Translate

29 September 2024

UM sahkan kemasukan pelajar cemerlang Izz Imil



UM sahkan kemasukan pelajar cemerlang Izz Imil

Bernama

29/09/2024



Izz Imil ketika mendaftar diri di Universiti Malaya pada Sabtu. - Gambar Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) hari ini mengesahkan kemasukan pelajar cemerlang berusia 12 tahun Izz Imil Sharom yang juga merupakan pelajar termuda universiti itu sejak penubuhannya pada 1962.

Naib Canselor Universiti Malaya Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman dalam kenyataan berkata kanak-kanak itu merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik, Fakulti Sains Universiti Malaya.

Beliau berkata Izz Imil telah melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh universiti dan diluluskan Senat Universiti bagi menyambung pengajian di UM.

"Memandangkan usia Izz Imil yang begitu muda, pihak universiti memohon semua pihak untuk memberikan ruang dan privasi kepada pelajar berkenaan melalui proses pembelajaran dan penyesuaian diri di universiti.

"Perkara ini penting bagi membolehkan beliau dapat melalui proses tumbesaran yang kondusif di samping menjalani pengajian dengan baik," katanya.

Terdahulu, tular satu hantaran di media sosial yang memaparkan Izz Imil berjaya memasuki universiti itu sekali gus mencatat sejarah pelajar termuda berjaya mendaftar masuk ke UM sejak penubuhannya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 5 hrs 42 mins ago