Translate

30 March 2025

Jalan Gua Musang-Kuala Lipis semakin sesak, pertambahan kenderaan berganda



Jalan Gua Musang-Kuala Lipis semakin sesak, pertambahan kenderaan berganda

Bernama

30/03/2025


Keadaan aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan malam tadi bergerak lancar ketika tinjauan sempena orang ramai pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa jalan utama Persekutuan melibatkan jajahan Gua Musang, Kelantan dilaporkan semakin sesak dengan pertambahan berganda kenderaan dari Kuala Lumpur setakat pukul 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, kesesakan jalan raya di pintu masuk di sempadan Gua Musang-Kuala Lipis sudah melebihi 10 kilometer (km), sekali ganda berbanding pagi Sabtu.

"Kenderaan bergerak perlahan dan kami menjangkakan pertambahan kenderaan akan terus berlaku pada tengah malam hingga awal pagi nanti," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan penyuraian dari semasa ke semasa dan anggota bertugas secara bergilir-gilir bagi memastikan kenderaan bergerak secara terkawal.

Sementara itu di TERENGGANU, aliran trafik di dua laluan utama di daerah Jertih yang menjadi penghubung antara Terengganu dan Kelantan mengalami peningkatan jumlah kenderaan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, bagaimanapun keadaan di kedua-dua laluan Kuala Terengganu-Kota Bharu di bandar Jertih dan Kampung Raja masih terkawal meskipun kenderaan semakin banyak sejak 4 petang tadi.

"Sebagai langkah alternatif untuk mengurangkan kesesakan, polis telah menambah satu lagi lorong dari arah Kuala Terengganu ke arah Kota Bharu bermula dari bandar Jertih sehingga hadapan Balai Polis Jertih sejauh hampir satu km.

"Ini menjadikan laluan dari Kuala Terengganu ke Kelantan mempunyai dua lorong manakala laluan dari arah bertentangan hanya dibuka satu lorong memandangkan trend sebelum ini, trafik dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu lebih tinggi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Azamuddin berkata, seramai 40 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Besut terlibat dengan penugasan sepanjang Op Selamat 24 ini.

--BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'Gadis OKU hilang selepas keluar bermain di taman p' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar beri jaminan Malaysia tidak akan alami ke' 1 hr 5 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 6 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 6 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 6 hrs 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 6 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 6 hrs 51 mins ago