Translate

29 October 2024

Culik ahli perniagaan: 10 suspek disambung reman, seorang lagi ditahan



Culik ahli perniagaan: 10 suspek disambung reman, seorang lagi ditahan

Bernama

29/10/2024


Sembilan daripada 11 individu yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan ahli perniagaan dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini. - Foto BERNAMA


JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan sambung reman selama tujuh hari terhadap 10 individu termasuk dua wanita, yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan ahli perniagaan pada 13 Okt lepas.

Turut direman seorang lagi suspek lelaki tempatan yang ditahan semalam.

Perintah reman terhadap semua suspek yang bermula esok hingga 5 Nov itu dikeluarkan Majistret Nor Farhana Mohd Ishak bagi membantu polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1962.

Sepuluh suspek sebelum ini telah ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Ketua Polis Johor Datuk M Kumar dilaporkan berkata pihaknya telah menahan 13 individu termasuk seorang ahli keluarga mangsa berusia 23 hingga 58 tahun dalam beberapa siri tangkapan di sekitar negeri itu.

Berdasarkan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, keluarga ahli perniagaan itu mendakwa terpaksa membayar RM20 juta bagi membebaskan mangsa pada hari sama kejadian.

Lelaki berusia 59 tahun terbabit didakwa dibawa lari pada kira-kira 5 pagi ketika sedang menunggu perkhidmatan e-hailing untuk ke lapangan terbang kerana akan berlepas ke luar negara atas urusan perniagaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 57 mins ago
A visitor from Jakarta viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysian cardinals vote in election of new pope |' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 2 hrs 28 mins ago