Translate

11 October 2024

Pengarah syarikat didakwa tubuh syarikat baharu tanpa persetujuan mesyuarat agung



Pengarah syarikat didakwa tubuh syarikat baharu tanpa persetujuan mesyuarat agung

Bernama

11/10/2024


Tan Chong Hee didakwa menubuhkan Syarikat Nicenco Resources Sdn Bhd bagi mendapatkan secara langsung atau tidak langsung manfaat bagi diri sendiri. - Foto Bernama


BUTTERWORTH: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menubuhkan perniagaan tanpa persetujuan mesyuarat agung syarikat bagi manfaat sendiri.

Tan Chong Hee, 50, didakwa selaku Pengarah Syarikat Kualiti Ayu Sdn Bhd dan Kilang Papan Seong Eng Sdn. Bhd, tanpa persetujuan mesyuarat agung syarikat berkenaan telah terlibat dalam suatu perniagaan yang bersaing dengan syarikat itu, dengan menubuhkan Syarikat Nicenco Resources Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa menubuhkan Syarikat Nicenco Resources Sdn Bhd bagi mendapatkan secara langsung atau tidak langsung manfaat bagi diri sendiri, melalui hasil penjualan kayu-kayan berjumlah RM377,990.

Tan dituduh melakukan perbuatan itu di Kubang Menerong, Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini antara 2 Nov 2020 sehingga 29 Mac 2021, mengikut Seksyen 218(1)(e) Akta Syarikat 2016 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 218(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal.

Peguam C. Hari Prassaad Rao yang mewakili Tan, merayu mahkamah agar memberikan jaminan rendah kerana pengadu kes berkenaan telah menghantar surat kepada pegawai penyiasat kes untuk menarik semula laporan, selain anak guamnya menghidap penyakit darah tinggi.

Hakim Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Nov 2024.

-- BERNAMA

Vicente puji persembahan Harimau Malaya ketika seri menentang Auckland FC



Vicente puji persembahan Harimau Malaya ketika seri menentang Auckland FC

Bernama

11/10/2024


Harimau Malaya menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mengikat kelab utama negara Kiwi itu. - Foto FB FAM


KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan Pau Marti Vicente memuji anak buahnya kerana mempamerkan persembahan yang baik ketika mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tahap 2 mereka menentang Auckland FC di Go Media Stadium, New Zealand hari ini.

Vicente berkata Harimau Malaya menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mengikat kelab utama negara Kiwi itu yang disifatkannya sebagai pasukan yang mempunyai kekuatan setanding dengan pasukan kebangsaan New Zealand.

"Saya percaya kami mempunyai perlawanan yang sangat baik menentang Auckland FC. Saya fikir ia adalah kelab yang sangat kuat, kelab baru dalam Liga Australia. Mereka mempunyai pemain yang sangat bagus dan bagi kami, ia adalah ujian yang sangat baik, terutamanya kerana kami akan menentang New Zealand.

"Kami menjangkakan rentak permainan yang sama iaitu sangat fizikal, sangat pantas dan intensiti sangat tinggi. Jadi, saya sangat gembira dengan komitmen pemain kita," katanya dalam video yang dikongsi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Terdahulu, Auckland FC yang digelar The Black Knights mendahului menerusi jaringan pemain pertahanan berusia 29 tahun Francis de Vries pada minit ke-25.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Nooa Laine memadam kelebihan Auckland FC dengan jaringan pada minit ke-59.

Sebagai rekod, Harimau Malaya bertandang ke New Zealand untuk aksi persahabatan Tahap 1 menentang pasukan dari Oceania itu di Stadium North Harbour pada 14 Okt.

-- BERNAMA

Berkelakuan tidak senonoh, wanita gelandangan Rusia ditahan di Shah Alam



Berkelakuan tidak senonoh, wanita gelandangan Rusia ditahan di Shah Alam

Astro Awani

11/10/2024


Wanita itu dikesan berada dalam keadaan mabuk dan telah bertindak agresif sebelum tangkapan dilakukan. - Gambar/ Sinar Harian

SHAH ALAM: Seorang wanita gelandangan warga Rusia ditahan polis selepas berkelakuan tidak senonoh serta menghalang lalu lintas di Jalan Setia Perdana Seksyen U13, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 4.50 petang mengenai seorang wanita warga asing yang menghalang lalu lintas.

Ekoran itu kata beliau, anggota unit kereta peronda telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

"Semasa polis sampai di lokasi kejadian, perempuan tersebut bersama seekor anjing miliknya bertindak agresif sebelum tangkapan dilakukan.

"Pemeriksaan lanjut ke atas perempuan tersebut mendapati dia tiada pengenalan diri yang sah tinggal di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.


Mohd Iqbal berkata, wanita itu kemudian dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, manakala anjingnya diserahkan kepada pihak Majlis Perbandaran Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Beliau memberitahu, wanita berusia 32 tahun itu dipercayai hidup gelandangan dan tiada sebarang rekod jenayah.

Menurutnya, wanita itu datang ke Malaysia sejak empat tahun yang lalu untuk melancong dan gagal untuk pulang ke negara asal kerana pandemik COVID-19 serta tidak mempunyai simpanan wang secukupnya untuk pulang.

Mohd Iqbal berkata, hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati wanita itu positif dadah.

Kata beliau, wanita itu kini ditahan reman 14 hari sehingga 22 Oktober ini.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohammad Shamsul Md Salleh di talian 017-5453234.

Ketua Menteri, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan perlembagaan kewarganegaraan



Ketua Menteri, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan perlembagaan kewarganegaraan

Bernama

11/10/2024


RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam persidangan Parlimen akan datang. - Foto Bernama


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat pramajlis bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan kewarganegaraan.

Jabatan Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam persidangan Parlimen akan datang.

Hajiji dan Ahli Parlimen Sabah diberi taklimat mengenai perkara itu oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri Mimmi Suriati Mat Khalid di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini.

Ahli Parlimen yang hadir termasuk Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Keningau) merangkap Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Shahelmey Yahya (Putatan) yang juga Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Armizan Ali (Papar) yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Datuk Jonathan Yassin (Ranau), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan), Datuk Matbali Musa (Sipitang), Datuk Lo Su Fui (Tawau) dan Riduan Rubin (Tenom).

Turut hadir Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh.

-- BERNAMA

Kastam beri amaran arak tiruan diproses dekat kolam ternakan katak



Kastam beri amaran arak tiruan diproses dekat kolam ternakan katak

Bernama

11/10/2024


Serbuan dijalankan sepasukan pegawai unit operasi susulan risikan dan maklumat yang diterima berkaitan aktiviti dipercayai didalangi warga Nepal itu. - Gambar hiasan


BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket memproses arak tiruan di sebuah rumah usang di kawasan hutan terpencil dekat Kampung Valdor Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS) dalam serbuan, 20 Sept lepas.

Pengarah JKDM negeri Datuk Roselan Ramli berkata serbuan dijalankan sepasukan pegawai unit operasi kira-kira 11.20 pagi susulan risikan dan maklumat yang diterima berkaitan aktiviti dipercayai didalangi warga Nepal itu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, pihaknya menjumpai 6,621 botol minuman keras bersama sejumlah botol kosong, penutup botol dan pelekat pelbagai jenama minuman keras.

"Turut ditemukan seunit mesin 'Glass Bottle Capping' dan segulung setem duti kastam palsu selain sebuah tong air yang telah diubah suai bagi aktiviti mengilang minuman keras tiruan tersebut," katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal di sini, hari ini.

Roselan berkata kesemua minuman keras itu dianggarkan bernilai kira-kira RM73,600 melibatkan duti berjumlah RM330,000 dan sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak tiga bulan lepas serta menyewa rumah itu daripada pemilik warga tempatan.

Katanya sindiket itu juga didapati meniru label minuman keras sedia ada di pasaran malah turut melekatkan setem duti kastam palsu.

"Kita percaya minuman-minuman keras ini telah pun berada di pasaran tempatan iaitu di kedai-kedai runcit justeru kita menasihatkan kepada pembeli supaya membeli di premis yang dilesenkan sahaja kerana minuman tiruan ini sukar untuk dikenal pasti kerana ia kelihatan sama seperti asal," katanya.

Menurut Roselan pasukan operasi terpaksa melalui kawasan ternakan katak sebelum sampai ke kediaman terbabit dan bunyi haiwan tersebut seolah-olah memberikan isyarat kepada ahli sindiket mengenai kehadiran pihak berkuasa lalu bertindak melarikan diri.

Beliau berkata usaha mengesan suspek giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 74(1)(f) Akta Eksais 1976 serta Seksyen 6 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu Gelap) 1976.

Sementara itu, katanya dalam serbuan berasingan pada 2 Okt lepas, sejumlah 12,432 tin dan 480 botol minuman keras jenis bir dianggarkan berjumlah lebih RM186,000 termasuk duti kastam dirampas, susulan serbuan ke atas sebuah premis di Lorong IKS 1, Simpang Ampat dekat Nibong Tebal.

"Dalam serbuan itu tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 28 hingga 38 tahun turut ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan minuman keras," kata Roselan sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 1976.

-- BERNAMA

Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali



Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali

Bernama

11/10/2024


Suspek dikaitkan dengan kes penipuan besar di China, yang dia didakwa mengumpul lebih daripada 100 bilion yuan China (sekitar US$14.1 bilion) daripada lebih 50,000 mangsa melalui skim pelaburan yang menipu. - Gambar/ AP


JAKARTA: Agensi imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menahan seorang warga China dalam Senarai Paling Dikehendaki Interpol kerana jenayah kewangan berskala besar pada 1 Okt ketika dia cuba meninggalkan pulau percutian itu.

Suspek dikaitkan dengan kes penipuan besar di China, yang dia didakwa mengumpul lebih daripada 100 bilion yuan China (sekitar US$14.1 bilion) daripada lebih 50,000 mangsa melalui skim pelaburan yang menipu.

Dikenal pasti sebagai LQ, dia dilaporkan memperdaya individu dengan janji pulangan modal dan faedah palsu, menawarkan pulangan tahunan yang menarik enam hingga 10.1 peratus.

"LQ ditahan di pintu masuk lapangan terbang selepas cuba meninggalkan Indonesia menggunakan pasport Turkiye di bawah nama Joe Lin," kata Ketua Pengarah Imigresen Silmy Karim dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pegawai bertindak atas notis merah yang dikeluarkan oleh Interpol pada 27 Sept dan menggunakan pengecaman wajah untuk mengenal pasti LQ setibanya di Bali pada 26 Sept dengan nombor pasport Turkiye U23358200, menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ0944.

"Sebaik sahaja kami mengesahkan bahawa identiti LQ sepadan dengan profil seorang penumpang bernama Joe Lin, kami segera memasukkannya dalam senarai pencegahan untuk memudahkan penangkapannya," tambah Silmy.

Selepas tiga hari ditahan di Pejabat Imigresen Ngurah Rai, LQ dipindahkan ke Direktorat Jeneral Imigresen pada 4 Okt dan diserahkan kepada Interpol pada Khamis (10 Okt).

Silmy mengesahkan bahawa sistem imigresen Indonesia disepadukan sepenuhnya dengan Sistem Komunikasi Polis Global Interpol, yang beroperasi 24/7.

Beliau juga mengulangi bahawa republik itu bukan tempat perlindungan selamat bagi pelarian antarabangsa dan berjanji usaha berterusan untuk meningkatkan sistem keselamatan sempadan.

-- BERNAMA

KBS salur RM4.6 juta kepada 10 negeri naik taraf saliran, rumput stadium utama



KBS salur RM4.6 juta kepada 10 negeri naik taraf saliran, rumput stadium utama

Bernama

11/10/2024


Hannah ketika sidang media mengenai status Pelaksanaan Projek Menaik Taraf Padang Bola Sepak di stadium utama negeri di Kementerian Belia dan Sukan hari ini. - Foto Bernama


PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan geran berjumlah RM4.6 juta kepada 10 negeri bagi pelaksanaan projek menaik taraf padang bola sepak di stadium utama negeri masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata lapan negeri iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Melaka menerima peruntukan penuh RM500,000 bagi skop kerja menaik taraf saliran dan penukaran rumput.

Perlis dan Kedah pula masing-masing hanya menerima RM300,000 kerana hanya mahu menaik taraf sistem saliran dan tidak mahu menukar rumput.

"Empat lagi negeri tidak terima peruntukan itu (pertamanya) Johor kerana stadium mereka sudah bagus. Sabah dan Pulau Pinang tidak mahu terima peruntukan (kerana) tidak perlu naik taraf saliran dan tidak mahu tukar rumput.

"Sarawak minta ditunda kerana mereka tidak boleh jalankan kerja sebelum SUKMA (Sukan Malaysia) 2024 disempurnakan," katanya pada sidang media Status Pelaksanaan Projek Menaik Taraf Padang Bola Sepak Di Stadium Utama Negeri di Menara KBS di sini hari ini.

Hannah berkata garis masa untuk kerja-kerja naik taraf itu diselesaikan adalah sehingga Jun tahun depan.

Sementara itu, beliau berharap lapan negeri yang menerima geran penuh akan menggunakannya berdasarkan skop yang telah ditetapkan bagi memastikan tiada gangguan ke atas perjalanan liga pasukan di negeri masing-masing.

Beliau berkata inisiatif itu mempunyai objektif untuk meningkatkan kualiti permainan serta saingan liga selepas timbul keperluan akibat perubahan kalendar Liga Malaysia (Liga-M) yang menyebabkan perlawanan berlangsung semasa musim hujan.

"KBS minta semua negeri ambil serius, kalau sudah terima duit untuk tukar rumput jangan kekal dengan rumput jenis cow grass saja, mereka kena tukar. Ada yang kita dengar tak nak tukar, nak kekal cow grass padahal telah terima duit, ada juga yang menulis surat kepada kita untuk gunakan duit itu bagi tujuan naik taraf tandas, jadi perkara ini memang tidak dibenarkan.

"Kita juga akan audit untuk pastikan kalau terima RM300,000 untuk naik taraf saliran, mereka tak boleh jalankan kerja skop RM100,000 dan simpan RM200,000 untuk kegunaan lain," katanya.

Dalam pada itu, Hannah berkata geran yang diberikan itu akan ditarik balik bagi mana-mana negeri yang tidak berupaya untuk melaksanakan projek menaik taraf berkenaan.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) membangkitkan isu kualiti permukaan padang selepas aksi Liga Super membabitkan JDT dan Perak di Stadium Perak, Ipoh ditunda pada Sabtu lepas.

Perlawanan itu ditunda kepada satu tarikh lain atas faktor keadaan padang yang tidak sesuai untuk beraksi.

Januari lepas, KBS menawarkan geran sebanyak RM7 juta kepada seluruh negeri bagi menaik taraf saliran serta penanaman rumput padang di stadium terpilih.

-- BERNAMA

ASEAN, China setuju selesaikan konflik Laut China Selatan melalui jalur diplomatik - PM Anwar



ASEAN, China setuju selesaikan konflik Laut China Selatan melalui jalur diplomatik - PM Anwar

Astro Awani

11/10/2024


Anwar berkata, Li Qiang sendiri memberi jaminan bahawa pertikaian dengan Filipina akan diurus dengan baik mengikut semangat UNCLOS. - Gambar fail/ AP



VIENTIANE: ASEAN dan China bersetuju untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan, yang sekian lama menimbulkan ketegangan di rantau Asia Tenggara, melalui jalur diplomatik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dicapai dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China, yang menyaksikan kedua-dua pihak sepakat untuk mengelakkan sebarang tindakan keganasan di wilayah itu.

Tambahnya lagi, Perdana Menteri China, Li Qiang sendiri memberi jaminan bahawa pertikaian dengan Filipina akan diurus dengan baik mengikut semangat Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).

"Kita usulkan, yang dipersetujui semua, termasuk China adalah elak keganasan, gunakan jalur diplomatik, ada rundingan dan saya cadangkan kalau boleh guna jalur ASEAN bersama.

"Tentunya sedikit perkembangan membabitkan Filipina membimbangkan kita dan ia sudah disampaikan (kepada China) dan ada jaminan daripada Perdana Menteri Li Qiang," katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, Malaysia secara konsisten terus menekankan kepentingan dan prinsip ASEAN dalam mempertahankan kebebasannya untuk meneruskan dan menjalin hubungan dua hala dengan semua negara.

Katanya lagi, perkara itu yang beliau tegaskan menerusi semua sidang kemuncak dan pertemuan dua hala yang dihadirinya sejak tiga hari lalu.

"Kita meneruskan hubungan baik dua hala dan juga rakan baik, Amerika Syarikat (AS) atau Kesatuan Eropah (EU), namun kita juga meningkatkan hubungan dengan China atau meneruskan hubungan dengan Myanmar supaya kita dapat menjalin kerjasama bagi menyelesaikan masalah serta kemelut politik yang rumit di negara itu.

"Pada masa sama, (Malaysia juga mempunyai hubungan) dengan Rusia, yang tidak disenangi beberapa negara Barat tetapi saya tekankan, sebagai negara bebas dan berdaulat, kita berhak menjalin hubungan dengan semua," katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media bersama media Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) di sini, pada Jumaat.

After heavy Israeli blows, Hezbollah forges new command for crucial ground war



After heavy Israeli blows, Hezbollah forges new command for crucial ground war

Reuters

11/10/2024


People inspect the site of an Israeli air strike, amid ongoing hostilities between Hezbollah and Israeli forces, in Beirut, Lebanon, October 11, 2024. - REUTERS/Louisa Gouliamaki


BEIRUT: Hezbollah is preparing for a long war of attrition in south Lebanon, after Israel wiped out its top leadership, with a new military command directing rocket fire and the ground conflict, two sources familiar with its operations said.

Hezbollah has been diminished by three weeks of devastating Israeli blows - most notably the killing of its leader Sayyed Hassan Nasrallah. Friends and foes alike are now watching how effectively it resists Israeli troops that have crossed into Lebanon with the stated aim of driving it away from the border.

The Iran-backed group still has a considerable stockpile of weapons, including its most powerful precision missiles which it has yet to use, four sources familiar with its operations said, despite waves of airstrikes that Israel says has severely depleted its arsenal.

Hezbollah's command was disrupted for the first few days after Nasrallah's Sept. 27 assassination until Shi'ite forces established a new "operations room" 72 hours later, the two sources - a Hezbollah field commander and a source close to the group - told Reuters.

Nasrallah was killed, along with other Hezbollah leaders and an Iranian commander, when Israel located and bombed his deep bunker below Beirut.

The new command centre has kept functioning despite subsequent Israeli attacks, meaning fighters in the south are able to fire rockets and fight according to centrally issued orders, according to the sources, who asked not to be named in order to discuss sensitive matters.

A third source, a senior official close to Hezbollah, said the group was now waging a war of attrition.

Avraham Levine, an analyst with Israeli think-tank Alma, said it should be assumed Hezbollah was "well prepared and waiting" for Israeli troops and that it was no easy target.

"The fact that the chain of command has been damaged does not take away the ability to shoot Israeli communities or try to hit" Israeli forces, Levine told Reuters, describing Hezbollah as "the same powerful terror army we all know."

Fighters have the flexibility to carry out orders "according to the capabilities of the front," the Hezbollah field commander said, described the new command as "a narrow circle" in direct contact with the field. It is rare for a Hezbollah field commander to speak to international media.

He said the new command operates in total secrecy and gave no further details about its communications or structure. Hezbollah has not named a new leader after Nasrallah, with the most likely successor also killed. The Shi'ite group's deputy leader Sheikh Naim Qassem said this week he supported ceasefire efforts, but said the group's capabilities were intact.

Another source familiar with Hezbollah's operations said the group's dedicated, fixed-line phone network was "essential" to current communications. Sources have said the network survived attacks on the group's communications in September.

A statement this week signed by the "operations room of the Islamic Resistance" said fighters were resisting incursions and "watching and listening" to Israeli troops where they least expect it - an apparent reference to concealed Hezbollah positions. The statement, the first public acknowledgment of the existence of a new command, did not name its members or say when and in what context it was established.

Hezbollah's media office did not respond to questions for this story. Asked about the situation in Lebanon, the Israel Defence Forces (IDF) referred Reuters to previous public statements.

TUNNEL WARFARE

Israel announced on Oct. 1 that ground forces had entered southern Lebanon, initially with commando units, followed by regular armoured units and infantry units. Reservists from the 146th Division are now on the ground, the military said on Tuesday, bringing to four the number of divisions on Lebanese soil.

Israel has not said how many soldiers are on the ground, but an Israeli division usually consists of more than 1,000 fighters.

The troops are fighting close quarters battles with Hezbollah units, Israel says. Twelve Israeli soldiers have been killed in southern Lebanon or north Israel since the start of the operation, it says.

Hezbollah possesses an extensive tunnel network in southern Lebanon, both the group and Israel say. The tunnels grew after the group's 2006 war with Israel, according to a 2021 report by think-tank Alma. Israel estimates they extend for hundreds of kilometres.

The Hezbollah field commander said the tunnels "are the foundation of the battle". Hezbollah had toiled for years to build them, he added. "Their time has come," he said.

Israel's military has released video footage it says shows deep tunnels captured by its soldiers. One video released on Oct. 5 appears to show an underground room equipped with fixed line telephones. Reuters could not verify the date or location of the footage.

The source close to Hezbollah said the tunnels detected by Israel were built for its Radwan special forces units to one day enter the Galilee region of northern Israel. The source said Israel did not know the full extent of the tunnels.

DOWN BUT NOT OUT

Andreas Krieg, a senior lecturer at the School of Security Studies at King's College London, said Hezbollah's capabilities had been degraded but it was still able to fire rockets with intensity onto Israel while keeping their ballistic missiles as weapons of last resort.

Hezbollah says it has stepped up fire in recent days.

Prior to the latest conflict, the World Factbook of the U.S. Central Intelligence Agency said Hezbollah possessed upwards of 150,000 missiles and rockets.

The two sources said Hezbollah had chosen not to use its most potent rockets - including precision guided missiles - to keep something in reserve for a long war and to avoid giving Israel a pretext to widen its strikes to Lebanese infrastructure, such as Beirut airport, roads and bridges.

The third source said the group had not targeted Israel's cities, such as Tel Aviv, with its most powerful weapons because such a move would give Israel a reason to hit Lebanon even harder.

There is no doubt Israel has inflicted enormous damage on Hezbollah. In September, thousands of booby-trapped communications devices used by Hezbollah members were detonated - an attack for which Israel has neither confirmed nor denied responsibility.

Beginning Sept. 23, Israel dramatically escalated airstrikes, claiming to have destroyed tens of thousands of Hezbollah rockets mostly in southern Lebanon, the Bekaa Valley, and Beirut's southern suburbs.

Israeli officials have said that the fact that Hezbollah has been firing 100-200 missiles and rockets a day on average and not the thousands expected, shows significant weakening.

Estimates have varied about the scale of Hezbollah's losses, with one Western diplomat saying prior to Nasrallah's killing that up to 25% of the missile capacity had been lost. Reuters has previously reported that Iran had offered to restock its ally, but faced challenges in supply routes.

The Israeli military says it has killed hundreds of Hezbollah fighters, including most of the senior command of the Radwan special forces.

The United States, which deems Hezbollah a terrorist group, said deputy leader Qassem's call on Tuesday for a ceasefire showed it was on the back foot.

GUERRILLA TACTICS

In one deadly engagement last week, concealed Hezbollah fighters attacked Israeli troops as they advanced in the area of Odaisseh, a village in the south, just after Israel had pounded it with artillery and airstrikes, the source close to Hezbollah said.

The Hezbollah fighters used mines and Russian-made Kornet anti-tank missiles in their ambush - the types of weapons used against Israeli forces in a war in southern Lebanon in 2006.

The source appeared to be referring to an incident in which the Israeli military said five soldiers from a commando unit were killed and five others severely wounded in a gunbattle on Oct. 2.

The Israeli military declined to give details beyond its already published statements. That same day, two other soldiers were killed in a separate incident announced by the Israeli army.

Israel says it aims to secure the return of tens of thousands of people who evacuated northern Israel after Hezbollah began firing rockets a year ago in solidarity with Hamas in Gaza.

Lebanese authorities say Israel's offensive has uprooted more than 1 million people in Lebanon - predominantly members of the Shi'ite community from which Hezbollah draws support.

Mohanad Hage Ali of the Beirut-based Carnegie Middle East Center said he expected Israeli forces to advance. "The question is how costly will Hezbollah make it for them?"

The south is steeped in symbolism for Hezbollah. The group was founded by Iran's Revolutionary Guards in the early 1980s, in part to fight an Israeli invasion. It subsequently battled Israel's years-long occupation.

"Fighting Israel on the ground is Hezbollah's bread and butter," said Krieg.

"This is what they have trained to do and most of their defences on the ground were designed" for, he said.

He said Hezbollah wants to send a clear message to Israel, but also to its constituents in Lebanon and allies in the Iran-backed Axis of Resistance that it is still intact and "can inflict considerable harm" on Israel's forces, he said.

Tesla CEO Musk unveils 'Cybercab', 'Robovan' as focus shifts to automation



Tesla CEO Musk unveils 'Cybercab', 'Robovan' as focus shifts to automation

Reuters

11/10/2024


Tesla CEO and X owner Elon Musk rides in Tesla's robotaxi at an unveilling event in Los Angeles, California, US October 10, 2024. - Tesla/via REUTERS


TESLA CEO Elon Musk showcased a two-door robotaxi with gull-wing doors and no steering wheel or pedals at a much-hyped event on Thursday, sticking to long-held promises of autonomous cars driving long-term growth at the electric vehicle maker.

Musk traveled to the stage in a "Cybercab" and said production will start in 2026 with the vehicles being available to buy for less than $30,000.

"The autonomous future is here," Musk said. "We have 50 fully autonomous cars here tonight. You'll see model Ys and the Cybercab. All driverless."

The Cybercab will cost 20 cents a mile to operate over time, use inductive chargers and not require any plugs. They will also rely only on cameras and artificial intelligence, without the need for other hardware that robotaxi players use.

Musk also showcased a larger, self-driving vehicle - called Robovan - capable of carrying up to 20 people, and showed off Tesla's Optimus humanoid robot.

Enthusiasm around the event has been on display across social media for weeks, with screenshots of invites and speculation on what might be disclosed. But investors and analysts have flagged challenges with the technology and reined in expectations.

Musk's plan is to operate a fleet of self-driving Tesla taxis that passengers can hail through an app. Individual Tesla owners will also be able to make money on the app by listing their vehicles as robotaxis.

Thursday's event at the Warner Bros studio near Los Angeles, California, is titled "We, Robot" - an apparent nod to the "I, Robot" science-fiction short stories by American writer Isaac Asimov, but also echoes Musk's insistence that Tesla "should be thought of as an AI robotics company" rather than an automaker.

Those attending included investors, stock analysts and Tesla fans.

"Everything looks cool, but not much in terms of time lines, I'm a shareholder and pretty disappointed. I think the market wanted more definitive time lines," said Dennis Dick, equity trader at Triple D Trading. "I don't think he said much about anything... He didn't give much info."

MISSED PROMISES

Musk said in 2019 he was "very confident" the company would have operational robotaxis by the next year. After missed promises, Musk this year diverted his focus to developing the vehicles after scrapping plans to build a smaller, cheaper car widely seen as essential to countering slowing EV demand.

Tesla is at risk of posting its first-ever decline in deliveries this year as buying incentives have failed to attract enough customers to its aging EV lineup. Steep price cuts meant to offset high interest rates have also squeezed profit margins.

Complicated technology and tight regulation have led to billion of dollars in loss for other companies attempting to crack the robotaxi market, forcing some to shut shop.

Some are still pushing, including General Motors' Cruise, Amazon's Zoox and Chinese firms such as WeRide.

Unlike expensive hardware such as lidar that others use, Musk is relying only on cameras and AI to run FSD to keep costs down. But FSD, which requires constant driver attention, has faced regulatory and legal scrutiny with at least two fatal accidents involving the technology.

Several KL roads to close for National Sports Day tomorrow



Several KL roads to close for National Sports Day tomorrow

Bernama

11/10/2024


Kuala Lumpur police chief Datuk Rusdi Mohd Isa advises road users to obey road signs and the instructions given by police officers on duty. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: There will be several road closures and diversions in the federal capital from 5 am to 9.30 am tomorrow in conjunction with the Royal Malaysia Police (PDRM) National Sports Day celebration.

Kuala Lumpur police chief Datuk Rusdi Mohd Isa tsays he roads that will be affected include Jalan Sultan Ismail-Jalan Imbi, Jalan Pudu-exit to Jalan Imbi, Jalan Dewan Bahasa-Jalan Bukit Petaling, Jalan Maharajalela-Jalan Hang Tuah, Jalan Sultan-Jalan Pudu and Jalan Tun Sambanthan-Jambatan Jalan Sultan Sulaiman.

Also affected are Jalan Tun Perak-Leboh Ampang, Bulatan Dato Onn, Jalan Raja Laut-Jalan Sultan Ismail, Jalan Sultan Ismail-Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail-Jalan Raja Abdullah and Jalan Raja Abdullah-Jalan Dang Wangi.

He said the road closure and diversion will also involve Jalan P.Ramlee-Jalan Ampang, Jalan Bukit Bintang-Jalan Imbi, Jalan Kia Peng-Jalan Raja Chulan and Jalan P. Ramlee-Jalan Raja Chulan.

"Road users are advised to obey road signs and the instructions given by police officers on duty. For any inquiry, they can contact the Jalan Tun H S Lee Traffic Police Station at 03-20719999 or the Kuala Lumpur Traffic Investigation and Enforcement Department hotline at 03-20260267 or the nearest police station," he said in a statement today.

Also to be held tomorrow is the Kuala Lumpur Police's 20-kilometre Fun Ride and the five-kilometre Fun Run.

