Translate

29 March 2025

Kereta terbakar dipercayai akibat mercun



Kereta terbakar dipercayai akibat mercun

Bernama

29/03/2025


Hasbullah berkata kejadian menimpa kereta jenis Proton Gen-2 milik mangsa berusia 24 tahun itu berlaku kira-kira 5.30 petang. - Gambar Polis Manjung


IPOH: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu terbakar di persimpangan lampu isyarat akibat mercun yang disimpan dalam but kenderaan itu, di Bukit Permata, Lumut, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan berkata kejadian menimpa kereta jenis Proton Gen-2 milik mangsa berusia 24 tahun itu berlaku kira-kira 5.30 petang.

"Siasatan mendapati sebelum kebakaran berlaku, kereta yang dipandu mangsa mengalami kerosakan. Ketika cuba menghidupkan semula kereta, mangsa ternampak kepulan asap keluar daripada bahagian tayar belakang sehingga mengeluarkan api.

"Pemandu juga menyatakan bahawa ada meletakkan mercun untuk digunakan semasa hari raya dalam but kereta tersebut," katanya.

Hasbullah berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222.

Terdahulu video kebakaran tersebut tular di media sosial memaparkan sebuah kereta terbakar diikuti letupan dan asap.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Edison viewed 'Tahap pematuhan perintah paparan ubat memuaskan - ' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 7 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 20 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Beri Talak Satu Kerana Saya Tidak Pernah 'Give Up'' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna kenderaan mikromobiliti di jalan raya awam, J' 1 hr ago
A visitor from Oslo viewed 'Ketika AS Kenakan Tarif, Tambun Sibuk Jalan Sana S' 1 hr ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 6 mins ago