Translate

29 March 2025

Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR



Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR

Astro Awani

29/03/2025


Sulizmie Affendy berkata, siasatan itu susulan laporan yang dibuat anggota penguat kuasa berkenaan pada Sabtu. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan yang melibatkan penjaja belon dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan itu susulan laporan yang dibuat anggota penguat kuasa berkenaan pada Sabtu.

Katanya, mereka yang terlibat akan dipanggil untuk direkodkan keterangan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

“Kita memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan secara telus dan adil mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini tular sebuah video berdurasi satu minit 42 saat yang memaparkan sepasukan anggota DBKL sedang menyita barangan penjaja belon sebelum berlaku pergelutan.

Beberapa penjaja lain juga turut dikatakan mencetuskan provokasi terhadap penguat kuasa.

DBKL dalam satu kenyataan pula menjelakan, kejadian itu berlaku ketika penguat kuasa melakukan rondaan berkala.

Terdahulu, dalam rondaan berkala, DBKL mendapati kehadiran beberapa penjaja tanpa lesen yang menjalankan aktiviti perniagaan di laluan pejalan kaki Jalan TAR.

Kehadiran mereka dikatakan menghalang pergerakan orang ramai dan menyebabkan kesesakan, terutamanya ketika musim persiapan sambutan Aidilfitri yang menyaksikan kehadiran pengunjung terlalu ramai.

Tambah DBKL, penjaja belon berkenaan bagaimanapun enggan mematuhi arahan dan terus berniaga seperti biasa walaupun sudah diberi teguran sebanyak dua kali.

Menurut DBKL, ketika ditegur kali ketiga, penjaja tersebut bertindak agresif dan berlaku sentuhan fizikal apabila dia menolak penguat kuasa.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from George town viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 3 hrs 8 mins ago