Translate

29 March 2025

Syarikat rugi lebih RM40,000 wang jualan dilarikan bekas pekerja



Syarikat rugi lebih RM40,000 wang jualan dilarikan bekas pekerja

Bernama

29/03/2025


Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan Pertuduhan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan tidak melebihi 14 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU: Sebuah syarikat perkakasan elektrik rugi RM40,580.83 selepas wang hasil jualan dilarikan bekas pekerja dalam kejadian pada September tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata menurut maklumat suspek wanita yang berusia 24 tahun itu bertugas sebagai ketua pasukan di sebuah cawangan syarikat di Gong Badak dekat Kuala Nerus sebelum diberhentikan pada 28 Feb tahun ini.

Beliau berkata suspek sepatutnya memasukkan wang hasil sebanyak RM57,378 ke akaun syarikat, namun gagal berbuat demikian.

"Setelah disoal siasat oleh pihak dalaman syarikat, suspek mengaku menyerahkan wang berkenaan kepada ibunya untuk disimpan sementara. Bagaimanapun, wang itu didakwa telah hilang di Besut.

"Tindakan berkenaan melanggar peraturan syarikat yang mewajibkan pekerja memasukkan wang hasil jualan selewat-lewatnya tiga hari dan melarang membawa wang tunai syarikat keluar dari daerah Kuala Terengganu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata suspek yang menyedari perbuatannya terbongkar berjanji membuat bayaran balik kepada syarikat bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, hingga 28 Feb pihak syarikat hanya menerima bayaran balik sebanyak RM16,797.16.

"Pihak syarikat membuat laporan pada 27 Mac kerana mengesyaki suspek telah menyalah guna wang syarikat sehingga menyebabkan kerugian lebih RM40,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan Pertuduhan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan tidak melebihi 14 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan," katanya.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 2 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 3 hrs 17 mins ago