Translate

30 March 2025

Aidilfitri: Tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak kekal rendah, terkawal - Loke



Aidilfitri: Tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak kekal rendah, terkawal - Loke

Bernama

29/03/2025


Loke berkata ia hasil inisiatif kerajaan yang menetapkan harga siling serta komitmen syarikat penerbangan yang menambah kapasiti penerbangan semasa musim perayaan. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Tambang tiket penerbangan pada musim perayaan tahun ini kekal lebih rendah dan terkawal, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata ia hasil inisiatif kerajaan yang menetapkan harga siling serta komitmen syarikat penerbangan yang menambah kapasiti penerbangan semasa musim perayaan.

"Ini merupakan satu cabaran besar setiap kali musim perayaan tetapi saya bangga kerana tahun ini kita tidak dengar tidak dapat beli tiket penerbangan balik Sabah, Sarawak ataupun tiket penerbangan yang terlalu mahal kerana memang kita ada dasar harga maksimum semasa musim perayaan.

"Tambahan pula ada penerbangan tambang tetap yang lebih rendah daripada harga maksimum kita," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Loke berkata semalam beliau berpeluang menyantuni penumpang Sabah dan Sarawak yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas usaha syarikat penerbangan yang menyediakan kapasiti tambahan kerana ia bukan suatu yang mudah dan memerlukan penyelarasan rapi pelbagai pihak seperti pengawal selia, syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.

"Tidak dilupakan, barisan petugas seperti pengawal trafik udara, krew kabin, juruterbang, dan pengendali darat yang membuat pengorbanan masa dan tenaga demi memastikan perjalanan rakyat Malaysia berjalan lancar," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 4 mins ago
A visitor from Reading viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 6 hrs 6 mins ago
A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 6 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 58 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 7 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 7 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 7 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 7 hrs 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 7 hrs 29 mins ago