-- BERNAMA

I never instructed Azilah, Sirul to kill Altantuya, I'm innocent of this crime - Najib



I never instructed Azilah, Sirul to kill Altantuya, I'm innocent of this crime - Najib

Bernama

11/10/2024


Datuk Seri Najib Tun Razak denies being the mastermind behind the gruesome murder. - BERNAMA/Filepic


SHAH ALAM: Former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak told the High Court here today that he never instructed former members of the Special Action Unit (UTK) Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar to kill Altantuya Shaariibuu in 2006, as he had never met the Mongolian woman.

He denied being the mastermind behind the gruesome murder.

"At the material time, I was deputy prime minister. I had never met her, and I'm innocent of this crime. I know Abdul Razak Baginda. He was the defence analyst working under my administration at the material time. That is how I know him.

"He was involved in buying submarines from the French submarine maker, which involved a billion-dollar deal for the nation," he said.

The former prime minister, 72, said this when queried by his counsel, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, during the hearing of his defamation suit against former Attorney-General (AG) Tan Sri Tommy Thomas and GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd over alleged defamatory statements made about the murder of the Mongolian woman in a book, 'My Story: Justice in the Wilderness'.

When asked about the woman, Najib said: "She was definitely not one of those who was in the higher echelons of the deal. As I know from media reports, she was a purported interpreter. I do not know details of their relationship, but I have come to know later that they were in a romantic relationship".

He said that Thomas, as the author of the book, should have verified the facts before proceeding with publishing it.

"In the case of SRC International Sdn Bhd and 1Malaysia Development Berhad, Thomas was the AG at the time who brought charges against me.

"He wrote the book after leaving the Attorney-General's Chambers (AGC), claiming that I was the mastermind behind the murder. It was published by the second defendant and distributed both locally and internationally.

"It is clear that he wanted to smear my reputation in the public domain, in that I became the alleged mastermind behind the murder. My integrity and reputation have been tarnished with baseless accusations," he said.

The hearing before Judge Datuk Khadijah Idris continues on June 30 next year.

The former Pekan MP filed the suit in 2021, claiming that Thomas had authored and caused the publication of the book which allegedly linked him to the murder.

He claimed the defamatory statements implied that he had ordered Azilah and Sirul to kill Altantuya and that he had confused the public over the murder to cover his tracks.

Najib contended that his reputation was affected by the publication of the defamatory statements, and sought general, aggravated and exemplary damages against both defendants and an order for the defendants to remove the defamatory statements from the book.

-- BERNAMA

Keseronokan 12 remaja mandi sungai berakhir dengan tragedi



Keseronokan 12 remaja mandi sungai berakhir dengan tragedi

Astro Awani

11/10/2024


Ahmad Mukhlis berkata, mayat pelajar tingkatan tiga itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto JBPM Selangor


HULU LANGAT : Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di sungai berhampiran Kampung Sungai Semungkis, di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas tersepit di celah batu, pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.56 petang.

"Kemudian sebuah jentera dari Balai Bomba Bandar Tun Hussein Onn bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Ahmad Mukhlis berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia 15 tahun itu bersama 11 lagi rakannya.

Beliau memberitahu, mayat pelajar tingkatan tiga itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ministerial statement on GISB to be presented in Parliament - Saifuddin Nasution



Ministerial statement on GISB to be presented in Parliament - Saifuddin Nasution

Bernama

11/10/2024


Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail aims to make Parliament a platform for public access to authentic info and updates on GISB. - BERNAMA


PUTRAJAYA: A ministerial statement regarding GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) will be presented in the upcoming Parliament sitting, which will start on Oct 14, said Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

He said that the ministerial statement was scheduled to be tabled on the second day of the sitting, to give members of Parliament room to debate the issue.

"It's an opportunity for MPs to debate the issue, as the budget will be tabled on Friday and the debate session is set for the following week," he said during an engagement session with editors-in-chief from the country's media industry here today.

Also present was Malaysian National News Agency (Bernama) editor-in-chief Arul Rajoo Durar Raj.

Saifuddin Nasution said his ministry wanted Parliament to serve as a platform where the public could access authentic information and developments regarding GISB.

"Let Parliament serve as a platform for us to share the steps being taken on this issue," he said.

Meanwhile, Saifuddin Nasution said that the police investigation into GISBH was carried out in accordance with the law.

A total of 16 individuals, including senior management from GISBH were re-arrested yesterday under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) in connection with allegations of child exploitation and indoctrination of religious fanaticism.

Bukit Aman Criminal Investigation Department director Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain said since the launch of Op Global in September, 58 individuals have been detained under the same act.

He said during the month-long operation, authorities arrested 415 individuals and rescued 625 victims aged between two months and 28 years.

On Sept 11, the police raided 20 charity homes linked to GISB in Selangor and Negeri Sembilan over allegations of child and religious exploitation activities.

-- BERNAMA

Rosmah’s tax-related charges bad in law - Lawyer



Rosmah’s tax-related charges bad in law - Lawyer

Bernama

11/10/2024


Datin Seri Rosmah Mansor's lawyer says there are no proceeds of an unlawful activity generated by the non-declaration of income tax. - BERNAMA/Filepic


KUALA LUMPUR: The High Court today was told that the money laundering and tax-evasion charges against Datin Seri Rosmah Mansor should be quashed as they are bad in law and infringed her right under Article 5 of the Federal Constitution.

Rosmah's counsel Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin argued that five out of the 17 charges faced by the former prime minister's wife ought to be dismissed because there are no proceeds of an unlawful activity generated by the non-declaration of income tax to even begin with.

"Hence, it can never be a predicate offence on its own. We emphasise that simply failing to file a tax return or provide notice of chargeability should not be considered as generating proceeds from unlawful activities.

"It is a general impossibility that the mere non-declaration of income tax in itself can generate the proceeds of an unlawful activity," said Firoz Hussein in his submissions on Rosmah's application to quash the money laundering and tax evasion charges against her before Justice K. Muniandy.

On Oct 4, 2018, Rosmah, 72, was charged with five counts of allegedly engaging in money laundering by failing to furnish a return on the RM7,097,750 income deposited into her bank account, which she was required to do under the Income Tax Act 1967.

The offences were allegedly committed at the Inland Revenue Board at the Government Building Complex Jalan Tuanku Abdul Halim here on May 1 of each year between 2014 and 2018.

Firoz Hussein further argued there is no unlawful activity and no unlawful proceeds that resulted from the failure to file a tax return.

"The failure to file returns is an omission, it is not a transaction. If that is the case, then thousands of Malaysians who don't file their tax returns would be committing money laundering offences even though their income was legitimately earned. Was the Anti-Money Laundering Act established to catch those who don't file their tax returns?" he asked.

The lawyer also highlighted that the charges faced by his client were an abuse of the court process which has diminished Rosmah's quality of life which is a facet of the right protected under Article 5(1) of the Federal Constitution.

"Due to the case, Rosmah had to pay legal fees and bail amounting to RM1 million, attend court dates for legal matters and constantly worry about her charge and defence which might result in her being sentenced to imprisonment, thereby affecting her mental health," he said.

Firoz Hussein contended that Section 85 of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing, and Proceeds of Unlawful Activities Act (AMLATFPUAA), which grants the Minister of Finance the power to add a predicate offence to the Act's second schedule is ultra vires and argued that the inclusion of Section 112 of the Income Tax Act, which addresses the failure to furnish returns, in the second schedule is unconstitutional.

In response to Firoz Hussein's submission on this contention, Deputy Public Prosecutor Ahmad Akram Gharib countered that Section 85 of AMLATFPUAA was very much constitutional because it technically means that those who don't declare their tax returns can enjoy the proceeds of unlawful activity.

Ahmad Akram is set to continue his submissions when hearing resumes on Nov 12.

Apart from the five tax-related charges, Rosmah also faces 12 counts of engaging directly in transactions involving proceeds of unlawful activity by causing RM7,097,750 to be deposited into her bank account.

She allegedly committed the offences at the Affin Bank Berhad branch at Bangunan Getah Asli Jalan Ampang here between Dec 4, 2013 and June 8, 2017, and at the Inland Revenue Board at Government Building Complex, Jalan Tuanku Abdul Halim here between May 1, 2014 and May 1, 2018.

Eight charges were framed under Section 4(1)(a) of the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act (AMLTAFA) 2001 while the rest of the charges were under Section 4(1)(a) of the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act (AMLATFPUAA) 2001.

-- BERNAMA

Nobuyo Oyama, voice actor for beloved Japanese cartoon robotic cat Doraemon, dies at age 90



Nobuyo Oyama, voice actor for beloved Japanese cartoon robotic cat Doraemon, dies at age 90

AP Newsroom

11/10/2024


Doraemon have been read and watched by millions of fans in Japan and across the world and have been translated into dozens of languages. - AP Photo/Koji Sasahara/Filepic


TOKYO: Nobuyo Oyama, best known as the raspy voice of Doraemon, the beloved cartoon robotic cat from the future, has died. She was 90.

Oyama, who voiced Doraemon for more than a quarter century, died of natural causes on Sept. 29, her agency, Actors Seven, said Friday.

Oyama performed the voice of the blue-and-white robotic cat from 1979 to 2005.

Created by the cartoonist Fujiko F. Fujio in 1970, Doraemon and the story of his friendship with Nobita, a good-hearted but somewhat lazy boy, became hugely popular. The manga and anime series have been read and watched by millions of fans in Japan and across the world and have been translated into dozens of languages.

In the series, Doraemon arrives from the 22nd century and helps Nobita in difficult situations, often with gadgets from the future such as an “anywhere door” and “take-copter.”

Born in Tokyo in 1933, Oyama was an aspiring actor and debuted in a 1956 drama on Japan’s NHK public television. She had her first voice acting role in 1957 in the dubbed version of the TV drama series “Lassie.”

Oyama’s raspy voice quickly gained her popularity in anime and children’s programs. She was the voice of one of three piglets in a popular children’s puppet show in the early 1960s and of teenage boy Katsuo in the family anime series “Sazaesan” prior to “Doraemon.”

Oyama retired as Doraemon in March 2005 as part of a renewal of the voice actors for the main characters. “I hope Doraemon will still be a beloved character in the distant future,” Oyama said.

