Translate

29 March 2025

PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada pelajar, guru



PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada pelajar, guru

Bernama

29/03/2025


Perdana Menteri menyifatkan ingatan serta coretan dalam kad raya tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna sekali gus menambah keceriaan suasana perayaan. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pelajar dan guru atas kiriman kad raya kreatif sempena Aidilfitri.

Menerusi hantaran video di Facebook rasminya hari ini, Perdana Menteri menyifatkan ingatan serta coretan dalam kad raya tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna sekali gus menambah keceriaan suasana perayaan.

"Terima kasih atas coretan anak-anak pelajar dan guru-guru sempena Aidilfitri ini. Ingatan kalian dalam kad raya yang begitu kreatif menceriakan sambutan Aidilfitri saya dan keluarga tahun ini.

"Saya doakan keafiatan dan kesejahteraan buat semua, insya-Allah," katanya.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, Anwar turut membaca beberapa kad raya antaranya daripada Sekolah Kebangsaan Desa Bakti (Pendidikan Khas) dan ada juga pelajar yang mengambil kesempatan memohon tandatangan Perdana Menteri sebagai kenangan.

Beliau juga memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua kad raya yang dikirimkan.

"Kepada semua anak-anak yang begitu baik budi, pesan pula tu sila balas, jangan tak balas, kalau tak dapat balas semua, mohon maaf," kata Anwar.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Penganggur didakwa edar lebih 20 kilogram syabu | ' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Import durian China dari Malaysia diunjur naik 15-' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua rakan didakwa khianat guna api dan 'molotov co' 26 mins ago
A visitor from Boardman viewed '46-year-old female Company manager loses over RM1.' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Visual iklan cetus reaksi negatif pengguna telah d' 35 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United get shock win over Athletic as T' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LELAKI MENGAMUK KERETA ROSAK | BEST FBKL' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Kereta Rempuh Medan Selera | BEST FBKL' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'BARA NAGA BAKAL TAYANG DI NEGARA J' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Polis Siasat Insiden Rebut Parki | BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago