Translate

30 September 2024

Lebih 60 semakan audit terhadap GISB, syarikat dan individu berkaitan - LHDN



Lebih 60 semakan audit terhadap GISB, syarikat dan individu berkaitan - LHDN

Bernama

30/09/2024



Menurut LHDN, kerjasama dengan PDRM adalah bertujuan melengkapkan siasatan berdasarkan kepada maklumat dan penemuan baharu yang ada kaitan dengan isu percukaian bagi TT terkini. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menjalankan lebih 60 semakan audit terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), syarikat serta individu berkaitan dengannya, bagi tahun-tahun taksiran terdahulu.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemuanya telah dikenakan tindakan kompaun dan penalti cukai bagi tahun taksiran yang diaudit.

"Kompaun dan penalti cukai yang dikenakan telah dibayar pembayar cukai tersebut.

"Pemantauan terhadap pematuhan cukai GISB, syarikat serta individu berkaitan dijalankan secara berterusan sepertimana pembayar cukai lain. Tiada layanan istimewa diberikan kepada pembayar cukai tersebut," menurut kenyataan itu.

Menurut LHDN, berdasarkan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengenai GISB tidak pernah membayar cukai, adalah merujuk kepada Tahun Taksiran (TT) terkini yang sedang disiasat pihaknya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut LHDN, kerjasama dengan PDRM adalah bertujuan melengkapkan siasatan berdasarkan kepada maklumat dan penemuan baharu yang ada kaitan dengan isu percukaian bagi TT terkini.

"Tindakan pendakwaan dan penalti di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 akan diambil terhadap mana-mana pelanggaran peruntukan undang-undang yang berkaitan," katanya.

LHDN memaklumkan usaha membanteras ketidakpatuhan cukai terus dilakukan oleh pihaknya agar dapat memberikan keadilan kepada semua pembayar cukai yang patuh sekali gus mengelakkan ketirisan hasil negara.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 5 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 5 hrs 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 5 hrs 10 mins ago