Translate

25 March 2025

Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi teknologi AI - PM Anwar



Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi teknologi AI - PM Anwar

Bernama

24/03/2025


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat mengenai Strategi Teknologi AI dan aset digital yang berpotensi memupuk pertumbuhan ekonomi negara lebih mampan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempercepat eksplorasi dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menggalakkan inovasi dan mengadaptasi pendekatan rentas kementerian dan agensi secara menyeluruh.

Malaysia perlu mempercepat eksplorasi dan penggunaan AI untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi.

Perdana Menteri menekankan potensi Malaysia dalam aset digital Islam dan industri halal serta kepentingan menangani ancaman siber.

Kerjasama antara kementerian dan agensi melalui platform khas diperlukan bagi memastikan pendekatan AI lebih sistematik dan berkesan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat dipengerusikannya hari ini, mengenai Strategi Teknologi AI dan aset digital yang berpotensi memupuk pertumbuhan ekonomi negara lebih mampan.

"Saya titip pesanan, masih terdapat beberapa bidang yang Malaysia berpotensi menjadi peneraju terutama dalam aset digital Islam dan industri halal, namun keputusan berkenaan perkara ini perlu segera dibuat dan dilaksanakan.

"Penekanan perlu dibuat khususnya berkaitan ancaman siber dan juga membina keyakinan dalam kalangan industri dan institusi," kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Justeru Anwar percaya kerjasama secara aktif antara Kementerian Digital; Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Kewangan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti melalui sebuah platform khas, dapat menyelaras pendekatan itu dengan lebih sistematik serta menyeluruh.

Perdana Menteri berkata kerjasama itu juga kemudiannya dapat memacu ekonomi supaya negara kekal kompetitif dan efektif.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Thai PM sails through no-confidence vote in parlia' 2 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Sunway Pyramid Shoppers had a fright when a woman ' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed '24 lagi rakyat Malaysia terlibat sindiket penipuan' 5 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'IGP orders Police Cyber Crime Unit to Investigate ' 7 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Southampton Stun Liverpool at Anfield with late go' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 16 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '50 per cent Aidilfitri toll discount on March 28 a' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed '76,000 ekor babi dijangkiti ASF di Selangor selesa' 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 23 mins ago