In 2015, Oyama’s husband disclosed that she had developed dementia. Even so, as head of a sound arts school, Oyama was known to always succeed on the first try when she was asked to perform in her Doraemon voice.

Oyama’s agency said her funeral was held privately by her relatives.

Noriko Ohara, the voice of Nobita, died in July.

Malaysia firm on no dual citizenship policy for now - Saifuddin Nasution



Malaysia firm on no dual citizenship policy for now - Saifuddin Nasution

Bernama

11/10/2024


Malaysia remains firm in its policy of not recognising dual citizenship, says Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - BERNAMA


PUTRAJAYA: Malaysia remains firm in its policy of not recognising dual citizenship, Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail said.

He said any amendments to the policy would only be considered if there were specific requirements.

"For now, the policy stands and we don't intend to make any changes.

"If we face a different situation in the future, will we move in that direction? We'll decide when the time comes," he said, responding to whether the government was ready to review the policy on dual citizenship.

He said this during an engagement and dialogue session with media editors here today, which was also attended by Bernama Editor-in-Chief Arul Rajoo Durar Raj.

Meanwhile, Saifuddin said 17,400 citizenship applications had been processed successfully as of today (Oct 11), surpassing the initial target he set.

"I set a goal of finalising 17,000 citizenship applications for this year.

"Today, we've hit 17,400, and it's only October. I still have two more months... 80 per cent of these applications fall under Article 15A of the Federal Constitution," he said.

Article 15A grants the Federal Government special powers to register children as citizens.

On the issue of the Bajau Laut ethnic group (also known as Sea Gypsies) in Sabah, he said the Federal Government, in cooperation with the Sabah government, is continuously implementing initiatives to assist the community.

They include constructing 100 houses to relocate them and providing job assistance in various sectors, such as agriculture and carpentry, he said.

"Their children, who are without guardians, are placed in care homes, and both the Sabah government and non-governmental organisations (NGOs) provide them with basic education," he added.

-- BERNAMA

GISB: Children’s separation necessary for thorough investigation - Home Minister



GISB: Children’s separation necessary for thorough investigation - Home Minister

Bernama

11/10/2024


Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (center), at the Engagement and Meet-and-Greet Session with Editors-in-Chief of Media Agencies at the Ministry of Home Affairs, Putrajaya today. - BERNAMA


PUTRAJAYA: The children linked with GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) were separated from their parents to allow a comprehensive investigation into the matter, said Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

He said investigations are being conducted following legal procedures while focusing on the exploitation of women and children.

"When the police conduct rescues, they are guided by 11 laws, and the scope of the investigation continues to broaden," he said.

"Our main focus is on the exploitation of women and children, including potential sexual abuse of minors under the Sexual Offences Against Children Act 2017," he said during a discussion with editors-in-chief of the media here today.

He was responding to reports that six lawyers plan to present evidence in court to support claims that the separation of children from their parents linked to GISB is unlawful.

Saifuddin Nasution emphasised that the police are conducting investigations into GISB with the utmost transparency and caution, given the public interest involved.

"So far, we have returned 70 children to their families. However, some children have not been returned, as the investigation is still ongoing.

"If there are parents who wish to meet their children while the investigation is incomplete, the police will address those requests accordingly," he said.

Yesterday, 16 individuals, including top management from GISB, were re-arrested under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) in connection with allegations of child exploitation and indoctrination of religious fanaticism.

Bukit Aman Criminal Investigation Department director Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain reported that a total of 58 individuals have been detained under the Act since the launch of Op Global in September.

During the operation, police arrested 415 individuals and rescued 625 victims, aged between two months and 28 years.

-- BERNAMA

Blinken says concern in Asia about prospect of Middle East conflicts spreading



Blinken says concern in Asia about prospect of Middle East conflicts spreading

Reuters

11/10/2024


US Secretary of State Antony Blinken speaks at a press conference during the 44th and 45th Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Summits in Vientiane, Laos, on October 11, 2024. - TANG CHHIN SOTHY/via REUTERS


VIENTIANE, Laos: U.S. Secretary of State Antony Blinken said on Friday there was deep concern in Asia about the plight of people in Gaza and conflict in the Middle East and stressed Washington was doing everything in its power to prevent those from spreading.

Blinken reaffirmed US commitment to diplomacy regarding the Iranian-led axis of resistance in the Middle East.

He stressed the need to address the humanitarian crisis in Gaza and protect civilians.

Blinken emphasized ongoing US engagement in the Indo-Pacific, backed by bipartisan support.

Speaking in Laos after the East Asia Summit, Blinken said concerns about the Middle East came up in conversations with other leaders, during which he reiterated Washington was dedicated to diplomacy to control the situation in the face of what he called an Iranian-led axis of resistance.

"The intense focus of the United States, which has been the case going back a year, and doing just that, (is) preventing these conflicts from spreading. And we're working on that every day," Blinken told a press conference.

"We're working very hard through deterrence and through diplomacy to prevent that from happening. There's also obviously deep concern that we share about the plight of children, women, and men in Gaza, who for now a year have been caught in a terrible crossfire of Hamas' instigation."

Blinken also said the United States was directly engaged with Israel to stress how imperative it was that the humanitarian needs of people in Gaza are met.

Israel had the right to defend itself from attacks from Hezbollah, he added, and like the United States, it had a clear and legitimate interest in creating an environment where tens of thousands of displaced people in southern Lebanon can return to their homes.

"It's also vitally important that in doing that, they focus on making sure that civilians are protected and, again, are not being caught in a terrible crossfire," he said.

Blinken also gave his reassurances of the U.S. commitment to the Indo-Pacific region, regardless of the outcome of the upcoming U.S. presidential election, adding it was critical to U.S. interests.

"Even with everything else going on, our focus has remained intensely on this region," he said.

"It's my belief that basic approach will continue, irrespective of who's president, because it's so manifestly in our interest."

"There's strong support in Congress for our engagement in the region across parties and across both houses of Congress. And I don't see that changing," he said.

PM Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan PM Kanada, Justin Trudeau










Tennis - 'King of Clay' Nadal to end stellar career after injury-hit spell



Tennis - 'King of Clay' Nadal to end stellar career after injury-hit spell

Reuters

10/10/2024


Rafa Nadal had previously said he expected to retire this year after a hip injury that required surgery and limited his appearances in 2023. - REUTERS/Filepic


PARIS: Rafa Nadal will call time on his illustrious but injury-plagued careerafter next month's Davis Cup Finals, the 22-times Grand Slam champion announced on Thursday, as one of the greatestplayers in the sport prepares for an emotional farewell.

Nadal, who won a record 14 French Open titles during his 23-year career, had previously said he expected to retire this year after a hip injury that required surgery and limited his appearances in 2023.

The 38-year-old was a surprise selection for the Nov. 19-24 Davis Cup Final 8 in Malaga, after last competing at the Paris Olympics in July and subsequently missing the U.S. Open and Laver Cup over fitness concerns.

"It's been some difficult years, these last two especially," Nadal said in a video posted on social media.

"I'm very excited that my last tournament will be the Davis Cup representing my country. It's closing the circle because one of my first joys was the final in Sevilla in 2004."

Nadal has been no stranger to injuries and he sustained the hip problem at the Australian Open in early 2023 and missed the French Open later that year before having surgery.

He has played only 23 matches in the last two seasons.

Nadal returned to his favourite hunting ground this season but was beaten in the opening round by German Alexander Zverev and politely refused a celebratory farewell in the hope of a final hurrahnext year.

Dubbed the 'King of Clay' for his jaw-dropping 112-4 win-loss record at the Paris major, Nadal's last Roland Garros triumphcame in 2022.

Nadal will hang up his racket two years after great rival and Swiss maestro Roger Federer, leaving record 24-times major winner Novak Djokovic of Serbia as the only member of the 'Big Three' still active.

Federer led the tributes to Nadal on social media, saying that he hoped the day his friend announces his retirement would never come.

"What a career, Rafa ... Thank you for the unforgettable memories and all your incredible achievements in the game we love. It's been an absolute honour!" the Swiss great said.

Nadal thanked his family and his team for his stellar career, with a special word for his uncle Toni, who was his coach for most of his time on court.

"I believe that thanks to him, I have also been able to overcome many situations that have been difficult in my sporting career," he said.

To his fans, Nadal said: "I can't thank you enough for what you have made me feel. Everything I have experienced has been a dream come true."

"I leave with the absolute peace of mind having given my best," he added.

Nadal is now expected to receive what promises to be an emotional tribute at Roland Garros next year, with a similar celebration of his career expected at the Davis Cupon home soil.

AS sokong Malaysia Pengerusi ASEAN, kukuhkan hubungan Indo-Pasifik



AS sokong Malaysia Pengerusi ASEAN, kukuhkan hubungan Indo-Pasifik

Astro Awani

11/10/2024


Perdana Menteri Anwar (dua dari kiri) mengetuai delegasi Malaysia semasa mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Blinken (kanan) di Vientiane, Laos, pada Khamis. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J. Blinken menyatakan sokongan negara itu terhadap Malaysia yang bakal mempengerusikan ASEAN pada 2025 serta membincangkan peluang kerjasama bagi meningkatkan kestabilan serantau.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap AS, Matthew Miller pada Khamis, kedua-dua negara komited untuk menyokong Indo-Pasifik yang bebas, terbuka, selamat, berdaya tahan dan makmur.

Blinken bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Vientiane, Laos sempena mesyuarat ASEAN, di tengah-tengah sambutan ulang tahun ke-10 Perkongsian Komprehensif AS-Malaysia.

Dalam masa sama, Blinken berpendapat, Perkongsian Komprehensif AS-Malaysia yang terjalin selama satu dekad kini berada di landasan yang kukuh.

Beliau turut memuji hubungan dua hala tersebut yang terus berkembang dan memberi manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara.

“Kami komited untuk memperkukuh hubungan ini demi rakyat kami, sama ada melalui pertumbuhan ekonomi inklusif, isu-isu keselamatan, atau hubungan rakyat dengan rakyat,” kata Blinken.

Setiausaha Negara itu juga menekankan AS adalah penyumbang pelaburan langsung asing terbesar di Malaysia, yang mencerminkan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh terhadap ekonomi negara ini.

"Pelaburan sebegini tidak akan berlaku tanpa keyakinan yang tinggi terhadap sesebuah negara.

“Ia membuka peluang pekerjaan dan mencipta peluang yang kita semua boleh banggakan," tambahnya.

Anwar pula merakamkan pengharagaan kepada pentadbiran AS atas sokongan berterusan, terutama dalam memperkukuh sektor pelaburan di Malaysia.

Perdama Menteri turut menegaskan, pelaburan AS, khususnya di kawasan seperti Pulau Pinang, telah menjadikan rantau ini sebagai hab utama semikonduktor dan ekosistem yang berkaitan.

“Kawasan ini kini menjadi pusat kejayaan, dan ia adalah hasil usaha yang dikongsi bersama dengan negara jiran.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran AS, termasuk pentadbiran terdahulu, atas sokongan konsisten mereka," kata Anwar.

Selain itu, Blinken dan Anwar turut membincagkan krisis Gaza yang semakin meruncing.

Kedua-dua pemimpin itu menggesa pelaksanaan gencatan senjata segera, pembebasan semua tebusan serta kemasukan bantuan kemanusiaan secepat mungkin ke Gaza.

-ENDS-

Tags: Antony Blinken, Anwar Ibrahim, AS-Malaysia, ASEAN 2025, Indo-Pasifik, Pelaburan, Gaza

RM99 juta laksana program JENDELA, 'Perajurit Broadband' untuk warga ATM - Khaled Nordin



RM99 juta laksana program JENDELA, 'Perajurit Broadband' untuk warga ATM - Khaled Nordin

Astro Awani

11/10/2024


Mohamed Khaled (dua, kiri) dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (dua, kanan) hadir pada majlis peluncuran Inisiatif ‘Perajurit Broadband’ di Auditorium Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Sebanyak RM99 juta diperuntuk untuk melaksanakan program Jalinan Digital Negara (JENDELA) bersama Kementerian Pertahanan, menurut Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Inisiatif itu termasuk mewujudkan Infrastruktur Fiber Optik di semua 73 kem atau pangkalan tentera, melibatkan sebanyak 59,420 pintu Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

“Kita mahu menambah baik perkhidmatan liputan selular sedia ada di dalam pelbagai kawasan RKAT.

“Kita mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan Internet dengan kos yang rendah terutama kepada warga Kementerian Pertahanan dan anggota tentera, khususnya anggota lain-lain pangkat, yang juga dikategorikan sebagai golongan B40,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Inisiatif ‘Perajurit Broadband’ dan Penyerahan Memorandum Persefahaman antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Inisiatif Perajurit Broadband menyediakan pakej langganan harga mampu milik serendah RM49 dengan kelajuan 100 Mbps.

“Harga yang murah ini adalah satu pengiktirafan dan cara Kerajaan Perpaduan menghargai jasa serta pengorbanan warga ATM dalam memastikan kedaulatan negara terus terpelihara,” kata Mohamed Khaled.

Tambah beliau, Kementerian Pertahanan mengambil pendekatan menjaga kemaslahatan serta kebajikan warga ATM di kem-kem di seluruh negara, bukan sebagai perkara sampingan.

Indonesia tidak benarkan iPhone 16 kerana Apple tidak ikut peraturan tempatan



Indonesia tidak benarkan iPhone 16 kerana Apple tidak ikut peraturan tempatan

Astro Awani

11/10/2024


Menurut pihak berkuasa Indonesia, Apple tidak mencapai angka komitmen pelaburan sebelum ini. - Foto Amanz


KERAJAAN Indonesia kini mengesahkan telefon pintar terbaru Apple, iaitu iPhone 16, tidak dibenarkan penjualan di negara tersebut.

Ini kerana, Apple masih belum memenuhi peraturan tempatan yang sedia dilaksanakan di negara tersebut.

Peraturan ini meliputi keperluan pelaburan dan juga memperbaharui persijilan kandungan tempatan.

Sebelum ini, Apple sedia menerima sijil kebenaran untuk menjual produk mereka di Indonesia, namun sijil berkenaan telah pun luput dan perlu diperbaharui.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, Apple dikatakan tidak mencapai angka komitmen pelaburan sebelum ini.

Di samping itu, Indonesia juga mempunyai beberapa peraturan tambahan, termasuk pilihan pengeluaran produk di Indonesia, pembangunan aplikasi tempatan dan juga memfokuskan penciptaan produk inovatif dalam negara.

Apple dikatakan memilih pilihan ketiga dan telah membuka tiga akademi di negara tersebut.

Presiden UNGA kecam serangan Israel terhadap pengaman PBB di Lubnan



Presiden UNGA kecam serangan Israel terhadap pengaman PBB di Lubnan

Bernama

11/10/2024


Philemon Yang kecam serangan Israel terhadap kedudukan pasukan pengaman PBB di Lubnan yang mencederakan dua anggota pengaman PBB di Lubnan. - Gambar fail Reuters

HAMILTON (Kanada): Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philemon Yang, pada Khamis mengecam serangan Israel terhadap kedudukan pasukan pengaman PBB di Lubnan yang mencederakan dua anggota pengaman, lapor Agensi Anadolu.

"Beliau menyedari peranan penting yang dimainkan oleh UNIFIL (Pasukan Interim PBB di Lubnan) dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan," kata jurucakap Perhimpunan Agung, Sharon Birch ketika menjawab soalan pada satu sidang media.

Beliau juga berkata, Yang menggesa semua pihak menunaikan tanggungjawab mereka di bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

UNIFIL sebelum ini menyatakan bahawa ibu pejabatnya di Naqoura dan beberapa tapak lain berulang kali dibedil oleh tentera Israel, menyebabkan dua anggota pengaman cedera.

Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke seluruh Lubnan terhadap apa yang didakwa sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 Sept, membunuh sekurang-kurangnya 1,323 orang, mencederakan lebih 3,700 yang lain, dan menyebabkan lebih 1.2 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Serangan udara itu merupakan peningkatan ketegangan susulan peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak bermulanya serangan kejam Tel Aviv terhadap Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 42,000 orang. - BERNAMA

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying cuti sakit selepas pembedahan



Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying cuti sakit selepas pembedahan

Bernama

11/10/2024


Lim Hui Ying, mengambil cuti sakit selama sembilan hari bermula Selasa lepas (8 Okt - 16 Okt) selepas menjalani pembedahan oleh pakar perubatan hospital kerajaan pada 4 Okt.

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, mengambil cuti sakit selama sembilan hari bermula Selasa lepas (8 Okt - 16 Okt) selepas menjalani pembedahan oleh pakar perubatan hospital kerajaan pada 4 Okt.

Pejabat Timbalan Menteri Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan untuk mengambil cuti sakit itu diambil berdasarkan nasihat doktor bagi memastikan beliau dapat kembali sihat dan sejahtera.

"Pada 4 Okt 2024, Timbalan Menteri Kewangan telah menjalani pembedahan dan kini sedang menjalani proses pemulihan di kediaman beliau.

"Pembedahan tersebut berjaya dilaksanakan oleh pakar-pakar perubatan hospital kerajaan," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Timbalan Menteri Kewangan dimaklumkan akan pulih sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan.

"Walaupun diberikan cuti sakit rasmi sehingga awal November, Timbalan Menteri Kewangan tetap komited untuk kembali bertugas pada 17 Okt 2024. Ini bertepatan dengan bermulanya Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-15 serta sesi pembentangan Belanjawan 2025," menurut kenyataan itu.

Pejabat Timbalan Menteri Kewangan memaklumkan bahawa Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjong akan terus beroperasi seperti biasa.

Lim yang juga Ahli Parlimen Tanjong, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan doa yang diberikan.

"Timbalan Menteri Kewangan berharap dapat kembali bertugas dengan sihat dan penuh tenaga dalam masa terdekat," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

TikTok Malaysia sahkan pemberhentian kakitangan



TikTok Malaysia sahkan pemberhentian kakitangan

Astro Awani

11/10/2024


TikTok Malaysia yang beroperasi di bawah syarikat induknya, ByteDance Ltd mengesahkan berlaku pemberhentian kakitangan yang terlibat dalam bahagian kandungan, walaupun jumlah sebenar pekerja yang terlibat belum didedahkan.


KUALA LUMPUR: TikTok Malaysia yang beroperasi di bawah syarikat induknya, ByteDance Ltd mengesahkan berlaku pemberhentian kakitangan yang terlibat dalam bahagian kandungan, walaupun jumlah sebenar pekerja yang terlibat belum didedahkan.

TikTok menjelaskan, langkah yang diambil ini merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk memperkukuh model operasi global kandungan.

"Kami membuat perubahan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkuat model operasi global bagi penyelaras kandungan.

“Kami menjangkakan pelaburan sebanyak AS$2 bilion secara global dalam bidang kepercayaan dan keselamatan pada 2024 dan terus mempertingkatkan keberkesanan usaha ini, dengan 80 peratus kandungan melanggar peraturan kini dipadamkan secara automatik," kata jurucakap TikTok dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, laporan media menyatakan TikTok telah memberhentikan ratusan kakitangan di Malaysia.

Sumber yang rapat dengan cawangan syarikat di Malaysia memberitahu The Malaysian Reserve (TMR), lebih daripada 500 kakitangan telah diberhentikan selepas menerima e-mel daripada syarikat tersebut.

Ini bukan kali pertama ByteDance melakukan pemberhentian kakitangan.

Pada Jun, syarikat itu telah mengurangkan 450 pekerja di Indonesia selepas pengambilalihan sebuah syarikat e-dagang tempatan dan penggabungannya dengan operasi TikTok di negara tersebut.

Selain itu, laporan pada Mei juga menyebut TikTok merancang pengurangan besar dalam pasukan operasi dan pemasaran globalnya.

Tags: TikTok, ByteDance, pemberhentian kakitangan, moderasi kandungan

10 October 2024

Hundreds gather to pay last respects to India's iconic business tycoon Ratan Tata



Hundreds gather to pay last respects to India's iconic business tycoon Ratan Tata

Reuters

10/10/2024


People pay their respects to the former chairman of Tata Group Ratan Tata, in Mumbai, India, October 10, 2024. - REUTERS/Francis Mascarenhas


NEW DELHI: Hundreds of people, including corporate leaders, politicians and celebrities, gathered in Mumbai on Thursday to pay their last respects to one of India's most respected business tycoons, Ratan Tata, who died aged 86.

Known for his exemplary business acumen and philanthropic nature, as chairman he led various companies under the Tata conglomerate for more than 20 years, which had revenue of $165 billion in 2023-24.

Although in recent years Tata was not as active in the day-to-day running of the group, he was consulted on big decisions by the Tata Sons leadership, a senior company executive told Reuters.

Tata had been in a Mumbai hospital since Monday, but the cause of his death was not immediately made public.


After his death, tributes poured in from around the world, underlining his popularity that transcended boundaries and generations.

"India and the world have lost a giant with a giant heart," U.S. ambassador to India Eric Garcetti said on X.

"He ... was instrumental in mentoring and developing the modern business leadership in India. He deeply cared about making India better," Google Chief Executive Sundar Pichai said.

Draped in the Indian national flag, Ratan Tata's body was kept at a cultural centre in Mumbai, and his funeral will be conducted later in the day with full state honours.

India's central bank governor Shaktikanta Das, Tata Sons Chairman N. Chandrasekaran and Aditya Birla Group Chairman Kumar Mangalam Birla were among early visitors to pay their last respects to the Padma Vibhushan awardee - India's second-highest civilian honour.

A licensed pilot who would occasionally fly the company plane, Tata never married and was known for his quiet demeanour, relatively modest lifestyle and philanthropic work.

"We will remember his legacy of transformative giving to Cornell," his alma mater Cornell University said on X, calling Tata their most generous international donor.

YAPEIM umum pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu



YAPEIM umum pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu

Bernama

10/10/2024


YAPEIM mengumumkan pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah bagi sesi 2024/26 berkuat kuasa 7 Okt, pada satu majlis yang disempurnakan Mohd Na'im (tengah) di Kuala Lumpur semalam. - Foto YAPEIM


KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) semalam mengumumkan pelantikan 10 Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YAPEIM bagi sesi 2024/26 yang berkuat kuasa pada 7 Okt lepas.

YAPEIM menerusi kenyataan memaklumkan majlis penyerahan watikah pelantikan itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini.

Kenyataan itu menyebut lapan daripada mereka adalah lantikan semula termasuk Pengerusi LPA YAPEIM Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.

Ahli LPA lain ialah Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail, Datuk Kamel Mohamad, Profesor Datuk Dr Saadiah Mohamad, Dr 'Aida Othman, Dr Zaiyadi Awang Noh, Shatiri Mansor, Abdul Khudus Mohd Naaim, Rohani Mohd Shahir dan Khairul Faiz Morat @ Abd Morat.

"Semoga pelantikan Ahli LPA YAPEIM bagi sesi 2024/26 ini dapat memberi sumbangan dalam meletakkan yayasan ini di peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Na'im ketika berucap pada majlis berkenaan berharap barisan LPA yang dilantik dapat memberi nasihat, panduan serta cadangan bernas dalam memajukan YAPEIM pada masa depan.

-- BERNAMA

Lelaki ditahan terlibat buli jalan raya, langgar mangsa hingga cedera



Lelaki ditahan terlibat buli jalan raya, langgar mangsa hingga cedera

Astro Awani

10/10/2024


Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan kejadian buli jalan raya sehingga menyebabkan kecederaan di Meru, Klang, Ahad lalu.


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan kejadian buli jalan raya sehingga menyebabkan kecederaan di Meru, Klang, Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang lelaki berusia 49 tahun pada 10.28 malam, hari yang sama.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 9.45 malam semasa mangsa memandu kereta untuk pulang ke rumah bersama keluarga.

"Mangsa secara tiba-tiba didatangi sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki secara melulu dan terus menghimpit kereta mangsa.

"Suspek juga bertindak menghentikan keretanya di hadapan kereta mangsa sebelum datang ke arah mangsa dan mengetuk cermin tingkap kereta mangsa.

"Kemudian suspek cuba menarik kunci kereta semasa mangsa membuka pintu dan apabila mangsa telah keluar dari kereta berlaku pertengkaran mulut dengan suspek," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, suspek telah masuk semula ke dalam keretanya dan cuba melanggar mangsa sebanyak dua kali.

"Kali pertama mangsa berjaya mengelak namun kali kedua mangsa telah dilanggar sehingga terjatuh menyebabkan kaki kanan mangsa digilis tayar kereta suspek.

"Selepas kejadian itu, suspek terus memecut melarikan diri manakala mangsa mengalami kecederaan keretakan kecil di kaki kanan dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam," ujarnya.

Sehubungan itu, Mohd Iqbal berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai penjual komponen kenderaan.

Katanya, pihak polis juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau namun ujian saringan awal air kencing didapati positif dadah jenis Benzo.

"Reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam pada Khamis.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah ASP Md Anuar Bin Md Amilah ditalian 019-2255597," katanya.

JAKIM diminta siasat video pelajar didakwa puja guru secara melampau



JAKIM diminta siasat video pelajar didakwa puja guru secara melampau

Astro Awani

10/10/2024


Agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan khususnya JAKIM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan YADIM diminta melipatgandakan usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah.


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyediakan laporan berhubung seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab dalam sebuah majlis yang tular di media sosial semalam.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, perkara itu juga akan dibawa kepada tindakan pihak berkuasa agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah.

"Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah.

"Agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan khususnya JAKIM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia diminta untuk melipatgandakan usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit dua saat melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar dalam sebuah majlis yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab.

Alunan bait itu didakwa memuja serta memuji secara melampau seorang guru agama dari negeri utara yang dikatakan boleh membawa kepada amalan kekultusan.

Bekas wartawan direman kes rasuah ‘jual’ gelaran Datuk Seri di Melaka



Bekas wartawan direman kes rasuah ‘jual’ gelaran Datuk Seri di Melaka

Astro Awani

10/10/2024


Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 42 tahun itu, dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri. - Gambar/ Astro AWANI


AYER KEROH: Seorang bekas wartawan direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM48,000 daripada seorang ahli perniagaan kononnya bagi mendapatkan Darjah Kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri tahun lalu.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 42 tahun itu, dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri.

Terdahulu suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menaiki kenderaan khas SPRM.

Sumber memberitahu, wanita itu ditahan pukul 3.45 petang semalam selepas diminta hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

"Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang ahli peniagaan sebagai balasan (kononnya) bagi mendapatkan pengurniaan gelaran Datuk Seri sempena Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran negeri pada tahun lepas.

"Siasatan awal mendapati wang rasuah yang diterima suspek dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan berlaku puluhan transaksi kemasukan wang dari tahun 2022 hingga 2023," katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) SPRM 2009 dan sabut kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Abdullah Sani janji selesaikan masalah gaji, jika terpilih Presiden KLFA



Abdullah Sani janji selesaikan masalah gaji, jika terpilih Presiden KLFA

Bernama

10/10/2024


Abdullah Sani turut menyatakan hasrat untuk mengembalikan kegemilangan KL City sebagai pasukan yang digeruni. - Facebook Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR: Calon Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berjanji akan menyelesaikan masalah tunggakan gaji Kuala Lumpur (KL) City FC sekiranya beliau menang dalam kongres pemilihan, Sabtu ini.

Abdullah Sani berkata beliau dan barisan kepimpinan yang bakal dilantik bertekad untuk memperbaiki kedudukan kewangan skuad warga kota, bagi memastikan pasukan itu bebas daripada isu tunggakan gaji.

"Perkara utama yang perlu diselesaikan adalah isu gaji. Mana-mana calon bertanding pasti mempunyai objektif yang sama, kerana masalah ini tidak boleh dibiarkan.


"Saya juga akan mencari solusi bagi menangani masalah kewangan dalaman, termasuk melalui kerjasama dengan syarikat swasta yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pemegang saham KL City," katanya kepada media semalam.

Abdullah Sani, yang juga Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), turut menyatakan hasrat untuk mengembalikan kegemilangan KL City sebagai pasukan yang digeruni.

Abdullah Sani berkata gabungan barisan politik dan korporat yang hampir kesemuanya terdiri daripada muka baharu diyakini mampu merealisasikan impian menyelesaikan masalah yang dihadapi KL City.

Pemilihan kongres KLFA Sabtu ini akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan presiden antara Abdullah Sani dan Naib Presiden KLFA Syed Yazid Syed Omar, setelah pencalonan ditutup pada 26 Sept lepas.

Syed Yazid, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), meraih pencalonan tertinggi dengan 15 sokongan daripada 27 ahli gabungan persatuan itu.

Abdullah Sani, yang merupakan pemangku Presiden KLFA sebelum ini, mendapat 12 sokongan, melepasi syarat 40 peratus pencalonan bagi merebut kerusi Presiden KLFA.

Bagi dua kerusi Timbalan Presiden pengarah dan penerbit terkenal Datuk Afdlin Shauki yang bergandingan dengan Datuk Azril Mat Drus akan dicabar oleh tokoh korporat Datuk Seri Wong Yeon Chai dan veteran bola sepak tanah air Datuk Kamarudin Hassan.

-- BERNAMA

Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000



Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000

Astro Awani

10/10/2024


Fattah (kiri) bersama Nabil (tengah) dan Pak Azad (kanan) pada acara larian Run Challenge di pekarangan bangunan Astro Bukit Jalil, pagi tadi. -Astro AWANI


AKTOR popular Fattah Amin berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 selepas menang acara Run Challenge anjuran Radio ERA, pada Khamis.


Aktor popular Fattah Amin memenangi hadiah wang tunai RM1,000 selepas menyertai acara Run Challenge anjuran Radio ERA.

Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada pihak Fattah.

Acara larian santai ini berlangsung di pekarangan bangunan Astro Bukit Jalil dan melibatkan Fattah Amin serta penyampai radio, Nabil Ahmad.

Menurut Pengurus Kandungan ERA, Azah Sahrin, penyertaan Fattah dalam acara larian ini sebenarnya tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.

"Benda kita tak rancang pun. Semalam kita ada diskusi dalam bilik, tetapi tiba-tiba dalam feed, Nabil pakai pakaian sukan. Jadi mereka borak dengan Nabil.

"Kita post dalam Instagram, sebab hari tu Pak Azad dah lawan dengan Jojoe. Jadi hari ini, Nabil nak lawan lari dengan siapa?

"Kebetulan ada ramai orang tag Fattah Amin. Selepas itu, kita dapat sambutan yang baik pula daripada pihak Fattah.

"Fattah cakap dia on lawan lumba lari dengan Nabil. Kami daripada pihak Era pun terkejut juga. Dari situlah idea lumba lari di antara Nabil dengan Fattah yang berlangsung hari ini," kata Azah.

Sementara itu, Fattah yang ditemui selepas tamat acara Run Challenge memaklumkan dia teruja dapat menyertai pertandingan santai dan bertemu kenalan lama iaitu penyampai radio ERA, Radin.

"Hari ini saya datang ke konti radio ERA untuk mempromosikan kempen Tabik Wira Kita.

"Alhamdulillah, terima kasih banyak kepada radio ERA, termasuk rakan penyampai radio dan kawan lama saya Radin, Pak Azad.

"Kami buat maraton tadi. Satu Astro ni kita lari.

"Alhamdulillah, Nabil bagi saya peluang. Dia bagi saya menang, dapat wang tunai RM1,000 daripada Pak Azad. Terima kasih banyak-banyak," kata Fattah.

Acara larian santai Run Challenge melibatkan Fattah Amin dan penyampai radio, Nabil Ahmad berlangsung di pekarangan bangunan Astro Bukit Jalil, pagi tadi.

GISB: PDRM beku, sita harta RM19.9 juta, kesan aset luar negara RM52.4 juta



GISB: PDRM beku, sita harta RM19.9 juta, kesan aset luar negara RM52.4 juta

Astro Awani

10/10/2024


Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pembekuan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI



KUALA LUMPUR: Fasa keempat Op Global Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaksikan tindakan pembekuan dan penyitaan harta dalam negara berkaitan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd bernilai hampir RM19.9 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pembekuan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001.

Selain itu beliau berkata, PDRM juga telah memperoleh maklumat berkaitan 23 harta milik GISB di 10 negara lain dengan anggaran nilai RM52.4 juta.

“Namun begitu, PDRM masih menunggu pengesahan harta tersebut dari negara yang terlibat bagi tindakan lanjut pembekuan dan penyitaan di bawah Akta 613,” katanya dalam sidang media di ibu negara, pada Khamis.

Mengenai aktiviti GISB di luar negara yang dipercayai di 19 buah negara keseluruhan, Mohd Shuhaily berkata, PDRM telah mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan polis negara terbabit.

Setakat ini, katanya lagi, 19 negara tersebut berada di rantau Asia Tenggara, Eropah dan Asia Barat, dan tiga premis di sebuah negara sudah sudah dihentikan operasi, serta pintu dan tingkapnya ditutup dengan plastik hitam.

“Signage (papan tanda) pun dah dibawa turun, malah tingkap pintu dah ditutup dengan plastik hitam. Itu satu daripada maklum balas kita terima, GISBH yang beroperasi di satu negara telah berhenti beroperasi.

“Namun demikian, kita belum dapat maklumat berkaitan dengan ahli-ahli mereka di negara tersebut. Itu adalah tugasan seterusnyam dan siasatan sedang kita susun,” katanya lagi.

GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…



GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…

Astro Awani

10/10/2024


Mohd Shuhaily berkata, tidak wajar untuk membandingkan tindakan polis terhadap GISB dan tindakan terhadap Al-Arqam yang berlaku pada 1994, kerana peruntukan undang-undang yang berbeza. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa polis dan kerajaan bertindak terlampau ‘keras’ untuk melumpuhkan operasi Global Ikhwan Services and Business Holding (GISB) Bhd adalah tidak tepat, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Dalam satu sidang media khas di ibu negara pada Khamis, beliau berkata, tidak wajar untuk membandingkan tindakan polis terhadap GISB dan tindakan terhadap Al-Arqam yang berlaku pada 1994, kerana peruntukan undang-undang yang berbeza.

“Masa 1994 kita punyai undang-undang pencegahan di mana kita tidak perlu pergi kepada sistem kehakiman. Kini, tangkapan kita semua dibawa ke sistem perundangan terbuka, yang mana kita harus cari bukti, dan prosedur itu very transparent.

“Dan pihak polis menguatkuasa undang-undang dengan peruntukan yang sememangnya diperuntukan untuk kami kuatkuasakan. Dalam konteks ini apa yang kita lihat bahawa elemen elemen penganiayaan dan pengabaian wujud untuk dibawa atau digunakan dalam memajukan perniagaan mereka ini,” katanya lagi.

Mohd Shuhaily berkata, menjadi beban tanggungjawab pihak polis ialah untuk buktikan berlakunya perlakuan (penganiayaan) tersebut dengan perniagaan yang dijalankan oleh GISB.

Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri dalam wawancara khas dengan media sebelum ini berpandangan, tindakan ‘keras’ pihak kerajaan seolah-olah seperti ingin menghapuskan terus organisasi tersebut berbanding dengan kaedah membetulkan apa yang salah.

Beliau berkata, GISB merupakan sebuah syarikat berjaya yang beroperasi di 20 buah negara, dan tindakan polis seperti menghukum semua individu terlibat, sama ada bersalah atau tidak bersalah.

Bagaimanapun Mohd Shuhaily berkata, terdapat bukti seperti mana yang disebut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa operasi perniagaan GISB cuba dimudah cara dengan kefahaman Aurad Muhammadiah, yang telah difatwakan sebagai ajaran sesat sebelum ini.

“Jadi di situ (saya harap) dapat terangkan, konteks masa dan undang-undang satu ketika dulu, hari ini everything is transparent. Let the legal process takes its place. That is the process.

“Proses perundangan kita ini semakin matang dan harapan saya ialah untuk masyarakat di luar sana memahami proses perundangan. Pihak polis siasat, dan tanggungjawab kami sepenuhnya untuk cari segala bahan bukti untuk dibawa ke pihak pendakwa raya, yang akan mengkaji dan mengesyorkan tindakan apa seterusnya,” katanya lagi.

Najib tidak tanya siasatan dana SRC dibekukan di Switzerland - Mahkamah diberitahu



Najib tidak tanya siasatan dana SRC dibekukan di Switzerland - Mahkamah diberitahu

Bernama

10/10/2024


Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak memohon maklumat mengenai siasatan terhadap dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM3.6 bilion yang dibekukan pihak berkuasa Switzerland pada 2013.

Bekas perdana menteri berusia 71 tahun itu berkata siasatan itu adalah rumit dan menjangkakan pihak berkuasa memaklumkan sebarang perkembangan kepadanya mengenai dana SRC di BSI Bank di Lugano.

Dana itu adalah sebahagian daripada pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC, yang dirampas pihak berkuasa negara itu kerana disyaki terbabit dengan pengubahan wang haram.

Najib, selaku defendan pertama, berkata demikian apabila disoal peguam SRC Datuk Lim Chee Wee dalam saman sivil SRC bernilai AS$1.8 bilion terhadap beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, yang masih bebas.

Lim: "Sebagai Menteri Kewangan adakah anda mengambil tindakan secara peribadi untuk mengetahui apa yang telah berlaku dengan pelaburan SRC bagi menjana pulangan untuk membayar pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan Inc?"

Najib: "Ya, saya telah bertanya kepada pihak pengurusan. Mereka menghadapi kesukaran untuk memberikan jawapan yang memuaskan. Saya tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut."

Lim: "Jika anda tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan, apakah laporan yang anda minta daripada agensi penguatkuasaan undang-undang mengapa dana SRC dibekukan di Switzerland?"

Najib: "Saya tidak meminta laporan itu tetapi seperti yang saya katakan, saya menjangkakan mereka akan memberikan laporan itu kepada saya. Saya kecewa dengan keadaan itu."

Najib kemudian mengesahkan bahawa walaupun tidak lagi memegangan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 9 Mei 2018, dana pelaburan SRC masih belum dipulangkan ke Malaysia.

Sebagai respons kepada soalan lain oleh Lim, Najib menolak cadangan peguam bahawa alasan beliau tidak mengarahkan agensi penguat kuasa menyiasat dana itu adalah kerana beliau sudah mendapat manfaat dan menerima RM42 juta daripada wang SRC dalam akaunnya.

Najib menegaskan beliau percaya apa yang diterima dalam akaunnya itu adalah wang derma.

Bekas perdana menteri itu juga menafikan beliau menghalang bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah daripada cuba membawa pulang wang yang telah dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland ke Malaysia.

"Beliau (Ahmad Husni) hanya menyebutnya secara santai. Saya tidak pernah menghalangnya daripada bertindak dalam mana-mana urusan 1MDB. Jika dia sediakan kertas Kabinet maka kita boleh menelitinya. Semua menteri yang pergi ke luar negara mesti menyediakan kertas Kabinet," katanya.

Walau bagaimanapun, apabila disoal sama ada beliau secara peribadi mengambil inisiatif untuk menyediakan kertas Kabinet untuk Ahmad Husni memulakan siasatan terhadap dana yang dibekukan, Najib menjawab tidak dan menyatakan pengurusan SRC telah pergi ke BSI Bank di Switzerland untuk menangani isu tersebut.

Pada Mei 2021, SRC International di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman mendakwa Najib telah melakukan pecah amanah dan salah guna kuasa serta memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana itu.

Sebelum ini, SRC menggugurkan lima pengarahnya daripada saman itu dan mengekalkan Najib sebagai defendan tunggal.

MAHKAMAH-NAJIB (SAMAN SRC) 4 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Najib untuk mengeluarkan notis pihak ketiga terhadap mereka.

SRC memohon deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab atas kerugian yang dialami olehnya akibat pelanggaran tugas dan amanah beliau serta menuntut bekas Perdana Menteri itu membayar pampasan RM42 juta bagi kerugian itu.

Perbicaraan kes di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung 16 Okt ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED