Translate

29 March 2025

Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Chow Kit



Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Chow Kit

Bernama

29/03/2025


Api berjaya dikawal kira-kira 2.50 petang namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Gambar/ Bernama


KUALA LUMPUR: Enam lot kedai makan dan sebuah kedai perkakasan di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran Chow Kit musnah dalam kebakaran petang ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan pada 1.36 tengah hari sebelum enam jentera bersama 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa digegaskan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah kedai perkakasan dan enam lot kedai makan yang berada di belakang kedai perkakasan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata api berjaya dikawal kira-kira 2.50 petang namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, saksi Ramzana Ali, 39, yang juga pekerja kedai perkakasan itu berkata ketika kejadian dia sedang tidur di bahagian belakang bangunan yang terletak bersebelahan kedai yang terbakar itu.

"Saya terjaga selepas dengar bunyi bising dan apabila menyedari kejadian itu, saya segera hubungi majikan dan menyelamatkan diri," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 4 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 6 hrs 3 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 6 hrs 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 7 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 7 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 8 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 8 hrs 49 mins ago