Translate

25 September 2024

Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Kompleks Bunga Raya KLIA



Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Kompleks Bunga Raya KLIA

Ridauddin Daud

25/09/2024



Keadaan lubang benam yang dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Rabu. - Sumber foto JKR Sepang

SEPANG: Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada pagi Rabu.

Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, KLIA, dengan kedalaman satu meter, lebar 5.4 meter, dan panjang lebih empat meter.




JKR mengesyaki kebocoran paip di lurang kumbahan sebagai punca dan telah melaporkan kejadian kepada MAHB serta melakukan pemantauan dan pemeriksaan.

Lokasi berhampiran lubang telah ditutup, dan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dipasang oleh MAHB. Punca kejadian masih dalam siasatan.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang dalam satu kenyataan memaklumkan jalan di sekitar lubang tersebut masih boleh digunakan namun lokasi yang benar-benar hampir sudah ditutup.

Menurutnya, anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.

Tambah kenyataan itu lagi, pemeriksaan di tapak mendapati terdapat satu lurang kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam.

Pihak JKR turut mengesyaki kebocoran paip di lurang kumbahan menjadi punca terbentuknya lubang benam tersebut.



“JKR telah melakukan beberapa tindakan seperti melaporkan kejadian kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan pihak JKR & Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak MAHB,” menurut kenyataan tersebut.



Punca kejadian masih dalam siasatan.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 4 hrs 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu l' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pertembungan Nurul Izzah, Rafizi persaingan sihat ' 4 hrs 48 mins ago