Translate

27 March 2025

Lelaki maut ketika selamatkan anak terjatuh sungai ketika memancing



Lelaki maut ketika selamatkan anak terjatuh sungai ketika memancing

Bernama

27/03/2025


Seorang lelaki maut akibat lemas dipercayai ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Kampung Bukit Jati, Klang, malam tadi.


SHAH ALAM: Seorang lelaki maut akibat lemas dipercayai ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Kampung Bukit Jati, Klang, dekat sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.42 malam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, lelaki berusia 40 tahun tersebut sedang memancing bersama anak lelakinya yang berumur 11 tahun sebelum insiden malang itu berlaku.

"Mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya. Anak mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam.

"Mangsa dilaporkan berjaya ditemukan sekitar 9 malam pada jarak tiga meter dari lokasi dia dipercayai jatuh dan operasi membawa naik mayat dilakukan oleh anggota bomba bertugas," menurutnya dalam satu kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, operasi itu membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Selatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 38 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 56 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Seorang jemaah haji dari Malaysia dibawah kelolaan' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A Japanese woman jumped to her death from the 20th' 1 hr 25 mins ago
A visitor from New york viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan anggota tentera 'tumbuk' pe' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend' 2 hrs 2 mins ago