Translate

28 October 2024

Hotel terbiar jadi sarang pelacuran diserbu



Hotel terbiar jadi sarang pelacuran diserbu

Bernama

28/10/2024


Menurut Rusdi, kesemua wanita berkenaan ditahan di bilik masing-masing di tingkat enam hingga 11 hotel berkenaan. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah hotel terbiar yang terkenal dengan aktiviti pelacuran dan menahan 10 wanita warga asing dalam Op Noda di ibu kota, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kesemua wanita berkenaan ditahan di bilik masing-masing di tingkat enam hingga 11 hotel berkenaan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau berkata serbuan pada 11.45 malam itu mendapati pelacur di hotel berkenaan mengubah taktik mencari pelanggan dengan hanya menunggu di bilik masing-masing dan tidak lagi di kedai makan di tingkat bawah premis berkenaan berikutan beberapa serbuan polis sebelum ini.

"Pemeriksaan terhadap bilik wanita berkenaan menemukan pelbagai barangan dipercayai digunakan dalam aktiviti persundalan dan siasatan mendapati mereka menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM100 kepada lelaki warga asing dan pelanggan tetap, bermula 10 malam hingga 4 pagi.

"Wanita berkenaan disyaki masuk ke negara ini sebagai pelancong serta menjalankan kegiatan pelacuran secara bebas tanpa dikawal mana-mana penjaga," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rusdi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 1 min ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 18 mins ago