kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata dalam semangat saling percaya, Malaysia dan Indonesia turut berazam untuk menyelesaikan isu sempadan yang masih tertangguh dengan segera.

Perdana Menteri berkata penyelesaian tuntas masalah sempadan termasuk isu maritim yang berlarutan menjadi keutamaan bersama agar kepentingan besar persahabatan dan kerjasama erat Malaysia-Indonesia sentiasa terpelihara.

"Pendekatan menang-menang ini diharap dapat memperkukuh keyakinan dan kepercayaan antara kedua-dua negara tetangga serumpun.

"Keserasian di sudut pandang ini mencerminkan hubungan persahabatan yang akrab serta hubungan strategik yang terjalin kukuh antara kedua-dua negara," kata beliau.

-- BERNAMA

Trump terminates US trade talks with Canada










President Trump attends press briefing after Supreme Court ruling limiting nationwide injunctions.










Trump Gets Rwanda and the DR Congo to sign peace agreement at the White House










Keputusan Mengolah & Merombak Semula RMK13










Bekas pengetua dihukum penjara 107 tahun










27 June 2025

Titah Diraja Sultan Ibrahim sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M













Presiden Prabowo Sambut Kedatangan PM Anwar Ibrahim di Indonesia










GARA2 P0T0NG BARISAN DI PLAZA TOL TELOK PANGLIMA GARANG










PM Anwar Ibrahim Receives Official Welcome from President Prabowo at Merdeka Palace, Jakarta, Ind...










Sidang Media Bersama PM Malaysia Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto

 







Lelaki maut kereta dinaiki bersama isteri, dua anak terlibat kemalangan



Lelaki maut kereta dinaiki bersama isteri, dua anak terlibat kemalangan

Bernama

27/06/2025


Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa. - Gambar/ JBPM


KEPALA BATAS: Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki bersama isteri dan dua anak terlibat kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 127.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, pagi tadi.

Seorang lelaki berusia 33 tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Kilometer 127.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Kepala Batas, Pulau Pinang, pagi tadi.

Isteri mangsa mengalami kecederaan tulang belakang manakala dua anak mereka cedera ringan; semua mangsa termasuk pemandu Proton Saga dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.

Operasi menyelamat dan pembersihan dijalankan oleh pasukan bomba, dan kes kini diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.51 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian.

"Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Wira dan Proton Saga BLM. Terdapat lima mangsa iaitu tiga dewasa serta dua kanak-kanak, dan mereka telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam sebelum bomba tiba," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemandu Proton Wira berumur 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala isteri lelaki itu mengalami kecederaan tulang belakang, dan sepasang anak mereka, masing-masing berusia enam dan lapan tahun cedera ringan.

John berkata semua mangsa yang cedera, termasuk lelaki berumur 35 tahun yang memandu Proton Saga tahun, dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut, dan mayat mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

"Pasukan bomba kemudiannya menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan tiada risiko keberbahayaan yang lain, dan ia ditamatkan pada 8.39 pagi, seterusnya kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

-- BERNAMA

Warga emas rentung dalam kebakaran di Lawas



Warga emas rentung dalam kebakaran di Lawas

Bernama

27/06/2025


Mayat Dudol Karim, 89, ditemukan dalam runtuhan rumah separuh kekal yang terbakar 100 peratus itu pada 6 pagi.


KUCHING: Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah teres di Lawas, bandar paling utara Sarawak, awal pagi tadi.

Seorang lelaki warga emas berusia 89 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran rumah teres di Lawas, Sarawak, yang musnah sepenuhnya awal pagi tadi.

Dua lagi penghuni rumah terselamat, manakala operasi pemadaman oleh 14 anggota bomba berjaya mengawal api dalam masa kurang 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.18 pagi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak.

Mayat Dudol Karim, 89, ditemukan dalam runtuhan rumah separuh kekal yang terbakar 100 peratus itu pada 6 pagi, setelah kebakaran berjaya dipadamkan oleh 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas.

Laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menyatakan dua lagi penghuni rumah berkenaan Gairil Mustafa, 32, dan Nursyamioy Drahman, 31, selamat dalam insiden itu.

Menurut laporan itu sebuah jentera bomba dengan kekuatan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.18 pagi.

Api berjaya dikawal pada 4.30 pagi sebelum operasi pemadaman tamat pada 6 pagi, dan mayat warga emas itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Safee Sali letak jawatan Presiden PFAM



Safee Sali letak jawatan Presiden PFAM

Bernama

27/06/2025


Safee Sali memaklumkan bukan mudah untuk beliau membuat keputusan itu, namun percaya ini masa yang tepat. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

Safee Sali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden PFAM selepas berkhidmat sejak 2019, bagi memberi peluang kepada generasi muda memimpin dan membawa idea baharu.

Beliau menyatakan penghargaan atas peluang berkhidmat dan yakin pemimpin baharu akan membawa semangat serta perubahan positif demi kemajuan bola sepak negara.

Safee turut menekankan pentingnya perspektif inovatif dalam pembangunan bola sepak global dan berharap PFAM terus maju di bawah kepimpinan baharu.

Safee dalam kenyataan hari ini memaklumkan bukan mudah untuk beliau membuat keputusan itu, namun percaya ini masa yang tepat bagi memberi peluang kepada generasi muda mengambil alih peranan serta memimpin persatuan ke era baharu.

"Sudah tiba masanya untuk saya berundur dan memberi peluang kepada generasi muda memimpin. Saya yakin memperkenalkan perspektif baharu dan idea-idea inovatif penting untuk pembangunan bola sepak secara global.

"Satu penghormatan dapat berkhidmat dalam jawatan ini dan saya bangga dengan segala pencapaian yang telah kita raih bersama sepanjang tempoh perkhidmatan saya. Tanggungjawab saya sebagai presiden PFAM sudah selesai setakat ini sejak 2019 hingga hari ini," katanya dalam kenyataan menerusi laman Instagram.

Safee berkata beliau yakin bakal pemimpin persatuan itu akan membawa semangat baharu atas kecintaan mereka terhadap sukan itu dan beliau menantikan perubahan positif yang akan mereka lakukan demi kemajuan sukan terbabit.

-- BERNAMA



Siasatan lanjut insiden letupan di Ipoh diserah kepada polis - Saarani



Siasatan lanjut insiden letupan di Ipoh diserah kepada polis - Saarani

Bernama

27/06/2025


Saarani berkata, setakat ini siasatan awal telah dilakukan namun tidak menjumpai sebarang punca atau bukti secara khusus yang boleh dikaitkan dengan insiden berkenaan. - Gambar fail


IPOH: Kerajaan negeri menyerahkan siasatan lanjut berhubung kejadian letupan dan gegaran yang berlaku pada 18 Jun lepas kepada pihak polis, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Kerajaan negeri menyerahkan siasatan letupan dan gegaran misteri di Perak pada 18 Jun kepada pihak polis, selepas siasatan awal gagal mengenal pasti punca khusus insiden tersebut.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak menyatakan bunyi letupan dari arah langit pernah berlaku beberapa kali sejak 2012 dan bukan berpunca daripada aktiviti kuari, ujian bom atau kapal terbang jet.

Kawasan terjejas meliputi Chemor, Meru, Tambun dan Gunung Rapat; siasatan geologi dan perbincangan antara agensi sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Beliau berkata setakat ini siasatan awal telah dilakukan namun tidak menjumpai sebarang punca atau bukti secara khusus yang boleh dikaitkan dengan insiden berkenaan.

"Siasatan diteruskan tapi belum ditemui secara spesifik jadi kita tidak boleh sebarang komen apa lagi... dan (kini) polis yang membuat siasatan sebab ia berkaitan dengan keselamatan negeri.

"Hanya satu agensi saja yang (menjalankan siasatan) iaitu polis. Apa yang diperoleh oleh polis itulah yang akan menjadi laporan kepada negeri," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pertandingan Kulinari Antarabangsa 2025 di Bulatan Azlan Shah hari ini.

Beliau berkata siasatan itu akan diteruskan hingga ditemui punca insiden itu kerana di Perak ia merupakan kejadian kali kedua, selain di Selangor turut berlaku insiden yang sama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak Nizarulikram Abdul Rahim dalam kenyataan hari ini memaklumkan mengikut kajian pihaknya bunyi letupan misteri telah dilaporkan di seluruh dunia sekian lama tanpa penjelasan yang pasti.

"Bunyi ini digambarkan dari arah langit dengan letupan yang sederhana hingga kuat dan kadangkala menggegarkan tingkap dan dinding bangunan.

