Translate

29 March 2025

MIDA perkenal Pas Pelabur untuk galak pelaburan asing



MIDA perkenal Pas Pelabur untuk galak pelaburan asing

Bernama

29/03/2025


Menurut MIDA, Pas Pelabur akan menggantikan Pas Lawatan Sosial semasa, yang mengehadkan untuk tinggal di Malaysia antara 14 dan 90 hari.


KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan melancarkan Pas Pelabur berkuat kuasa pada 1 April untuk menambah daya tarikan pelaburan Malaysia.

MIDA dalam kenyataan berkata inisiatif baharu ini akan menawarkan kepada pengembara perniagaan mekanisme kemasukan yang lebih fleksibel dan cekap, berada di negara ini selama enam bulan dengan pilihan untuk lanjutan tambahan selama enam bulan.

Pas Pelabur ini akan menggantikan Pas Lawatan Sosial semasa, yang mengehadkan untuk tinggal di Malaysia antara 14 dan 90 hari.

Ia turut merangkumi Visa Kemasukan Berbilang, memastikan pergerakan merentas sempadan yang lancar sepanjang tempoh kesahan. Pada masa yang sama, tempoh pemprosesan bagi kelulusan Jabatan Imigresen (JIM) dikurangkan kepada lima hari bekerja.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menekankan mengenai kepentingan inisiatif itu bagi menarik pelabur global.

"Ketika Malaysia meningkatkan usaha untuk menarik pelabur daripada sektor sasaran melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, mengurangkan birokrasi dan meningkatkan kemudahan adalah penting untuk mereka menjalankan perniagaan.

"Pas Pelabur adalah langkah strategik ke arahnya, memudahkan kemasukan yang lancar ke Malaysia bagi pelabur sedia ada dan baharu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata Pas Pelabur menawarkan proses kemasukan yang jelas dan berstruktur kepada pelabur, mengurangkan tempoh kelewatan yang boleh melambatkan keputusan perniagaan.

"Peranan MIDA melangkau daripada mengeluarkan surat sokongan -- kami dengan aktif menghubungkan pelabur dengan rangkaian, dasar dan sumber yang sesuai untuk membantu mereka mewujudkan dan mengembangkan kedudukan di sini," katanya.

MIDA akan menjadi peneraju bagi penilaian dan mengeluarkan surat sokongan kepada pengembara perniagaan yang layak manakala JIM akan memberikan kelulusan akhir.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 26 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 51 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 15 mins ago