Translate

30 March 2025

Nahas ragut lima nyawa: JPJ siasat audit keselamatan syarikat treler



Nahas ragut lima nyawa: JPJ siasat audit keselamatan syarikat treler

Bernama

30/03/2025


Menurut Aedy Fadly, siasatan sudah dijalankan oleh pihak JPJ sebaik kemalangan itu berlaku mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). - Gambar Bernama


IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan siasatan terperinci serta tindakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap syarikat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di KM58.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Kluang, Khamis lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, siasatan berkenaan dijalankan bagi mengesan sama ada syarikat terbabit mematuhi atau tidak aspek teknikal ditetapkan dalam laporan JISA.

Beliau berkata, siasatan sudah dijalankan oleh pihak JPJ sebaik kemalangan itu berlaku mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

"Setakat ini masih belum ada keputusan daripada hasil siasatan terbabit selain kita juga masih menunggu keputusan laporan daripada pihak polis.

"Jadi selepas kertas siasatan ini siap sepenuhnya, JPJ akan serahkan semua laporan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dan tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Pemantauan dan Pemeriksaan Bas Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 di Terminal Terminal Amanjaya, di sini, malam tadi.

Hadir sama Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan, siasatan terperinci dan telus akan dijalankan berhubung kemalangan maut yang meragut lima nyawa di KM58.1 Lebuhraya PLUS.

Sementara itu, Aedy Fadly berkata, hasil semakan turut mendapati pemandu treler terbabit mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk dua rekod dengan pihak polis.

"Rekod JPJ mendapati pemandu telah melakukan kesalahan teknikal dari 2017 hingga 2022 namun semua kesalahan tersebut telah diselesaikan.

"Antaranya dua kesalahan gagal patuhi notis pemeriksaan berkala, bawa muatan secara tidak selamat dan bawa muatan menjulur melebihi badan kenderaan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Jakarta viewed 'Indonesian fugitive Djoko Tjandra Arrested in Mala' 27 mins ago
A visitor from Al muharraq viewed 'Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen' 27 mins ago
A visitor from Klang viewed 'KKM Harap Akta 342 Dipinda Segera (1 Video) | BEST' 39 mins ago
A visitor from Chihuahua viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 44 mins ago
A visitor from Riyadh viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 45 mins ago
A visitor from Buenos aires viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 45 mins ago
A visitor from San francisco viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 49 mins ago
A visitor from Bucharest viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 50 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tahap pematuhan perintah paparan ubat memuaskan - ' 1 hr 15 mins ago