Translate

28 March 2025

PM Anwar zahir kebimbangan mendalam susulan gempa bumi di Myanmar dan Thailand



PM Anwar zahir kebimbangan mendalam susulan gempa bumi di Myanmar dan Thailand

Bernama

28/03/2025


Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata laporan mengenai bangunan runtuh, orang awam terperangkap dan angka korban yang semakin meningkat amat menyedihkan. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap gempa bumi kuat yang melanda bahagian tengah Myanmar dan utara Thailand sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis serta kemusnahan teruk di Mandalay, Bangkok serta kawasan berhampiran.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata laporan mengenai bangunan runtuh, orang awam terperangkap dan angka korban yang semakin meningkat amat menyedihkan.

"Kami juga memantau rapat perkembangan di selatan Yunnan di China di mana gegaran turut dirasai dan kerosakan struktur dilaporkan.

"Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang dan mendoakan mereka yang cedera serta kehilangan tempat tinggal," katanya.

Perdana Menteri berkata Malaysia berdiri dalam solidariti yang tidak berbelah bahagi bersama-sama negara jiran dan anggota ASEAN.

Pada masa sama, beliau berkata Malaysia turut mengiktiraf darurat yang diisytiharkan oleh pihak berkuasa di Myanmar dan designasi Bangkok sebagai kawasan dilanda bencana oleh kerajaan Thailand.

"Malaysia bersedia menghulurkan bantuan dan menyokong usaha kemanusiaan mengikut keperluan," katanya.

Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Myanmar pada kedalaman 10 kilometer dan beberapa minit kemudian, gempa susulan berukuran 6.4 pada Skala Richter melanda kawasan yang sama.

Gegaran kedua-dua gempa turut dirasai di Chiang Mai, Bangkok dan Ho Chi Minh City.

Di Myanmar, media tempatan melaporkan bahawa keadaan darurat telah diisytihar di wilayah Sagaing, Mandalay, Magway, Bago, Negeri Shan Timur serta ibu kota Naypyidaw dan pada masa sama, pihak berkuasa terus menilai tahap kerosakan.

Di Thailand, laporan menunjukkan bahawa sistem transit utama termasuk MRT, BTS dan Airport Rail Link di Bangkok terpaksa dihentikan susulan gegaran itu.

Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengisytiharkan darurat di Bangkok dan penilaian kerosakan masih dijalankan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Mungkin anda terkena serang' 2 mins ago
A visitor from San jose viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 2 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 3 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Kesesakan di Lebuhraya KL-Karak dijangka berterusa' 4 mins ago
A visitor from Washington viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Mungkin anda terkena serang' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sultan Pahang titah pentingkan keselamatan jalan r' 24 mins ago
A visitor from Aptos viewed 'Mungkin anda terkena serang' 32 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'ASEAN digesa tingkat pelaburan modal sektor swasta' 35 mins ago