"Letupan misteri yang berlaku di Ipoh ini pernah berlaku pada 2012, 2018, 2024 dan terbaru pada 18 Jun 2025 kira-kira 10.30 pagi serta telah dipastikan bukan akibat letupan aktiviti kuari, ujian bom atau sonic boom daripada kapal terbang jet," menurut kenyataan itu.

Beliau berkata kajian awal JMG Perak menunjukkan kawasan orang awam mendengar bunyi letupan tersebut adalah dalam lingkungan yang sama iaitu dari Chemor, Klebang ,Meru di utara hingga sekitar Tambun dan Gunung Rapat, di selatan.

"JMG Perak akan terus menjalankan kajian dari segi punca geologi sekitar Ipoh dan setakat ini belum dapat mengesan puncanya," menurut kenyataan itu.

Pada 19 Jun lepas, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai jabatan serta agensi berkaitan dalam masa terdekat bagi mengetahui punca bunyi letupan dan gegaran tersebut.

Terdahulu, insiden letupan dan gegaran dilaporkan oleh media dua kali di Perak iaitu pada 21 Okt 2024 dan 18 Jun lepas yang didakwa berlaku di kawasan Chemor, Chepor, Tasek, Stadium Perak, Meru, Falim, Manjoi dan Sungai Siput kira-kira 10 hingga 11 pagi.

-- BERNAMA

Tingkat aspek penguatkuasaan, pendakwaan kes penipuan pakej haji, umrah - Mohd Na'im



Tingkat aspek penguatkuasaan, pendakwaan kes penipuan pakej haji, umrah - Mohd Na'im

Bernama

27/06/2025


Mohd Na'im berkata, berkata tindakan pendakwaan dan hukuman yang lebih berat mampu memberi pengajaran kepada pihak terlibat, sekali gus mengurangkan kejadian seumpama itu pada masa akan datang. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Aspek penguatkuasaan dan pendakwaan berhubung kes penipuan pakej haji dan umrah perlu diperkasa serta dilaksanakan dengan lebih tegas bagi membendung isu tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru agar penguatkuasaan dan pendakwaan kes penipuan pakej haji dan umrah diperkasa, dengan hukuman lebih berat bagi memberi pengajaran dan melindungi jemaah.

Tabung Haji dan MOTAC boleh menarik lesen syarikat terlibat, namun hanya polis dan pihak pendakwaan mempunyai kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan lanjut terhadap penipuan.

Kerajaan Arab Saudi turut memperketat penguatkuasaan terhadap jemaah tanpa visa sah, termasuk serbuan ke hotel dan penginapan, bagi mengelakkan pelanggaran peraturan haji.

Beliau berkata tindakan pendakwaan dan hukuman yang lebih berat mampu memberi pengajaran kepada pihak terlibat, sekali gus mengurangkan kejadian seumpama itu pada masa akan datang.

Katanya Lembaga Tabung Haji sebagai institusi yang menguruskan hal ehwal haji tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap kes seumpama itu.

"Saya fikir penguatkuasaan amat penting. Kita sudah tubuhkan pasukan petugas khas yang melibatkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tabung Haji (TH), namun di bawah Akta Tabung Haji, mereka tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan.

"TH hanya boleh membuat aduan kepada polis, dan seterusnya pihak pendakwaan akan mengambil tindakan. Maka, apabila sudah ada pendakwaan dan hukuman yang berat, kita perlukan penguatkuasaan serta pendakwaan yang lebih tegas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun1447H/2025M di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata di peringkat TH, sekiranya syarikat berlesen di bawah agensi itu terlibat dalam penipuan, lesen syarikat berkenaan akan ditarik serta-merta. MOTAC turut mempunyai kuasa yang sama terhadap agensi pelancongan yang menguruskan ibadah umrah.

Mengambil contoh penguatkuasaan tegas yang dilaksanakan Kerajaan Arab Saudi, Mohd Na'im berkata, negara itu berjaya menghalang kemasukan jemaah haji tanpa visa sah melalui pelbagai tindakan pengawasan dan operasi.

"Saya telah berbincang dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah pagi tadi. Beliau memaklumkan bahawa penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan tahun ini termasuk serbuan ke hotel dan rumah penginapan," katanya.

"Saya berbincang dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah pagi tadi. Beliau memaklumkan bahawa penguatkuasaan lebih ketat dijalankan tahun ini termasuk serbuan ke hotel dan rumah penginapan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan perjalanan 47 jemaah warga emas Malaysia untuk menunaikan haji bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka ditipu ejen, termasuk meredah laluan berbahaya ke Makkah sebaik tiba di Jeddah, susulan kawalan ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Pada April lepas, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menetapkan hukuman terhadap individu dan pihak yang melanggar peraturan permit haji, termasuk larangan memasuki negara itu selama 10 tahun.

-- BERNAMA

Polis terima satu lagi laporan kenderaan dilanggar berhampiran Stesen LRT Glenmarie



Polis terima satu lagi laporan kenderaan dilanggar berhampiran Stesen LRT Glenmarie

Bernama

27/06/2025


Setakat ini, polis menerima lapan laporan berhubung insiden itu. - Gambar/ Bernama


SHAH ALAM: Polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie di sini dilanggar sebuah lori pada petang Rabu lepas.

Polis menerima lapan laporan berhubung kejadian sebuah lori melanggar beberapa kenderaan yang diparkir berhampiran Stesen LRT Glenmarie pada petang Rabu.

Kejadian berlaku sekitar jam 2.10 petang ketika pemilik kenderaan meletakkan kereta mereka untuk menggunakan perkhidmatan LRT ke tempat kerja.

Kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pihak polis masih mengesan lori yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata setakat ini lapan laporan diterima pihaknya berhubung insiden itu.

"Kita masih mengesan lori yang terlibat dalam insiden berkenaan," katanya dalam kenyataan ringkas menerusi WhatsApp hari ini.

Semalam, Mohd Iqbal dilaporkan berkata kejadian kira-kira 2.10 petang itu berlaku apabila pemilik beberapa kenderaan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menggunakan perkhidmatan LRT ke tempat kerja.

Kes berkenaan disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

-- BERNAMA

Anwar tiba Jakarta untuk perjumpaan dengan Presiden Prabowo



Anwar tiba Jakarta untuk perjumpaan dengan Presiden Prabowo

Bernama

27/06/2025


Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jakarta disambut oleh Prabowo Subianto. - Gambar/ Bernama


JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi ke Indonesia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jakarta untuk lawatan rasmi ke Indonesia, disambut oleh Presiden Prabowo Subianto, sebagai sebahagian daripada persiapan Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 dan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Lawatan ini melibatkan pertemuan empat mata dan mesyuarat dua hala antara Anwar dan Prabowo, dengan tumpuan kepada kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, komunikasi, komoditi dan hal ehwal serantau.

Delegasi Malaysia turut disertai lima menteri Kabinet, dan majlis sambutan rasmi diadakan di Istana Merdeka termasuk pemeriksaan barisan kehormatan serta sesi menandatangani buku pelawat.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri serta delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur pada kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan, dan ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto.

Lawatan itu diadakan ketika Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN untuk 2025, dengan Kuala Lumpur terus menerajui agenda utama serantau sepanjang tahun.

Dalam perjumpaan dengan Prabowo, Anwar dijangka membincangkan isu-isu dua hala utama, susulan penglibatan ASEAN baru-baru ini, di samping meneroka agenda bagi mengukuhkan kestabilan serantau ketika Malaysia dan Indonesia meningkatkan lagi kerjasama strategik mereka.

Di Istana Merdeka, Perdana Menteri yang disambut oleh Prabowo diberi penghormatan memeriksa barisan kehormatan oleh Pasukan Keselamatan Presiden, sebelum majlis sambutan diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan.

ANWAR-PRABOWO 2 (AKHIR) JAKARTA

Kedua-dua pemimpin kemudiannya saling memperkenalkan menteri Kabinet masing-masing, diikuti sesi bergambar dan menandatangani buku pelawat.

Menteri-menteri Kabinet yang menganggotai delegasi dari Malaysia terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil; dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Program diteruskan dengan pertemuan empat mata antara Anwar dan Prabowo, sebelum disusuli dengan mesyuarat dua hala lanjutan yang melibatkan menteri dari kedua-dua negara.

Mesyuarat itu dijangka memberi tumpuan kepada perdagangan, pelaburan, pendidikan, komunikasi, komoditi, dan hal ehwal serantau, selaras dengan portfolio menteri yang diwakili dalam delegasi Malaysia.

Lawatan itu juga merupakan sebahagian daripada persiapan untuk Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-13, yang dijadualkan berlangsung akhir tahun ini.

-- BERNAMA




Lima pelajar MRSM Besut direman tiga hari










Surveillance video shows suspect lighting fire on packed Seoul subway










Amir Hamzah galas tugas Menteri Ekonomi









Lelaki usia 60 tahun ada 39 rekod jenayah aktif pecah rumah ditahan










Remaja Antara Dua Maut Dipercayai Berlumba Haram, Tunggang Motosikal Secara Melulu










Enam pelajar MRSM di Terengganu dibuang serta-merta - Asyraf Wajdi










Al Hilal Punch Their Ticket To R16, Defeat Pachuca 2-0 | 2025 FIFA Club World Cup Highlights










Prosecution appeals against Syed Saddiq's acquittal on corruption charges









Police obtain CCTV footage to track down suspect in Cyberjaya student murder










No service tax on basic banking transactions under expanded service tax scope



No service tax on basic banking transactions under expanded service tax scope

26 Jun 2025


The service tax will be imposed at a rate of 8% on fee and commission-based financial services.


KUALA LUMPUR: Member banks of Malaysia’s banking associations will begin implementing the service tax on relevant financial services in phases from July 1, 2025, in accordance with the guidelines issued by the Royal Malaysian Customs Department.

This follows the recent gazettement of the service tax legislations concerning the expansion of service tax scope, said the Association of Banks in Malaysia, the Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia and the Malaysian Investment Banking Association.

The associations said the imposition of the service tax on financial services would be in line with the legislation and relevant guidelines gazetted or issued by the Finance Ministry and the Customs Department.

“Service tax will be imposed at a rate of 8% on fee and commission-based financial services,” they said. —Bernama



Kes bunuh pelajar di Cyberjaya - Tiga suspek direman seminggu

 







Bekas pekerja stesen TV berdepan 743 pertuduhan diarah dirujuk ke Hospital Bahagia



Bekas pekerja stesen TV berdepan 743 pertuduhan diarah dirujuk ke Hospital Bahagia

Bernama

26/06/2025


Pada prosiding hari ini, mahkamah mengambil masa hampir dua jam untuk membacakan 132 daripada 743 pertuduhan terhadap Nora Idayu. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas kakitangan sebuah stesen televisyen berbayar yang berdepan 743 pertuduhan mengubah suai sistem pangkalan data syarikat itu, untuk menjalani pemerhatian selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Nora Idayu Jaafar, bekas kakitangan stesen TV berbayar, menjalani pemerhatian psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan selepas disyaki mengalami PTSD.

Nora Idayu berdepan 743 pertuduhan mengubah suai sistem pangkalan data syarikat dengan menukar akaun pelanggan kepada akaun korporat tanpa kebenaran, didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Mahkamah menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes dan tertuduh perlu hadir ke hospital pada 30 Jun; jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan termasuk penyerahan pasport dan laporan bulanan di balai polis.

Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas peguam Daniel Annamalai mewakili Nora Idayu Jaafar, 48, memaklumkan anak guamnya mendapat surat rujukan daripada sebuah klinik pada 6 Jun lepas meminta tertuduh mendapatkan pernilaian psikiatri kerana disyaki mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

"Dengan ini tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian selama satu bulan. Memandangkan tertuduh dalam jaminan, tertuduh perlu ke hospital berkenaan pada 30 Jun ini," kata Norma dan menetapkan 29 Julai ini untuk sebutan kes.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman berkata pihak pendakwaan baru sahaja dimaklumkan perkara tersebut dan memohon mahkamah sama ada terdapat keperluan merujuk tertuduh untuk pemeriksaan dan penilaian tahap mental.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengambil masa hampir dua jam untuk membacakan 132 daripada 743 pertuduhan terhadap Nora Idayu.

Sebelum ini mahkamah hanya sempat mendengar 30 pertuduhan susulan wanita itu pengsan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya pada 4 Jun lepas.

Mengikut pertuduhan, Nora Idayu yang bertugas di Unit Sokongan Komersial didakwa melakukan pengubahsuaian data dengan menukar akaun pelanggan biasa kepada akaun korporat tanpa kebenaran yang mana beliau mengetahui perbuatan itu akan menyebabkan perubahan kandungan pangkalan data tanpa kuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Astro, Menara Icon, Jalan Tun Razak di sini pada 2014 mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Jun lepas, Nora Idayu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sama atas 30 pertuduhan serupa itu.

Dalam prosiding sebelum ini, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai serta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

-- BERNAMA

Polis siasat dakwaan Ah Long bakar rumah di Tasek Gelugor



Polis siasat dakwaan Ah Long bakar rumah di Tasek Gelugor

Bernama

26/06/2025


Polis menyiasat dakwaan kebakaran tiga rumah teres di Taman Tasek Gelugor Utama pada Selasa lepas dilakukan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long. - Foto hiasan/BERNAMA


TASEK GELUGOR: Polis menyiasat dakwaan kebakaran tiga rumah teres di Taman Tasek Gelugor Utama di sini pada Selasa lepas dilakukan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata pemilik rumah telah membuat laporan mendakwa kebakaran itu akibat perbuatan khianat.

"Pemilik sebuah rumah terlibat mendakwa menerima nota amaran daripada Ah Long. Siasatan terperinci dijalankan dan polis sedang menunggu laporan unit forensik bomba," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada Selasa, media melaporan tiga rumah, lima kereta dan empat motosikal di taman perumahan itu musnah dalam kebakaran pada 4.50 pagi namun kejadian tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

Seorang daripada mangsa kebakaran kemudiannya memuat naik hantaran di Facebook mendakwa kebakaran dilakukan Ah Long yang mahu melakukan khianat terhadap rumah lain.

Lelaki itu mendakwa seorang pemilik rumah menerima surat amaran untuk membayar hutang mengandungi nama dan maklumat peminjam bagaimanapun individu tersebut tidak tinggal di tiga rumah yang terlibat kebakaran tersebut.

-- BERNAMA

Kematian lelaki di Taman Tasek Damai dipercayai akibat tembakan di dada



Kematian lelaki di Taman Tasek Damai dipercayai akibat tembakan di dada

Bernama

26/06/2025


Polis menahan anak mangsa berusia 31 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman sehingga 1 Julai. - Gambar hiasan


IPOH: Seorang lelaki yang ditemukan maut dengan kesan tikaman di sebuah rumah di Taman Tasek Damai di sini pada Selasa turut didapati mempunyai kesan luka tembakan di dada kiri yang dipercayai menjadi punca kematiannya.

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemukan maut di Taman Tasek Damai, Ipoh dengan kesan tikaman dan luka tembakan di dada kiri, yang disahkan sebagai punca kematian melalui bedah siasat.

Polis menahan anak mangsa berusia 31 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman sehingga 1 Julai.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata penemuan itu hasil laporan bedah siasat ke atas mangsa berusia 57 tahun yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

"Hasil bedah siasat mendapati selain kesan kecederaan tikaman, terdapat kesan luka tembakan di bahagian dada kiri dan punca kematian disebabkan oleh kecederaan tembakan di bahagian dada," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Rezan Yussop @ Ariffin di talian 016-9648706 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Semalam, Abang Zainal Abidin memaklumkan mangsa terbabit ditemukan terlentang dan berlumuran darah di dapur rumah berkenaan dengan kesan tikaman di perut serta hirisan pada dada dalam kejadian Selasa lepas.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga anak mangsa dan suspek direman bermula semalam hingga 1 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-- BERNAMA

Lelaki maut ditikam rakan serumah



Lelaki maut ditikam rakan serumah

Bernama

26/06/2025


Seorang lelaki maut dipercayai ditikam rakan serumahnya akibat pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah, Sungai Pelong, Sungai Buloh, semalam. - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut dipercayai ditikam rakan serumahnya akibat pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah, Sungai Pelong, Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya yang tiba di rumah itu selepas menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.26 malam mendapati mangsa yang berusia 33 tahun ditemukan terbaring dengan kesan tikaman di dada kiri.

Beliau berkata kematian mangsa disahkan petugas ambulans dari Hospital Sungai Buloh.

"Rakan serumah mangsa iaitu lelaki berusia 40 tahun kini direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis turut merampas pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat manakala orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi hotline Balai Polis Sungai Pelong melalui talian 03-6038 3322 atau Insp Nurnazihah Norzilan 011-11499008.

-- BERNAMA

Polis terima tujuh laporan kenderaan dilanggar berhampiran Stesen LRT Glenmarie



Polis terima tujuh laporan kenderaan dilanggar berhampiran Stesen LRT Glenmarie

Bernama

26/06/2025


Polis menerima tujuh laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie dilanggar sebuah lori, petang semalam. - Foto Sinar Harian


SHAH ALAM: Polis menerima tujuh laporan berhubung kejadian beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Glenmarie di sini dilanggar sebuah lori, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan mendapati kejadian sekitar 2.10 petang itu berlaku apabila pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan untuk menggunakan perkhidmatan LRT ke tempat kerja.

Beliau berkata pemilik hanya menyedari kenderaan mereka telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang dipercayai kenderaan berat sejurus pulang dari tempat kerja.

"Setakat 4.00 petang ini (Khamis), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menerima tujuh laporan polis berkaitan kejadian tersebut.

"Pegawai penyiasat kes sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kawasan berhampiran bagi mengenal pasti kenderaan terlibat, dan kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat BSPT, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial kemalangan melibatkan beberapa kenderaan yang dipercayai berlaku berhampiran Stesen LRT Glenmarie.

-- BERNAMA

Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati lelaki bunuh anak perempuan



Mahkamah Rayuan kekal hukuman mati lelaki bunuh anak perempuan

Bernama

26/06/2025


Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati seorang lelaki bagi kesalahan membunuh anak perempuannya yang berumur sembilan tahun pada 2018. - Foto hiasan


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati seorang lelaki bagi kesalahan membunuh anak perempuannya yang berumur sembilan tahun pada 2018.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohammad Abdullah Mohamed terhadap sabitan serta hukuman dikenakan oleh Mahkamah Tinggi ke atasnya.

Timbalan Pendakwa Raya Datin Asmah Musa dan peguam Afifuddin Ahmad Hafifi mengesahkan keputusan mahkamah itu kepada Bernama.

Dalam penghakimannya, Azmi berkata meskipun Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 memperuntukkan kuasa budi bicara untuk mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan antara 30 dan 40 tahun, panel itu mendapati hukuman mati adalah wajar selepas menimbangkan rayuan dan faktor kepentingan awam.

Bekas anggota tentera berumur 43 tahun itu dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada Ogos 2023 bagi kesalahan membunuh Nur Aina Nabihah di sebuah rumah di Jalan Vista Jaya 5, Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan antara 8.30 malam dan 11.30 malam pada 31 Jan 2018.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah mengarahkan mangsa dan adik beradiknya yang lain untuk melakukan tekan tubi dan bangkit tubi sebanyak 500 kali kerana tidak solat.

Apabila mangsa terlalu lemah untuk meneruskannya, tertuduh telah bertindak memijak perut kanak-kanak malang itu dengan sebelah kaki.

Ketika disuruh bangun, mangsa gagal berbuat demikian menyebabkan tertuduh menjadi berang dan sekali lagi memijak perut anaknya itu.

Mohammad Abdullah juga telah menolak Nur Aina Nabihah dengan kakinya dan menendang kanak-kanak itu dengan kuat.

Pada prosiding hari ini, dia diwakili peguam Aina Melina Johan Ariff Lim.

-- BERNAMA

KPM siasat warga Pakistan rasmi program sukan sekolah



KPM siasat warga Pakistan rasmi program sukan sekolah

Bernama

26/06/2025


Tular video lelaki dipercayai warga asing merasmikan program sukan sebuah sekolah rendah di daerah Kerian. Foto ihsan pembaca (Gambar kecil: Fadhlina) - Gambar Sinar Harian


IPOH: Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang lelaki warga Pakistan telah merasmikan satu program sukan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kerian.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah Peringkat Negeri Perak yang disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah malam ini.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki Pakistan diberi penghormatan merasmikan Majlis Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sama Gagah di Kampung Sama Gagah, Simpang Empat Semanggol.

Sementara itu, Fadhlina menzahirkan penghargaan kepada Sultan Nazrin selepas menerima Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi pihak ibunya Allahyarham Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor.

"Beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pembela undang-undang syariah.

"Oleh itu, ia adalah kepakaran beliau yang sentiasa mengangkat tema pemberdayaan wanita dalam semua aspek," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED