Translate

30 September 2024

Kes Daish: Bekas ketua kumpulan `Wolf Pack' dipenjara 10 tahun



Kes Daish: Bekas ketua kumpulan `Wolf Pack' dipenjara 10 tahun

Bernama

30/09/2024


Mahadi (kiri) sewaktu diiringi polis dari E8 Bukit Aman di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 2019 lalu. -Gambar fail/Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas ketua kumpulan 'Wolf Pack' selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan termasuk melakukan aktiviti keganasan dengan mengancam untuk menyerang Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di Subang Jaya, lima tahun lepas.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Mahadi Mamat, bekas ketua kumpulan Wolf Pack, atas lapan pertuduhan termasuk ancaman keganasan terhadap Kuil Sri Maha Mariamman Seafield.

Walaupun Mahadi mempunyai skizofrenia, mahkamah mendapati dia waras semasa melakukan kesalahan tersebut dan gagal membuktikan legal insanity.

Mahadi didapati bersalah atas pelbagai pertuduhan termasuk merekrut anggota untuk kumpulan pengganas, memiliki senjata dan bom paip, serta mengancam untuk melakukan serangan keganasan.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mahadi Mamat, 39, di akhir kes pembelaan.

"Mahkamah mendapati walaupun tertuduh mempunyai skizofrenia atau gangguan mental, tertuduh waras semasa melakukan kesalahan tersebut.

"Oleh demikian, pihak pendakwaan berjaya membuktikan di luar keraguan munasabah terhadap kelapan-lapan pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh," katanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi pertuduhan pertama, kedua, ketiga dan ketujuh, hukuman penjara enam tahun untuk pertuduhan keempat manakala hukuman penjara lima tahun bagi pertuduhan kelima, keenam serta kelapan.

"Semua hukuman itu diperintahkan berjalan secara serentak dari tarikh tangkap pada 5 Mei 2019.

Hakim Noorin dalam penghakimannya berkata mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh gagal membuktikan 'legal insanity' (tidak sempurna akal mengikut undang-undang) selain berpuas hati dengan keterangan yang diberikan saksi pembelaan kedua Dr Ian Llyod Anthony berkaitan keadaan mental tertuduh.

"Rumusan keterangan saksi pembelaan kedua itu menjurus kepada tertuduh mempunyai mental yang waras dan saksi itu juga telah membuat pemerhatian dan berpendapat bahawa kognitif mental tertuduh berfungsi dengan baik semasa melakukan kesalahan berkenaan," katanya.

Selain itu, Hakim Noorin berkata tertuduh telah menyembunyikan senjata dan bom paip dalam tanah serta kebun yang mana ia jelas menunjukkan tertuduh mengetahui apa dilakukannya.

"Setelah meneliti mesej WhatsApp dengan ahli-ahli kumpulan 'Sejati Sejiwa', saya mendapati tertuduh faham dan tahu akibatnya selain melihat cara tertuduh memujuk ahli-ahli kumpulan WhatsApp untuk bersama-sama beliau," katanya.

Terdahulu peguam Farida Mohammad yang mewakili Mahadi berkata pihaknya memohon hukuman ringan dengan mengambil kira isteri tertuduh yang mempunyai Sistematik Lupus Eritematosus (SLE) tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sebelum ditangkap anak guamnya hanya bekerja di kebun kelapa sawit.

"Anak guam saya juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Tempoh pemenjaraan yang lama bukan penyelesaian baik kerana apa yang penting adalah untuk memulihkan tertuduh dengan memberi kaunseling dan perubatan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh sendiri.

"Hasil daripada tunjuk arah tertuduh menemukan pistol dan paip bom. Ini menunjukkan keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh," katanya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mahadi didakwa mencari sokongan terhadap suatu perbuatan pengganas dengan mengancam untuk membuat serangan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield di Subang Jaya dan mengancam untuk membunuh empat individu warganegara Malaysia, melalui kumpulan WhatsApp 'Sejati Sejiwa'.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J (1) (b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda.

Bagi pertuduhan ketiga, Mahadi didakwa memberi latihan penggunaan senjata api kepada anggota kumpulan WhatsApp 'Sejati Sejiwa' dalam persediaan melakukan suatu perbuatan pengganas di bawah Seksyen 130F (a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa memberi arahan untuk melakukan perbuatan pengganas kepada anggota kumpulan WhatsApp tersebut mengikut Seksyen 130F (b) kanun sama yang boleh dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun dan denda.

Sementara itu bagi pertuduhan kelima dan keenam, Mahadi didakwa mendapatkan enam butir 'pipe bom' dan sepucuk pistol semi-automatik CZ 75 B serta 15 butir peluru jenis 'Luger 9mm' untuk melaksanakan perbuatan pengganas, mengikut Seksyen 130JD (1) kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Bagi pertuduhan ketujuh, lelaki itu didakwa merekrut beberapa individu menyertai kumpulan WhatsApp 'Sejati Sejiwa', untuk melakukan perbuatan pengganas di bawah Seksyen 130E kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kelapan pula, Mahadi didakwa memilik item yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh dan perbuatan keganasan di dalam sebuah telefon bimbit.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130JB (1) (a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, dan boleh dilucut hak mana-mana item berkenaan dan kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Counter Terrorism Bahagian E8 Cawangan Khas Bukit Aman dan di Kampung Teris, Hulu Terengganu, kira-kira 5.45 petang, 7 Jan 2019 dan 5 Mei 2019, pukul 9.48 malam.

-- BERNAMA

Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 dilancarkan, ke arah ekonomi rendah karbon



Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 dilancarkan, ke arah ekonomi rendah karbon

Astro Awani

30/09/2024



Nik Nazmi berkata, antara lain dasar itu memberi tumpuan kepada komitmen negara serta usaha kerajaan untuk memenuhi ikrar iklim global. - Gambar NRES

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melancarkan Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN 2.0), iaitu satu kerangka kerja yang dikemas kini bagi membimbing peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, antara lain dasar itu memberi tumpuan kepada komitmen negara serta usaha kerajaan untuk memenuhi ikrar iklim global, termasuk mencapai pelepasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih menjelang 2050.

"DPIN 2.0 merupakan dasar utama yang menghubungkan semua pihak berkepentingan yang berkaitan dari segi tadbir urus, pembangunan rendah karbon, penyesuaian, pembiayaan iklim, dan perkongsian serta menjadi tulang belakang kepada penggubalan Akta Perubahan Iklim Malaysia yang dijangka siap awal tahun depan.

"Ia juga seiring dengan peningkatan kekerapan dan intensiti impak perubahan iklim, kita mesti mengambil pendekatan yang komprehensif untuk membina ketahanan dan kapasiti di semua peringkat, bersedia menghadapi cabaran tidak terduga yang mungkin mengancam pembangunan masa depan kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Perubahan Iklim 2024: Laluan ke COP29 Baku dan pelancaran DPIN 2.0 di sini, pada Isnin.

Nik Nazmi memberitahu, Malaysia akan memberi keutamaan kepada beberapa inisiatif iklim global utama yang sejajar dengan matlamat iklim negara dalam penyertaannya di Persidangan ke-29 Pihak-Pihak (COP29) bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), yang akan diadakan di Baku, Azerbaijan pada 11-22 Nov.

"Ini termasuk Matlamat Kuantiti Kolektif Baharu, pelaksanaan Artikel 6 Perjanjian Paris mengenai mekanisme pasaran karbon, Matlamat Global mengenai Penyesuaian dan pengoperasian Dana Kerugian dan Kerosakan.

"Kami akan terus menyokong pendekatan seimbang terhadap pembiayaan, penyesuaian, dan mekanisme kerugian serta kerosakan, dengan kerjasama serantau melalui ASEAN sebagai teraju utama," jelasnya.

Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib



Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib

Bernama

30/09/2024



Wan Azwan Aiman, yang mewakili Najib, berkata saksi pendakwaan ke-10 itu sengaja mengambil tindakan untuk menyembunyikan kerugian kewangan daripada KPMG Malaysia. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai kerana keterangannya tidak konsisten dan dipenuhi dengan percanggahan.

Peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata saksi pendakwaan ke-10 itu sengaja mengambil tindakan untuk menyembunyikan kerugian kewangan daripada KPMG Malaysia dan memainkan peranan utama dalam memastikan perkhidmatan firma audit itu ditamatkan.

"Yang Arif, Mohd Hazem malah mengakui bahawa usaha telah diambil bagi menghalang KPMG daripada mengetahui keadaan kewangan sebenar 1MDB. Beliau mengakui bahawa pengurusan kanan termasuk dirinya telah terlibat dalam memanipulasi dokumen kewangan dan merahsiakan maklumat penting bagi menyembunyikan kerugian besar yang dialami.

"Mohd Hazem juga mengakui bahawa keputusan untuk menggantikan KPMG (dengan Deloitte) adalah strategik dan bertujuan membawa masuk juruaudit yang akan lebih mematuhi arahan pihak pengurusan dan kurang berkemungkinan mendedahkan percanggahan kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berhujah di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah selepas pendakwaan menutup kesnya.

Wan Azwan Aiman juga berkata keterangan saksi pendakwaan ke-47 iaitu penganalisis Bank Negara Adam Ariff Mohd Roslan tidak boleh diterima kerana beliau bukan saksi fakta atau pakar.

"Adam Ariff tidak mempunyai pengetahuan secara langsung dan tidak memainkan sebarang peranan dalam siasatan kes ini yang menjustifikasikan beliau dipanggil sebagai saksi," katanya.

Najib, 71, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB di Cawangan AmIslamik Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 hingga 19 Dis 2014.

Beliau turut berdepan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang dan di bank yang sama antara 22 Mac hingga 30 Ogos 2013.

Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Perbicaraan bersambung esok.

-- BERNAMA

Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud



Kontraktor rugi lebih RM600,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

Bernama

30/09/2024


Mohd Sohaimi berkata lelaki berusia 50 tahun itu yang berminat dengan pelaburan berkenaan telah berhubung dengan suspek dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kumpulan 'WhatsApp' pelaburan itu. - Gambar hiasan/Astro AWANI

JOHOR BAHRU: Seorang kontraktor terpaksa berputih mata apabila kerugian RM688,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud yang dikenali sebagai DFA setelah melihatnya di laman Facebook pada 26 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata lelaki berusia 50 tahun itu yang berminat dengan pelaburan berkenaan telah berhubung dengan suspek dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kumpulan 'WhatsApp' pelaburan itu.

Beliau berkata mereka turut berhubung melalui panggilan video dan mangsa diajar cara-cara untuk melabur serta dijanjikan keuntungan sehingga 410 peratus melalui lima fasa pelaburan yang akan berjalan selama lima bulan dengan keuntungan setiap fasa sekitar 50 hingga 150 peratus.

"Mangsa juga diberikan surat perjanjian melalui WhatsApp dan diminta untuk memuat naik aplikasi pelaburan bernama ATS-P bagi urusan selanjutnya. Percaya dengan pelaburan, mangsa telah melakukan pembayaran melalui 17 transaksi antara 31 Jul hingga 8 Sept ke tiga akaun bank yang berbeza.

"Sehingga bulan Ogos lepas, mangsa yang telah berada di fasa keempat pelaburan dan melabur sebanyak RM688,000 mendapati ada dua kali pulangan wang berjumlah RM64,000, namun gagal untuk mengeluarkannya pada awal Sept," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, setelah gagal untuk mengeluarkan keuntungan, mangsa ketika berhubung dengan suspek terus diminta membuat pembayaran lagi bagi meneruskan pelan, namun enggan sehingga mengakibatkan akaunnya dibekukan sekali gus tidak dapat diakses lagi.

Mangsa yang mula rasa curiga telah membuat semakan di ibu pejabat syarikat dan dimaklumkan syarikat berkenaan tidak pernah terlibat dengan pelaburan.

Setelah percaya dia telah ditipu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam semalam.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu dan siasatan juga akan meliputi penglibatan 'keldai akaun' sekiranya ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun terlibat," katanya.

-- BERNAMA

Lebih 60 semakan audit terhadap GISB, syarikat dan individu berkaitan - LHDN



Lebih 60 semakan audit terhadap GISB, syarikat dan individu berkaitan - LHDN

Bernama

30/09/2024



Menurut LHDN, kerjasama dengan PDRM adalah bertujuan melengkapkan siasatan berdasarkan kepada maklumat dan penemuan baharu yang ada kaitan dengan isu percukaian bagi TT terkini. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menjalankan lebih 60 semakan audit terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), syarikat serta individu berkaitan dengannya, bagi tahun-tahun taksiran terdahulu.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemuanya telah dikenakan tindakan kompaun dan penalti cukai bagi tahun taksiran yang diaudit.

"Kompaun dan penalti cukai yang dikenakan telah dibayar pembayar cukai tersebut.

"Pemantauan terhadap pematuhan cukai GISB, syarikat serta individu berkaitan dijalankan secara berterusan sepertimana pembayar cukai lain. Tiada layanan istimewa diberikan kepada pembayar cukai tersebut," menurut kenyataan itu.

Menurut LHDN, berdasarkan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengenai GISB tidak pernah membayar cukai, adalah merujuk kepada Tahun Taksiran (TT) terkini yang sedang disiasat pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut LHDN, kerjasama dengan PDRM adalah bertujuan melengkapkan siasatan berdasarkan kepada maklumat dan penemuan baharu yang ada kaitan dengan isu percukaian bagi TT terkini.

"Tindakan pendakwaan dan penalti di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 akan diambil terhadap mana-mana pelanggaran peruntukan undang-undang yang berkaitan," katanya.

LHDN memaklumkan usaha membanteras ketidakpatuhan cukai terus dilakukan oleh pihaknya agar dapat memberikan keadilan kepada semua pembayar cukai yang patuh sekali gus mengelakkan ketirisan hasil negara.

-- BERNAMA

Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China



Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China

Bernama

30/09/2024



Awang berkata beliau sangat bersyukur dan berbangga kerana dapat mewakili negara tercinta, Malaysia untuk diberi penghormatan oleh negara China, sebuah kuasa besar dunia. - Gambar Bernama

BEIJING: Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.

Beliau merupakan antara 26 penerima dari seluruh dunia yang diiktiraf dengan anugerah tersebut dalam majlis rasmi kenegaraan di Dewan Perhimpunan Rakyat, di sini.

Anugerah itu diberikan kepada tokoh tersebut atas pembabitan aktif beliau dalam memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia dan China melalui bidang bahasa, pendidikan dan kebudayaan.

Awang berkata beliau sangat bersyukur dan berbangga kerana dapat mewakili negara tercinta, Malaysia untuk diberi penghormatan oleh negara China, sebuah kuasa besar dunia.

"Usaha selama 30 tahun mengangkat bahasa dan kebudayaan Melayu di peringkat antarabangsa dihargai oleh negara China sebagai saluran persefahaman antara rakyat dua buah negara," katanya ketika dihubungi Bernama.

Awang mula bergerak aktif dalam usaha itu sejak 2000 ketika menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

Penglibatannya semakin berkembang apabila beliau dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU) pada 2007.

Kemudian, pada 2016, selepas tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah DBP, beliau sekali lagi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan tersebut.

Hasil daripada usaha beliau bersama Pengarah Pusat Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU) Prof. Wu Zong Yu, serta pensyarah bahasa Melayu warganegara China, kini terdapat 17 institusi pengajian tinggi di China yang menawarkan program ijazah, diploma, dan kursus khas dalam bahasa Melayu.

Awang melalui satu kenyataan, menekankan pentingnya untuk mengharmonikan hubungan antara manusia, terutama dalam kalangan bangsa dan negara di bahagian timur dunia, termasuk Malaysia serta China yang memiliki banyak persamaan daripada aspek tamadun dan budaya.

Beliau juga menekankan kepentingan semangat persahabatan yang terjalin pada abad ke-15 antara Kerajaan Melayu Melaka dan Dinasti Ming.

Mengulas tentang Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative) yang dimulakan dengan kerajaan China sejak 2013, beliau menegaskan bahawa kerajaan Tembok Besar itu mengambil pendekatan persahabatan dalam pelaksanaannya, bukannya hegemoni.

Tokoh tersebut turut mencadangkan agar lebih banyak hubungan antara rakyat di kedua-dua negara dirangka dan dilaksanakan melalui bidang bahasa, pendidikan, kebudayaan dan ekonomi, sebagai pelengkap hubungan antara kerajaan Malaysia dan China.

-- BERNAMA

Khadijah Ibrahim cedera ringan, kereta bertembung di Beaufort



Khadijah Ibrahim cedera ringan, kereta bertembung di Beaufort

Astro Awani

30/09/2024



Kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki Khadijah (gambar kecil) bertembung dengan sebuah Toyota Avanza, dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu - Foto Ihsan JBPM

KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim dilapor terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu, Sabah petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.28 petang itu, kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah Toyota Avanza, dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohd Hasbullah Nenggok berkata, penyanyi berusia 64 tahun itu mengalami cedera ringan dalam kejadian berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada pukul 5.29 petang.

"Terdapat lima mangsa terlibat dan telah berjaya keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

"Dua orang mangsa di dalam kenderaan Toyota Avanza dan tiga lagi berada dalam kenderaan Toyota Hilux telah dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Mohd Hasbullah menambah, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dikejarkan ke lokasi kejadian.

Selain Khatijah yang juga pelantun lagu Ku Pendam Sebuah Duka, empat lagi mangsa yang berusia antara 30 dan 60 tahun turut mengalami kecederaan.

Jelas Mohd Hasbullah, operasi JBPM itu berakhir pada jam 6.10 petang.

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal



Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

Bernama

30/09/2024



Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi mencatatkan sedikit penurunan berikutan sebahagian pelabur terlibat dalam aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.80 mata kepada 1,661.89.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 258 berbanding 219, dengan 304 kaunter tidak berubah, 1,701 tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 263.49 juta unit bernilai RM149.81 juta.

US Dow Jones Industrial Average naik 0.33 peratus pada Jumaat lepas, ditutup pada paras tertinggi pada 42,313.00.

Pada minggu ini, Malacca Securities Sdn Bhd menjangka peniaga akan memantau Indeks Pengurus Pembelian (PMI), senarai gaji bukan ladang dan tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS).

"Selain itu, kami menjangka impak daripada pakej rangsangan China akan menawarkan peningkatan yang terhad berikutan lonjakan yang kukuh minggu lepas," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Berdasarkan ringgit yang kukuh, katanya sektor berorientasikan eksport seperti sarung tangan dan teknologi dijangka menyaksikan peningkatan yang terhad.

"Bagaimanapun, ringgit yang kukuh dijangka memberi manfaat kepada sektor yang dipacu oleh permintaan domestik seperti pengguna.

"Sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan dan utiliti dijangka akan mendapat momentum daripada pembangunan pusat data dan pemangkin yang berkaitan dengan Johor dalam masa terdekat.

"Kami percaya pelabur akan mula melabur dalam sektor ini menjelang Belanjawan 2025," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 6.0 sen kepada RM10.56 manakala Public Bank, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare, masing-masing merosot 2.0 sen kepada RM4.57, RM14.64 dan RM7.18.

CIMB berkurangan 4.0 sen kepada RM8.20.

Dalam kalangan kaunter aktif, Pegasus dan Sanichi Tech, masing-masing kekal tidak berubah pada setengah sen dan 1.5 sen.

Capital A meningkat 4.5 sen kepada 98.5 sen manakala Sapura Energy merosot setengah sen kepada 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 1.52 mata kepada 12,385.08 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 4.77 mata kepada 12,308.27.

Indeks FBMT 100 jatuh 0.33 mata kepada 12,087.84, Indeks FBM 70 naik 16.54 mata kepada 17,455.02 dan Indeks FBM ACE meningkat 7.28 mata kepada 5,178.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 32.42 mata kepada 19,433.91, Indeks Tenaga susut 4.06 mata kepada 852.69, Indeks Perladangan naik 4.12 mata kepada 7,197.35 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.02 mata kepada 177.32.

-- BERNAMA

Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki



Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki

Bernama

30/09/2024



Retha berjalan keluar meninggalkan kompleks Mahkamah Majistret Slim River, pada Isnin. - Gambar Bernama

SLIM RIVER: Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, terhadap pertuduhan menceroboh pejabat bekas teman lelakinya pada Mac lepas.

N Retha, 41, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth, 35, pada kira-kira 3 petang di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syahirah Azahar menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan, melarang tertuduh mendekati mangsa hingga kes selesai.

Peguam N Villasini memohon agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya merupakan ibu tunggal kepada anak berusia 14 dan 16 tahun, mempunyai bapa yang menghidap penyakit jantung selain telah berkhidmat sebagai guru selama 21 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa hingga kes selesai dan menetapkan 18 Okt ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan



Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan

Bernama

30/09/2024



Sebuah kereta hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tembok jambatan berdekatan Masjid Jamek Pekan Johol dalam kejadian di Kilometer 21 Jalan Kuala Pilah-Tampin semalam. - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Perjalanan pulang empat beranak berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki merempuh tembok jambatan di Kilometer 21 Jalan Kuala Pilah-Tampin semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Gani berkata dalam kejadian pada 3.45 petang itu, mangsa yang terkorban adalah bapa berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 31 tahun, manakala ibu, 62 tahun dan anak perempuan, 28 tahun, hanya mengalami kecederaan.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan pulang menghantar anaknya yang lain ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Lendu, Melaka dan sedang menghala ke Johol.

"Sebaik tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tembok jambatan berdekatan Masjid Jamek Pekan Johol," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata akibat perlanggaran tersebut, pemandu dan penumpang belakang disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi tercedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Kes disiasat di bawah Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

-- BERNAMA

GISB Travel & Tours antara 81 perusahaan dipercayai terlibat kartel penetapan harga umrah



GISB Travel & Tours antara 81 perusahaan dipercayai terlibat kartel penetapan harga umrah

Hasimi Muhamad

30/09/2024



MyCC telah mengeluarkan keputusan cadangan penalti kewangan terhadap 81 perusahaan terbabit perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia bermula 2023.

KUALA LUMPUR: GISB Travel & Tours Sdn Bhd antara 81 perusahaan yang dicadang untuk dikenakan penalti kewangan kerana dipercayai terlibat dengan perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia bermula pada awal 2023.

GISB Travel Tours Sdn Bhd adalah antara 81 perusahaan yang dicadangkan untuk dikenakan penalti kewangan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana dipercayai terlibat dalam perjanjian penetapan harga bagi perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia bermula pada awal 2023.

Pengerusi MyCC, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus menyatakan bahawa keputusan cadangan ini adalah dapatan awal dan tidak boleh diandaikan bahawa mana-mana perusahaan telah melanggar Akta Persaingan 2010 (Akta 712) pada peringkat ini. Semua perusahaan yang dinamakan diberi peluang untuk mengemukakan representasi bertulis dan lisan.

MyCC akan mengeluarkan keputusan akhir selepas mempertimbangkan representasi oleh perusahaan-perusahaan ini bersama bukti yang diperolehi semasa proses penyiasatan. Perusahaan-perusahaan tersebut diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan representasi bertulis selepas menerima keputusan cadangan.

Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus berkata pihaknya telah mengeluarkan keputusan cadangan terhadap semua perusahaan terbabit.

Katanya, perlakuan kartel 81 perusahaan terbabit boleh dianggap sebagai pelanggaran di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

"Melalui penyiasatan pada peringkat keputusan cadangan ini, MyCC mendapati bahawa kesemua perusahaan ini yang merupakan ahli persatuan yang berdaftar di Malaysia, telah bersetuju untuk menetapkan harga lantai bagi kedua-dua perkhidmatan pakej umrah ekonomi dan premium dalam beberapa mesyuarat mereka pada awal 2023.

"MyCC juga mendapati bahawa persatuan terbabit membuat pengumuman kepada pihak media untuk memaklumkan kepada orang awam tentang harga lantai yang telah dipersetujui oleh mereka," katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Mohd Hishamudin menegaskan bahawa keputusan cadangan yang dikeluarkan oleh MyCC adalah dapatan awal.

Justeru, katanya, tidak boleh diandaikan bahawa mana-mana perusahaan yang dinyatakan telah melanggar Akta 712 pada peringkat berkenaan.

"Seperti yang diperuntukkan dalam akta, kesemua perusahaan yang dinamakan dalam keputusan cadangan ini telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan oleh MyCC," katanya.

Mohd Hishamudin menambah perusahaan-perusahaan tersebut diberi peluang untuk mengemukakan representasi bertulis kepada MyCC dalam tempoh 30 hari selepas menerima keputusan cadangan.

Selepas itu, katanya perusahaan-perusahaan yang sama turut diberi peluang untuk membentangkan representasi lisan masing-masing kepada Suruhanjaya pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

"MyCC hanya akan mengeluarkan keputusan akhir selepas mempertimbangkan representasi oleh perusahaan-perusahaan ini bersama bukti yang diperolehi semasa proses penyiasatan," katanya.






Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISB - Saifuddin



Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISB - Saifuddin

Bernama

30/09/2024



Saifuddin berkata 1,226 pegawai dan anggota termasuk daripada PDRM, KKM, Jakim, Suruhanjaya Komunikasi Malaysia, dan Jabatan Pendaftaran Negara, terlibat dalam proses siasatan dan tindakan dalam menangani kes itu. -Gambar fail/Bernama

PUTRAJAYA: Kecekapan dan kredibiliti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diyakini dapat menyelesaikan siasatan berkaitan kes-kes yang membabitkan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yakin bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menyelesaikan siasatan kes-kes yang melibatkan GISB, termasuk eksploitasi wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak, dan pemerdagangan manusia.

Operasi Global yang dilaksanakan untuk membanteras kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama kini memasuki fasa empat. Sejak fasa pertama, lebih 300 orang termasuk pengurusan tertinggi GISB telah ditahan, 572 mangsa diselamatkan, dan lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan.

Dalam Belanjawan 2023, kerajaan mengumumkan peruntukan lebih RM500 juta untuk menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan membaik pulih kuarters kediaman serta institusi di bawah KDN termasuk PDRM. Sebanyak 80% daripada 64,000 unit rumah PDRM di seluruh negara adalah layak untuk didiami, manakala lima peratus lagi memerlukan sedikit pembaikan.




Berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini beliau berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.







Tanpa berkongsi kemas kini terbaharu siasatan kes itu, Saifuddin berkata beliau optimis PDRM akan mengambil kira setiap aspek dan menjalankan siasatan berpandukan empat akta iaitu Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Kanun Keseksaan.

Beliau berkata 1,226 pegawai dan anggota termasuk daripada PDRM, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi Malaysia, dan Jabatan Pendaftaran Negara, terlibat dalam proses siasatan dan tindakan dalam menangani kes itu.

Op Global yang dilaksanakan bagi membanteras kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama yang dikaitkan dengan GISB, kini memasuki fasa empat.

Sejak Op Global fasa pertama bermula awal bulan ini, lebih 300 orang termasuk pengurusan tertinggi GISB ditahan, 572 mangsa diselamatkan dan lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan.

Pada sidang media kemudiannya Saifuddin berkata sehingga kini 80 kertas siasatan telah dibuka susulan penahanan 359 pengikut GISB menerusi Op Global di seluruh negara.

"Jadi daripada 80 kertas siasatan yang dibuka, polis dan semua agensi terlibat tentunya mengambil masa untuk melengkapkan dan menyempurnakan (siasatan) sebelum diserahkan kepada AGC (Jabatan Peguam Negara). Sama ada pendakwaan akan dibuat atau sebaliknya - itu kuasa di peringkat AGC," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya di perhimpunan itu Saifuddin berkata 80 peratus daripada 64,000 unit rumah PDRM di seluruh negara adalah layak untuk didiami, manakala lima peratus lagi dengan sedikit pembaikan, boleh dijadikan ia layak untuk didiami, dan unit-unit kediaman yang memerlukan pembaikan kecil ini akan dijadikan keutamaan untuk disegerakan.

"Walaupun peruntukan agak tidak mencukupi untuk menangani semua isu terutama di kawasan kos tinggi seperti di Kuching, Sarawak, tapi hal ini (kuarters) adalah penting, sebab di sana (Kuching), ada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, dan juga anggota lain, mereka terpaksa bayar sewa, ia menjadi beban," katanya..

Dalam Belanjawan 2023, kerajaan mengumumkan peruntukan lebih RM500 juta bagi menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan membaik pulih kuarters kediaman serta institusi di bawah KDN termasuk PDRM.

-- BERNAMA

GISBH: Remand period of several individuals extended



GISBH: Remand period of several individuals extended

Bernama

30/09/2024



A principal associated with GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) has had the remand extended for three days starting today. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: The remand order for a number of individuals linked to GISB Holdings (GISBH) and detained during Op Global that was carried out to combat child exploitation activities and alleged doctrines of religious fanaticism has been extended to allow police to continue their investigations.

AI Brief

Seven individuals were remanded in Selangor for child and trafficking investigations.

A 66-year-old teacher in Kelantan had their remand extended for investigation.

Over 300 people were arrested for child and religious exploitation linked to GISBH.

IN SELANGOR: An application by the police at the Shah Alam Magistrate's Court to remand seven individuals aged between 18 and 55 for seven days was granted by Deputy Registrar Nurshahira Abdul Salim to allow police investigations to be conducted in accordance with Section 31(a) of the Children Act 2001 and the Anti-Trafficking in Persons and Smuggling of Migrants Act 2022.

In Kelantan, the Machang Magistrate's Court allowed the remand period of a 66-year-old integrated primary school teacher linked to GISBH to be extended for three days starting tomorrow to assist the police investigation in accordance with Section 8(2) of the Printing and Publishing Act 1984.

In the meantime, Kelantan PAS Deputy Commissioner Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan said no PAS Kelantan member was involved with GISBH or Al-Arqam and insisted that the two entities are different.

Since the first phase Global Op started on at the beginning of September, more than 300 people including GISBH's top management were arrested, 572 victims were rescued and eight individuals were charged in court on 33 charges.

He added that the Kelantan government would allow all matters related to GISBH to be handled by the authorities for investigations and the necessary actions to be taken if proven that they have breached the law from the religious point.

Meanwhile, Kelantan Mufti Datuk Mohamad Shukri Mohamad said there was no necessity for a new fatwa in relation to GISBH, except if there were other elements found by the authorities.

He said the fatwa used to declare the religiously deviant and un-Islamic for venerating leaders as prophets with divine powers by the National Fatwa Council on Aug 5, 1994 was still relevant and can be used if there was evidence of wrongdoings in GISBH.

On Sept 11, the police through Op Global raided 20 charity homes in Selangor and Negeri Sembilan linked to GISBH, because they were suspected of being involved in child and religious exploitation activities.

The raids exposed cases of exploitation of children, abuse and doctrines which led to the arrest of several leaders linked to GISBH.

-- BERNAMA

Malaysia's official reserve assets at US$116.77bil as at end-August 2024 - BNM



Malaysia's official reserve assets at US$116.77bil as at end-August 2024 - BNM

Bernama

30/09/2024



According to Bank Negara Malaysia, projected foreign currency inflows amount to US$2.58 billion in the next 12 months. - BNM

KUALA LUMPUR: The official reserve assets amounted to US$116.77 billion, while other foreign currency assets amounted to US$88.9 million as at end-August 2024, said Bank Negara Malaysia (BNM).

The central bank said for the next 12 months, the pre-determined short-term outflows of foreign currency loans, securities and deposits, which include among others, scheduled repayment of external borrowings by the government and the maturity of foreign currency Bank Negara Interbank Bills, amounted to US$16.44 billion.

"The net short forward positions amounted to US$26.86 billion as at end-August 2024, reflecting the management of ringgit liquidity in the money market," it said in a statement on the detailed disclosure of international reserves as at end-August 2024, today.

In line with the practice adopted since April 2006, BNM said the data excludes projected foreign currency inflows arising from interest income and the drawdown of project loans.




Projected foreign currency inflows amount to US$2.58 billion in the next 12 months.

The only contingent short-term net drain on foreign currency assets is government guarantees of foreign currency debt due within one year, amounting to US$399.9 million.

"There are no foreign currency loans with embedded options, no undrawn, unconditional creditlines provided by or to other central banks, international organisations, banks and other financial institutions.

"BNM also does not engage in foreign currency options vis-a-vis ringgit," said the central bank.

In accordance with the International Monetary Fund (IMF) Special Data Dissemination Standard (SDDS) format, the detailed breakdown of international reserves provides forward-looking information on the size, composition and usability of reserves and other foreign currency assets, and the expected andpotential future inflows and outflows of foreign exchange of the Federal Government and BNM over the next 12-month period.

"Overall, the detailed breakdown of international reserves under the IMF SDDS format indicates that as at end-August 2024, Malaysia's international reserves remain usable," it added.

-- BERNAMA

80 Malaysia league matches use VAR - Sivasundaram



80 Malaysia league matches use VAR - Sivasundaram

Bernama

30/09/2024



Datuk S. Sivasundaram said line-up of VAR referees in the second phase is made up of young and potential referees and assistant referees. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: A total of 80 matches involving the Super League, Malaysia Cup, FA Cup and Challenge Cup for the 2024-2025 season have used video assistant referee (VAR) so far.

Football Association of Malaysia (FAM) referees' committee chairman, Datuk S. Sivasundaram said the referee's performance and handling of VAR was rated as excellent, with an average of 0.57 'On-field Review' (OFR) per match and an average of 2.27 minutes of additional time used for VAR review.

"According to the guidelines of the Asian Football Confederation (AFC), the number of OFRs and extra time 'VAR Review' in our league is at the lowest level.

"This means that the use of VAR in the Malaysian League is currently on the best track as per the standard of VAR operation set by FIFA," he said in a statement today.

Meanwhile, Sivasundaram said FAM and the Malaysian Football League (MFL) will begin the '2nd Batch' of VAR training starting in October 2024 and expected to end in February 2025.

He said the line-up of VAR referees in the second phase is made up of young and potential referees and assistant referees.

"A total of 21 referees will be trained as VAR referees, 21 assistant referees as 'Assistant Video Assistant Referee' (AVAR) and 12 people trained as 'Replay Operators' (RO).

"This time three female referees will also be called to participate in this exercise, namely Nurul Ain Izzatty Zainal as VAR referee, Nur Akmal Anuar and Munirah Ha Ali as AVAR referee. These three are recognised as 'AFC Women Elite Referee'," he said.

According to him, every referee development programme and its operation is based on the benchmarks set by AFC and the International Football Federation (FIFA).

"Accordingly, the implementation of the referee development programme and Video Assistant Referee (VAR) operation in the Malaysian League is based on the operational standards and VAR protocol recognised by FIFA.

"FAM will always continue with measures to strengthen the quality and dignity of football referees," he said.

Meanwhile, Sivasundaram also congratulated national referee Muhammad Nazmi Nasaruddin on his outstanding performance in refereeing local and international football matches.

--BERNAMA

Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat 10 sektor strategik - Sim



Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat 10 sektor strategik - Sim

Bernama

29/09/2024



Steven Sim berucap pada majlis sesi minum petang sempena NHCCE 2024 di MITEC hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Laporan kaji selidik mengenai kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap pasaran tenaga kerja negara akan melibatkan 10 sektor strategik, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Beliau berkata antara kandungan laporan telah disiapkan oleh kementeriannya itu ialah eolusi peranan dan kemahiran sebagai panduan untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

"Kami berharap untuk menerbitkan laporan ini dalam masa terdekat dan bersedia untuk menggunakan kajian ini bagi menilai kesan AI terhadap penambahbaikan sektor-sektor tersebut," katanya dalam ucapannya di Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Sektor terlibat dalam laporan itu termasuk teknologi maklumat dan komunikasi, perkhidmatan perniagaan global, aeroangkasa, pembuatan dan perkhidmatan makanan, perdagangan borong dan runcit, elektronik dan kejuruteraan serta pembuatan farmaseutikal.

Laporan itu juga merangkumi peranti perubatan, tenaga, bahan kimia, kuasa, industri marin dan luar pesisir, pelancongan, hotel dan penginapan.

Pada 6 Sept lepas, Sim melaporkan bahawa kajian mengenai kesan AI, digitalisasi dan ekonomi hijau terhadap pasaran buruh dan tenaga kerja di negara ini akan dimuktamadkan pada penghujung bulan ini.

Mengulas mengenai NHCCE 2024, beliau berkata acara itu akan menjadi forum untuk mencambah pandangan,kepakaran dan strategi yang akan diperhalusi.

NHCCE 2024 dijangka menjadi platform perbincangan terbesar di Asia Tenggara, yang memfokuskan kepada peranan AI di tempat kerja serta implikasinya terhadap masa depan pekerjaan dan tenaga kerja.

Anjuran Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), NHCCE 2024 yangakan berlangsung esok hingga Rabu ini di MITEC akan meneroka cara untuk menangani cabaran dan merebut peluang yang dibawa oleh AI kepada tenaga kerja dan bakat di rantau ini.

-- BERNAMA

Polis tahan 15 individu disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam Ops Noda



Polis tahan 15 individu disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam Ops Noda

Bernama

29/09/2024



Mohd Razali berkata kesemua mereka yang berumur lingkungan 21 hingga 47 tahun itu ditahan dalam Ops Noda yang bermula pukul 9 malam. - Gambar PDRM

KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 wanita warga asing disyaki pelacur dan empat lelaki warga tempatan yang dipercayai bertindak sebagai 'penghantar' dalam serbuan di beberapa premis sekitar ibu negara, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bandar raya SAC Mohd Razali Mohd Idrus berkata kesemua mereka yang berumur lingkungan 21 hingga 47 tahun itu ditahan selepas Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) JSJ Kuala Lumpur menyerbu tiga hotel dan sebuah residensi dalam Ops Noda yang bermula pukul 9 malam.

Beliau ketika dihubungi Bernama memberitahu bahawa polis berjaya membongkar kegiatan pelacuran itu selepas mengenal pasti satu laman web yang menawarkan khidmat pelacur dari Thailand, Indonesia dan Vietnam, dengan bayaran ditawarkan bermula dari RM400 sejam.

Beliau berkata semua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan untuk siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan, Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Mohd Razali berkata dalam serbuan itu pihaknya turut merampas tiga kereta dan 16 telefon bimbit.


-- BERNAMA

Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun



Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun

Bernama

30/09/2024



PR1MA memiliki 88 projek di seluruh negara menerusi pelbagai fasa pembinaan merangkumi 54,137 unit dengan 40,686 daripadanya telah dijual setakat 30 Ogos lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA

IPOH: Sebanyak 346,417 unit rumah mampu milik (RMM) atau 69.3 peratus daripada sasaran 500,000 unit di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) telah siap dibina setakat 30 Jun lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M Noor Azman Taib berkata pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta dengan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merupakan agensi penyumbang utama.

"Bagi membentuk komuniti sejahtera, harmoni dan selamat serta mempunyai akses kepada kemudahan awam, Dasar Perumahan Mampu Milik Negara telah dibangunkan dengan sasaran penyediaan RMM dan berkualiti di seluruh negara yang mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat menjelang 2028.

"Semua pihak berkepentingan dalam pembekalan perumahan mampu milik termasuk kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemaju hartanah swasta harus bertindak secara bersepadu bagi memastikan keseimbangan dalam pasaran hartanah serta memajukan perumahan mampu milik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran GIGA PR1MA Homes yang berlangsung selama dua hari sejak semalam di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Dalam pada itu, M Noor Azman berkata PR1MA memiliki 88 projek di seluruh negara menerusi pelbagai fasa pembinaan merangkumi 54,137 unit dengan 40,686 daripadanya telah dijual setakat 30 Ogos lepas.

Beliau berkata di Perak terdapat 15 projek PR1MA meliputi 7,631 unit kediaman dengan 679 unit sedia untuk dijual.

Kempen GIGA PR1MA Homes, katanya merupakan antara kempen pemilikan rumah terbesar dengan menawarkan 2,785 unit kediaman termasuk 679 unit di Perak.

"Kempen ini akan meningkatkan kesedaran awam mengenai projek-projek PR1MA dan memudahkan pembiayaan perumahan melalui insentif serta promosi istimewa yang ditawarkan, menjadikan kediaman PR1MA bukan sahaja mampu milik tetapi juga menarik dan berbaloi untuk dimiliki," katanya.

-- BERNAMA

Lebih 100 maut, 350 cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan



Lebih 100 maut, 350 cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan

Agensi

30/09/2024



Tentera udara Israel melancarkan serangan ke atas sebuah penempatan di selatan Lubnan pada Ahad. - Gambar Reuters

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan 359 cedera dalam serangan udara Israel di seluruh Lubnan pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Portal berita CNN melaporkan, jumlah kematian tertinggi adalah di selatan Lubnan apabila 48 orang terbunuh dan 168 cedera di Ain Al-Delb dan Tyre.

Kementerian itu turut memaklumkan, serangan udara Israel turut menyebabkan "kerosakan teruk" kepada hospital Kana di selatan.

Wilayah Baalbek-Hermel di Lembah Beqaa di timur Lubnan juga terjejas teruk dengan 33 orang terbunuh dan 97 cedera, menurut kementerian itu.

Dalam masa sama, sejumlah orang awa terkorban di wilayah selatan Nabatiyeh, termasuk di bandar Marjaayoun.

Israel telah menegaskan, serangannya ke atas Lubnan memuncak pada hujung minggu dengan menyasarkan koperasi dan kemudahan Hizbullah selain menuduh kumpulan pejuang itu menggunakan orang awam sebagai "perisai manusia."

Serangan itu telah menghancurkan bangunan kediaman dan memusnahkan infrastruktur awam serta menyebabkan berlaku krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di negara itu. - Agensi

Mayat Hassan Nasrallah ditemukan - Sumber



Mayat Hassan Nasrallah ditemukan

Agensi

30/09/2024



Mayat pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah yang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut, telah ditemukan. - Gambar fail Reuters

BEIRUT: Mayat pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah yang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut, telah ditemukan, dedah sumber yang rapat dengan pergerakan itu kepada AFP pada Ahad.

“Mayatnya ditemui pada Sabtu dan sudah dikafankan pada Ahad selepas dimandikan,” kata sumber itu, yang enggan dikenali.

“Majlis pengebumiannya masih belum diatur,” tambah sumber itu.

Sebelum kematiannya pada Jumaat lalu apabila jet Israel menyerang kawasan tengah Hezbollah di selatan ibu kota Lubnan, Nasrallah dianggap sebagai orang paling berkuasa di negara itu.

Selama lebih tiga dekad beliau mengetuai gerakan yang disokong Iran yang merupakan musuh Israel.

Serangan udara Jumaat lalu juga membunuh Ali Karake, komander tertinggi kumpulan itu di selatan Lubnan, kata Hezbollah pada Ahad.

Hezbollah, bagaimanapun, tidak menamakan orang lain yang meninggal dunia bersama Nasrallah dan Karake.

Bagaimanapun, tentera Israel berkata pada hari Ahad bahawa "lebih 20 pemimpin lain daripada pelbagai pangkat" turut terbunuh dalam serangan itu.

Pihak berkuasa di Lubnan memberikan angka sementara enam kematian, tetapi memandangkan skala kemusnahan yang berlaku, jumlah kematian dijangka lebih tinggi.

Pinggir selatan Beirut dan selatan serta timur Lubnan telah menjadi sasaran pengeboman hebat Israel sejak Isnin, dengan Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan lebih 700 orang terbunuh dan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal. - AFP

Op Global: Kronologi kes GISB setakat 29 Sept



Op Global: Kronologi kes GISB setakat 29 Sept

Bernama

30/09/2024



Seorang mudir yang dikaitkan dengan GISB disambung reman selama tiga hari bermula hari ini (30 Sept). Permohonan reman dibuat di hadapan Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret Machang, 29 Sept 2024. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Op Global yang dilaksanakan bagi membanteras kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama yang dikaitkan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) kini memasuki fasa empat.

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September, lebih 300 orang termasuk pengurusan tertinggi GISB ditahan, 572 mangsa diselamatkan serta lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan.

Berikut adalah kronologi kes yang dikemas kini dari 28-29 Sept 2024:

28 Sept

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan media hari ini berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan dibuat melalui akaun Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS), mengenai kewujudan pusat kuarantin GISB di beberapa lokasi dalam dan luar negara.

Beliau berkata pusat kuarantin itu dipercayai digunakan untuk aktiviti indoktrinasi serta penderaan mental terhadap ahli GISB yang bermasalah.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI), hanya akan mengeluarkan pandangan hukum mengenai GISB dan bukan fatwa.

Beliau berkata fatwa berkaitan GISB akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.

Selain itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata sebahagian kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISB, berdepan risiko diisytihar anak wati' syubhah, iaitu anak yang lahir daripada persetubuhan tidak sah jika tiada pengakuan nasab yang sahih daripada ibu bapa mereka.

Beliau berkata dalam undang-undang syariah khususnya melalui Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 menetapkan bahawa, pengiktirafan nasab seseorang anak bergantung kepada status pernikahan ibu dan bapa.

Di Selangor, permohonan polis untuk mereman tujuh individu berusia 18 hingga 55 tahun selama tujuh hari, bagi membantu siasatan berkaitan kes GISB dibenarkan Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini hari ini.

Kesemua mereka dipercayai empat isteri pemimpin kanan GIBSH, dengan seorang daripadanya warga asing serta dua wanita dan seorang lelaki, ditahan di sekitar Rawang, pada Jumaat malam.

Dalam pada itu, Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Fikri Naim Harun mengesahkan LZS tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISB dan anak syarikatnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pula berkata Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil tindakan dengan mengarahkan semua premis GISB di negeri ini ditutup, serta merampas segala aset syarikat berkenaan.

29 Sept

Di Selangor, tempoh reman dua individu berumur dalam lingkungan 50-an termasuk seorang dipercayai berperanan sebagai pengendali aliran tunai untuk GISB yang tamat hari ini, dilanjutkan selama lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini.

Di Kelantan, Mahkamah Majistret Machang membenarkan tempoh reman terhadap seorang mudir sebuah sekolah rendah integrasi berusia 66 tahun yang dikaitkan dengan GISB disambung tiga hari bermula esok (30 Sept) bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tiada ahli PAS Kelantan terlibat dengan GISB atau Al-Arqam, dan menegaskan kedua-dua entiti tersebut adalah berbeza.

-- BERNAMA

29 September 2024

UM sahkan kemasukan pelajar cemerlang Izz Imil



UM sahkan kemasukan pelajar cemerlang Izz Imil

Bernama

29/09/2024



Izz Imil ketika mendaftar diri di Universiti Malaya pada Sabtu. - Gambar Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) hari ini mengesahkan kemasukan pelajar cemerlang berusia 12 tahun Izz Imil Sharom yang juga merupakan pelajar termuda universiti itu sejak penubuhannya pada 1962.

Naib Canselor Universiti Malaya Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman dalam kenyataan berkata kanak-kanak itu merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik, Fakulti Sains Universiti Malaya.

Beliau berkata Izz Imil telah melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh universiti dan diluluskan Senat Universiti bagi menyambung pengajian di UM.

"Memandangkan usia Izz Imil yang begitu muda, pihak universiti memohon semua pihak untuk memberikan ruang dan privasi kepada pelajar berkenaan melalui proses pembelajaran dan penyesuaian diri di universiti.

"Perkara ini penting bagi membolehkan beliau dapat melalui proses tumbesaran yang kondusif di samping menjalani pengajian dengan baik," katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang memaparkan Izz Imil berjaya memasuki universiti itu sekali gus mencatat sejarah pelajar termuda berjaya mendaftar masuk ke UM sejak penubuhannya.

-- BERNAMA

UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni ketika daftar pengajian



UMS bantu pelajar cemerlang bawa barang dalam guni ketika daftar pengajian

Bernama

29/09/2024



Fadhlina berkata beliau telah menghubungi remaja berkenaan dan menguruskan serta-merta semua urusan beban kewangan serta keperluan yang diperlukan pelajar itu untuk meneruskan pengajian. - Gambar/ FB Fadlina Sidek

KUALA LUMPUR: Kisah seorang pelajar cemerlang yang menggunakan guni untuk mengisi barangannya untuk ke asrama sewaktu pendaftaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini, turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini memaklumkan, beliau telah menghubungi remaja berkenaan Rafida Zaiddin dan telah menguruskan serta-merta semua urusan beban kewangan serta keperluan yang diperlukan pelajar itu untuk meneruskan pengajian.

"Rafida, anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah, Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS. Bagaimana isu Rafida ini sangat dekat di hati saya? Kerana pada hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke universiti.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah Cikgu Rahman dan rakan saya Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS yang telah melaporkan keadaan anakanda Rafida Zaiddin," katanya.

Fadhlina dalam hantaran sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rafida kerana telah memberi kesedaran bahawa perjuangan pendidikan manusiawi adalah kekuatan Malaysia.

"Fly high, stand tall Rafida. Insya-Allah Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian. Semoga Allah SWT memberkati pengajian anakanda Rafida!," katanya.

-- BERNAMA

Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima laporan



Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima laporan

Bernama

29/09/2024



Klip video yang memaparkan anjing yang diikat pada kereta lelaki berkenaan dan diseret. - Gambar Sinar Harian

BUKIT MERTAJAM: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang lelaki memandu kereta dengan mengikat seekor anjing di belakang kenderaan itu sebelum diseret dalam kejadian di Jalan Kulim, Taman Sentosa di sini pada Jumaat yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta berkenaan pada 12.41 tengah malam semalam (Sabtu).


"Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati kejadian itu berlaku pada 8 malam Jumaat dan mengikut lelaki berkenaan, dia hanya menyedari anjing itu diikat di belakang keretanya sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kulim selepas dimaklumkan oleh seorang lelaki.

"Pemandu kereta itu terus turun dari kenderaannya dan mendapati anjingnya terikat (di belakang kereta) sebelum menghubungi isterinya yang dimaklumkan haiwan berkenaan diikat di belakang kereta oleh adik iparnya bagi mengelakkan anjing itu berkeliaran ke rumah jiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan polis mendapati lelaki itu adalah pemilik berdaftar anjing berkenaan dan dia mengaku kecuaiannya serta tiada niat menganiaya haiwan itu serta memohon maaf kepada orang ramai atas kekhilafannya.

Helmi berkata lelaki itu juga mengaku tidak perasaan anjingnya diikat di belakang keretanya semasa hendak keluar ke kedai dan menyebabkan haiwan berkenaan diseret secara tidak sengaja.

Akibat kejadian itu, anjing berkenaan mengalami kecederaan di kaki sebelum dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut sementara kes itu juga telah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang dan disiasat di bawah Seksyen 29(1) E Akta Kebajikan Haiwan 2015, katanya.

-- BERNAMA

Nenek 80 tahun bersaing rebut mahkota Miss Universe Korea



Nenek 80 tahun bersaing rebut mahkota Miss Universe Korea

Agensi

29/09/2024



Pada Isnin, Choi akan bersaing bagi merebut mahkota, sekali gus mewakili Korea Selatan di final Miss Universe di Mexico. - Gambar Instagram

LAHIR kira-kira sedekad sebelum Miss Universe diadakan buat kali pertama pada 1952, Choi Soon-hwa berpotensi mencipta sejarah sebagai peserta paling tua dalam pertandingan itu selepas berjaya menjadi finalis dalam Miss Universe Korea.

Pada Isnin, dia dan 31 peserta lain akan bersaing bagi merebut mahkota, sekali gus mewakili Korea Selatan di final Miss Universe di Mexico, November depan.

Hal itu adalah susulan penarikan semula had umur oleh Miss Universe Organization, selain turut mengemas kini kriteria kelayakan untuk membolehkan wanita hamil, ibu, dan wanita yang telah atau pernah berkahwin, menyertainya.

Choi adalah peserta warga emas ketiga yang membuat percubaan, dengan dua peserta terawal ialah Lorraine Peters (Miss Universe Kanada) yang berusia 58 tahun dan Alejandra Marisa Rodríguez (Miss Universe Argentina) yang berusia 60 tahun, namun kedua-duanya tidak berjaya mara untuk mewakili negara masing-masing.

"Sekarang sekatan umur telah ditarik balik, saya beritahu diri saya, saya harus mencuba.

“Sama ada saya berjaya atau tidak, itu soal lain kerana saya berazam untuk mencuba," katanya kepada CNN.

Sekiranya dia merangkul gelaran itu dan mara ke Mexico, Choi akan menjadi peserta paling senior; lebih dua kali ganda daripada finalis tertua setakat ini yang berusia 40 tahun, Beatrice Njoya dari Malta.

Kali pertama menyertai pertandingan ratu cantik, Choi bagaimanapun tidak asing lagi dengan dunia fesyen Korea.

Dia menyertai bidang peragaan selepas bersara dari pekerjaan sebagai caretaker di hospital, bagi membantu membayar hutang.

Choi mengikuti kelas mingguan di akademi peragaan, selain sering berlatih berjalan (catwalk) di hospital semasa masih bertugas.

Dia menandatangani kontrak dengan sebuah agensi pada 2017 sebelum membuat debut pada Minggu Fesyen Seoul, ketika berusia 74 tahun. Sejak itu, dia sering muncul dalam majalah fesyen edisi Korea termasuk Harper's Bazaar dan Elle.

Choi percaya pengalaman peragaannya akan berguna dalam pertandingan.

Nenek kepada tiga anak itu juga mengakui teruja dengan prospek mewakili Korea Selatan ke luar negara.

“Saya selalu mengimpikan untuk naik ke pentas di luar negara, jadi minda saya sudah bersedia. Jepun adalah satu-satunya negara luar yang pernah saya kunjungi, dan saya percaya (penganjur pertandingan) akan mengajar pemenang segala-galanya, jadi saya bersedia," katanya yang menerima sokongan penuh anak-anak dan cucu-cucunya.

Rumah sampah KLCC terbakar



Rumah sampah KLCC terbakar

Astro Awani

29/09/2024



Kebakaran berjaya dikawal pada pada jam 8.45 malam. - Gambar JBPM

KUALA LUMPUR: Satu kejadian kebakaran berlaku di kawasan pembuangan sampah pusat beli-belah KLCC, pada Ahad.

Komander Operasi PBK II, Mohd Azimin Mohd Zaidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.12 malam.

Katanya, sepasukan 22 anggota dari Balai Bomba Jalan Tun Razak, Hang Tuah dan Titiwangsa digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

Kebakaran berlaku di bahagian tangga laluan kecemasan melibatkan longgokan kotak yang terbakar di dalam tong sampah.

Kebakaran berjaya dikawal pada pada jam 8.45 malam dan tiada kecederaan dilaporkan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Terdahulu, pengunjung di pusat membeli belah KLCC gempar apabila mendengar bunyi siren kecemasan kebakaran pada malam Ahad.

Seorang pengguna aplikasi X, @ryanwen_hui dalam ciapan memaklumkan siren kebakaran dibunyikan.

Katanya, asap tebal kelihatan di kawasan tempat letak motosikal di tingkat bawah.

Malah jelasnya, para pengunjung juga diarahkan meninggalkan pusat beli belah tersebut.

tersebut.

Chelsea 4-2 Brighton | P4LMER bags ALL FOUR! - HIGHLIGHTS | Premier League 2024/25

 






SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet



SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet

Sinar Harian

29/09/2024



SPRM mengesahkan pihaknya telah berjumpa dengan Maszlee untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu 1BestariNet. - Gambar fail

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik melibatkan isu 1BestariNet.

Menurut sumber, perjumpaan itu dibuat oleh pegawai penyiasat kes pada minggu lepas.

"Pegawai penyiasat telah berjumpa dengan Maszlee untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini (1BestariNet).

"Siasatan kes ini masih dijalankan termasuk tindakan SPRM mendapatkan dokumen berkaitan dan keterangan beberapa individu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad mengesahkan perkara ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Sinar Harian pada 6 September lalu melaporkan kenyataan Maszlee bahawa isu membabitkan 1BestariNet menjadi antara faktor peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan pada Januari 2020.

Dalam pendedahannya itu, Maszlee memberitahu Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memintanya berbuat demikian, di atas permintaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada 26 September lalu, Azam memaklumkan siasatan dijalankan akan melihat kepada pembekalan data internet terhadap 8,000 sekolah di seluruh negara.

Azam berkata, mengikut kontrak 1BestariNet, perkhidmatan internet perlu dibekalkan kepada sekolah di seluruh negara mengikut kelajuan dan jumlah data yang ditetapkan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion. - Sinar Harian

Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena reman



Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena reman

Astro Awani

29/09/2024



Selain pempengaruh itu, perintah reman turut dikeluarkan terhadap 14 lelaki lain yang ditahan semasa operasi sama pada Sabtu. - Gambar/ Astro AWANI

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap seorang pempengaruh TikTok yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang bagi membantu siasatan Ops Khas Samseng Jalanan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret M.Yegeshweriy di Mahkamah Majistret Balik Pulau pagi tadi.

Selain pempengaruh itu, perintah reman turut dikeluarkan terhadap 14 lelaki lain yang ditahan semasa operasi sama pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi berkata, pempengaruh itu ditahan semasa melakukan aksi 'drift' ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas awal pagi semalam.

Beliau berkata kesemua mereka yang berusia 12 hingga 25 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dan memandu kereta secara melulu.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut menyita 14 motosikal serta sebuah kereta yang digunakan mereka untuk siasatan lanjut.

Dalam operasi oleh 53 pegawai dan anggota polis termasuk dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman itu, pihak polis turut mengeluarkan 159 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas.

Beliau berkata, operasi mencegah 'mat rempit' dan samseng jalanan itu akan dijalankan dari semasa ke semasa terutama pada hujung minggu bagi membanteras kegiatan tersebut.

'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disambung reman



'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disambung reman

Sinar Harian

29/09/2024



Individu disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai dalam rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd bersama isterinya disambung reman lima hari bermula hari ini. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Individu disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai dalam rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bersama isterinya disambung reman lima hari bermula hari ini.

Dua suspek terbabit sebelum itu dibawa menggunakan kenderaan polis sebelum tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 10 pagi.

Kenderaan membawa suspek diiringi motosikal serta kenderaan unit peronda polis (MPV) selain dikawal beberapa anggota bertugas.

Perintah sambung reman terhadap dua suspek masing-masing berumur lingkungan 50-an itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Nurshahira Abdul Salim di bawah Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Kedua-dua suspek berkenaan diwakili peguam Rosli Kamaruddin sebelum ini direman tujuh hari bermula pada 23 September lalu.




Sinar Harian sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan salah seorang individu yang disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai dalam rangkaian GISB telah ditahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu itu diberkas dalam Op Global Fasa 4, di Butterworth, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Beliau berkata, individu terbabit diberkas selepas pihak polis memberkas pemimpin utama GISB di ibu negara, minggu lalu.

Dalam perkembangan sama, 15 anak-anak salah seorang pimpinan GISB diputuskan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam untuk dihantar ke rumah perlindungan berasingan yang terletak di Johor dan Cheras, Kuala Lumpur.

Kesemua individu terbabit terdiri daripada sembilan lelaki dan enam perempuan berumur tiga hingga 16 tahun. - Sinar Harian

PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan



PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan

Bernama

29/09/2024



Sultan Muhammad V berkenan bertitah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan baginda ke-55 yang berlangsung di Istana Balai Besar hari ini. - Bernama

KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai senarai 763 penerima darjah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-55 hari ini.

Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Seratus individu menerima anugerah masing-masing daripada Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar di sini hari ini, dengan 35 daripadanya menerima gelaran Datuk.

Mendahului penerima di Istana Balai Besar hari ini ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Apex Equity Holdings Berhad Datuk Farhash Wafa Salvador dan Ketua Pegawai Eksekutif Muhibbah Security Sdn Bhd Datuk Mohd Khidir Yaacob yang dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.

Ia disusuli dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lt Jen Datuk Zulkeffeli Mat Jusoh yang dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Datuk.

Pegawai Kewangan Negeri Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Profesor Jabatan Al-Quran dan Al-hadith Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff dan Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Datuk Rosnazli Amin pula masing-masing dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Dua individu pula menerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) iaitu Komisioner Jeneral Penjara Datuk Seri Nordin Muhamad dan mantan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun yang membawa gelaran Datuk.

Penerima tunggal bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin.

Sementara itu Duta Besar dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) New York Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Dr Ahmad Anuar Othman dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican pula dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Lima individu dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Abd Rahman Yunus, Principal Architect (Masa Architect) Mohd Asri Mohd Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd Datuk Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Kelantan Wam Roslan Wan Mamat.

Penerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Azahar Mohd Shariff, Ahli Perniagaan Daniyar Kessikbayev, peguam Law Yew Foo, Michael Kalum Moggie dan Ahli Perniagaan Tan Say Yap.

Ketua Provos Marsyal Markas Markas ATM, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Cawangan Provos Marsyal ATM Brig Jen Suhaimi Shamsuddin pula dianugerah Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Tiga individu menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Panglima Markas Briged Kelapan Infantri Brig Jen Muzamil Ali, Pengarah Rejimen Artileri Diraja, Markas Tentera Darat, Jabatanarah Artileri Diraja Brig Jen Datuk Norazman Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Mej Jen Saharudin Harun.

Selain itu, tujuh individu menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Ab Pattah Hasbullah, Ahli Jemaah Ulama (Pesara) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Abdul Kadir Muhammad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Amran Abd Kadir, Hakim Mahkamah Tinggi 1, Mahkamah Tinggi Kota Bharu Datuk Azmi Abdullah, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Hazri Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Mohd Anis Hussein dan Pengarah Elit Hartanah Phe Sdn Bhd Rahmat Kasim.

Sementara itu Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd Muhamad Nazri Pazil menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) yang membawa gelaran Datuk.

Mantan Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am Sheik Azhar Sheik Omar pula menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) yang membawa gelaran Datuk.

-- BERNAMA

Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan



Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan

Bernama

29/09/2024


Sultan Muhammad V bertitah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, risiko untuk berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu adalah tinggi. - Gambar/ Bernama

KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah agar rakyat sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.

Baginda bertitah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, risiko untuk berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu adalah tinggi.

"Beta menyeru agar semua rakyat peka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa," titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah hal itu agar segala persiapan awal dapat dibuat bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Baginda bertitah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-55 di Istana Balai Besar, di sini, hari ini.

Sementara itu, Sultan Muhammad V merakamkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan atas persetujuan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pangkalan Chepa daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter.

Titah baginda, langkah itu merupakan antara usaha menjadikan lapangan terbang berkenaan sebagai sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa dan meningkatkan infrastruktur pengangkutan Malaysia.

"Selain itu, jaringan pengangkutan dapat memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat," titah Sultan Muhammad V.

Pada Mei lepas, kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memanjangkan landasan LTSIP daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter untuk menjadikannya sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Pengoperasian terminal LTSIP fasa satu pada 1 Mei lepas mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka menampung hingga empat juta penumpang.

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP membabitkan kos RM440 juta.

Sultan Kelantan juga menyeru agar projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3) dapat dipercepat pelaksanaannya.

"Berdasarkan statistik terkini, negeri Kelantan merekodkan penyusutan Nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi sektor pembuatan sebanyak 2.6 peratus berbanding pada tahun lepas.

"Harapan beta sektor pembuatan mampu ditingkatkan dan menjadi antara penyumbang kedua terbesar KDNK negeri ini. Beta menggesa agar pembangunan kawasan industri baharu dapat diadakan," titah baginda.

Selain itu, baginda turut berharap agar kerajaan Persekutuan memberikan pertimbangan untuk memanjangkan tempoh insentif pengecualian cukai di Kelantan selama 15 tahun lagi.

Titah baginda, penambahan tempoh insentif itu akan memberikan ruang yang lebih luas untuk pelaburan baharu memanfaatkan inisiatif pembangunan yang sedang berlangsung dan memastikan kejayaan serta kelestarian projek terlibat dalam jangka masa panjang.

-- BERNAMA

Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah



Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah

Bernama

29/09/2024



Akmal berkata beliau tidak gentar untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan isu yang membabitkan kepentingan Islam dan orang Melayu. - Gambar fail

JASIN: Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept lepas berhubung kenyataan yang didakwa berbaur keagamaan dan hasutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang tiba sekitar 10 pagi ditemani tiga peguam diketuai Shakeel Saifuzzaman serta lebih 200 penyokong termasuk kalangan ahli dan pemimpin pemuda UMNO Melaka serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi keterangan selama kira-kira 45 minit.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan, Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata kenyataannya itu adalah sebagai reaksi terhadap kenyataan Naib Pengerusi DAP yang juga Ahli Palimen Seputeh Teresa Kok dan tidak menyerang mana-mana pihak.

Akmal juga berkata beliau tidak gentar untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan isu yang membabitkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

"Sekali lagi saya tegaskan, malah sudah berkali diingatkan agar perkara yang sensitif tidak boleh disentuh langsung jika mahu menjaga keharmonian di negara ini. Saya percaya ini adalah perkara yang bukan sahaja saya, tetapi turut menyakitkan hati semua orang Melayu Islam.

"Jadi saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan saya telah memberi kerjasama dengan baik," katanya.

-- BERNAMA

Kementerian Pengangkutan perketat operasi bersepadu kenderaan berat



Kementerian Pengangkutan perketat operasi bersepadu kenderaan berat

Bernama

29/09/2024



Loke berkata, pemilik syarikat bertanggungjawab memastikan pemandu mereka berhemah dan tidak menyalahgunakan lesen serta kedudukan sebagai pemandu untuk melakukan kesalahan jalan raya. - Gambar fail

SEREMBAN: Kementerian Pengangkutan akan terus mengetatkan dan memperluas operasi bersepadu kenderaan berat termasuk lori bagi memastikan pemandu sentiasa mematuhi peraturan selain tidak berada di bawah pengaruh dadah.

Menterinya Anthony Loke berkata operasi itu sebelum ini telah dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menyasarkan pemandu bas ekspres dan persiaran yang ramai antara mereka dikesan positif dadah.

"Ini masalah yang kita ambil berat dan kita telah lancarkan operasi bersepadu sejak dua bulan lepas...sekarang kita fokus kepada kenderaan perdagangan dan berat...operasi yang lebih ketat akan diadakan untuk memastikan pemandu yang membawa kenderaan berat ini mematuhi peraturan.

"Sebelum ini kita sasarkan (operasi) di beberapa kawasan perindustrian dan sebagainya, jadi sekarang kita akan perluas supaya mereka lebih berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke-20 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dua kes kemalangan maut di daerah ini, baru-baru ini, membabitkan dua lori. Siasatan polis mendapati pemandu lori berkenaan positif dadah jenis metamfetamina.

Dalam pada itu, Loke sekali lagi mengingatkan pemilik atau pengendali syarikat terlibat yang membenarkan pemandu positif dadah memandu sehingga mengakibatkan kemalangan, bahawa mereka akan turut dikenakan tindakan.

Beliau berkata ini kerana pemilik syarikat bertanggungjawab memastikan pemandu mereka berhemah dan tidak menyalahgunakan lesen serta kedudukan sebagai pemandu untuk melakukan kesalahan jalan raya.

"Bukan sahaja pemandu (diambil tindakan) tetapi pemilik syarikat, ini kita telah buat seperti kes bas persiaran yang terbalik sehingga meragut dua nyawa di Jalan Genting Highlands pada 29 Jun lepas yang mana pemandu dan pemilik syarikat dituduh di mahkamah kerana kecuaian mereka," katanya.

-- BERNAMA




Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Kelantan



Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Kelantan

Bernama

29/09/2024



Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. - Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-55 kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

"Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda," menurut poster itu.

Kelantan meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan pada setiap 29 September sebagai cuti umum.

-- BERNAMA

Unity Government leaders congratulate Syed Hussien on Mahkota polls win



Unity Government leaders congratulate Syed Hussien on Mahkota polls win

Bernama

28/09/2024



Several top leaders from parties within the Unity Government have congratulated Barisan Nasional (BN) candidate Syed Hussien Syed Abdullah on his victory in the Mahkota state by-election today.

KUALA LUMPUR: Several top leaders from parties within the Unity Government have congratulated Barisan Nasional (BN) candidate Syed Hussien Syed Abdullah on his victory in the Mahkota state by-election today.

In a Facebook post, BN secretary-general Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir expressed gratitude for the BN candidate's win and for returning the mandate to the party.

"Alhamdulillah, we thank Allah for BN's victory in the Mahkota constituency. May we continue to remain humble, advance in a strong formation, act in unity, and fly the BN banner for the people and the nation," he said.

BN retained the seat after Syed Hussien defeated Perikatan Nasional (PN) candidate Mohamad Haizan Jaafar by an overwhelming majority of 20,648 votes.

Parti Amanah Negara (Amanah) president Datuk Seri Mohamad Sabu, also extended his congratulations to Syed Hussien, who is Kluang UMNO Youth Chief.

Amanah vice-president Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad also congratulated and welcomed Syed Hussien into the Unity Government family.

"The Mahkota by-election in Johor is a clear signal that the people want societal harmony, political stability and national prosperity. This is what we offer under the leadership of Datuk Seri Anwar Ibrahim, our Prime Minister," he said.

"As we mark over 22 months of the Unity Government, I urge all parties to put aside any disputes, so we can focus entirely on reviving the economy, developing the nation and building a MADANI community," he added.

UMNO deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan expressed gratitude to all voters in the Mahkota constituency for continuing to trust BN to serve them.

"I extend my heartfelt thanks to the entire Barisan Nasional machinery and everyone who worked tirelessly to ensure the victory of Syed Hussien Syed Abdullah," he said.

UMNO information chief Datuk Seri Azalina Othman Said conveyed her congratulations and confidence in Syed Hussien's ability to fulfil his responsibilities to the constituents of Mahkota with excellence and dedication.

"This success also signals that the people support the leadership of the Johor Government under Barisan Nasional, which is part of the Unity Government at the federal level," she said.

PKR information chief Fahmi Fadzil and Pakatan Harapan (PH) secretary-general Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail also congratulated the BN candidate over his victory.

DAP Wanita Chief Teo Nie Ching praised the voters in Mahkota for fulfilling their responsibilities well.

"Winning by an overwhelming majority of 20,648! For your information, in the 2022 state election, the then-incumbent of Mahkota won by a majority of 5,166 votes. Today, Syed Hussien's impressive win is also proof that the MADANI Government Unity strategy is successful," she said.

UMNO Wanita chief Datuk Seri Dr Noraini Ahmad expressed her appreciation to the voters and the BN machinery at all levels for their dedication during the by-election.

The by-election for the Mahkota state seat, which is under the Kluang parliamentary constituency, was held following the death of its incumbent, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, on Aug 2.

In the 2022 state election, Sharifah Azizah, representing BN, won by a majority of 5,166 votes in a four-cornered tie against candidates from PH, PN and Warisan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED