Translate

28 March 2025

Tiada hukuman murid tidak pakai lencana Jalur Gemilang - KPM



Tiada hukuman murid tidak pakai lencana Jalur Gemilang - KPM

Bernama

28/03/2025


Tiada sebarang hukuman dikenakan ke atas murid yang tidak memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).


KUALA LUMPUR: Tiada sebarang hukuman dikenakan ke atas murid yang tidak memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut senarai soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan KPM, inisiatif itu yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 21 April depan bertujuan memupuk semangat patriotisme serta cintakan negara.

KPM menjelaskan langkah itu juga bagi meningkatkan rasa bangga dan hormat kepada negara selain meningkatkan disiplin murid.

"Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 dikeluarkan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif ini adalah mengikut prosedur dan garis panduan," menurut FAQ itu.

Menurut dokumen itu, KPM juga akan membekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma bagi semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026 dan akan diedarkan terus kepada murid di sekolah secara berperingkat.

FAQ itu menyebut lencana Jalur Gemilang yang akan dibekalkan kepada murid berbentuk pin lencana dan mudah disematkan di atas semua jenis seragam murid.

"Maklumat lanjut spesikasi lencana boleh didapati dalam Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah KPM yang disertakan bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025," menurut FAQ itu.

Semalam, KPM mengumumkan pelaksanaan inisiatif itu juga melibatkan sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan tujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid dan pendidik.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Konsert Mega PMR 2025 Sabah tampil barisan artis p' 14 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 44 mins ago
A visitor from Inglewood viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 53 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 53 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'MARA siasat dakwaan buli pelatih OKU di GiatMARA A' 54 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'MARA siasat dakwaan buli pelatih OKU di GiatMARA A' 55 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Penganggur didakwa edar lebih 20 kilogram syabu | ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago