Cadangan undang-undang FOI perlu cermin realiti Malaysia
Cadangan undang-undang FOI perlu cermin realiti Malaysia
Bernama
29/03/2025

Azmi berkata pengenalan undang-undang FOI perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan keseimbangan antara ketelusan dan keharmonian negara. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia boleh mempelajari amalan terbaik antarabangsa mengenai kebebasan maklumat (FOI), tetapi perlu merangka undang-undang tersendiri berdasarkan sensitiviti tempatan dan struktur politik, kata Pakar Geostrategi dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Prof Dr Azmi Hassan.
Menyentuh mengenai Akta FOI di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom, beliau berkata Malaysia boleh mengadaptasi prinsip asas sambil mengenakan had yang bersesuaian.
"Di AS, sesiapa sahaja - warganegara atau bukan - boleh memohon maklumat kerajaan. Saya rasa model itu tidak sesuai untuk kita. FOI di Malaysia harus terhad kepada warganegara sahaja," katanya kepada Bernama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata keputusan Kerajaan Perpaduan mengenai penggubalan Akta FOI mencerminkan ketelusan kerajaan yang berpegang kepada asas bahawa setiap rakyat harus diberikan hak untuk mencari, menerima dan memberikan maklumat melalui apa jua medium atau platform.
Beliau berkata dalam konteks Malaysia, matlamat utama kerajaan untuk memastikan orang awam mendapat akses kepada maklumat sahih yang lebih terbuka dan telus daripada pihak kerajaan dan secara tidak langsung akan membantu rakyat untuk terlibat dalam proses pembentukan dasar negara.
Azmi berkata pengenalan undang-undang FOI perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan keseimbangan antara ketelusan dan keharmonian negara.
"Persoalan utama di sini sama ada kita bersedia atau sebaliknya. Ia bukan sekadar tentang perihal ketelusan malah juga berkait menguruskan jangkaan dan melindungi keharmonian negara," katanya.
Beliau berkata undang-undang FOI yang dirangka dengan baik akan meningkatkan lagi imej Malaysia di persada antarabangsa.
"Mana-mana negara yang mempunyai undang-undang FOI dilihat memperkasakan rakyatnya. Malaysia boleh mendapat manfaat daripada itu - tetapi perlu melakukannya dengan acuan kita sendiri," katanya.
Peguam dan bekas pengerusi Badan Peguam Selangor Kokila Vaani Vadiveloo yang turut menyokong inisiatif itu berkata Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) masih menjadi kekangan utama terhadap ketelusan.
"Walaupun terdapat undang-undang FOI di Pulau Pinang dan Selangor, OSA masih mempunyai kuasa yang besar dalam mengehadkan akses," katanya.
Kokila berkata undang-undang FOI yang bermakna perlu merangkumi badan penyemak bebas dan disertakan dengan pembaharuan terhadap undang-undang kerahsiaan.
"Negara-negara yang mempunyai rangka kerja FOI yang kukuh cenderung mendapat skor lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Jika Malaysia serius dalam memerangi rasuah, rangka kerja FOI yang kukuh adalah penting," katanya.
Beliau juga menekankan kepentingan mengubah cara pemikiran institusi dan meningkatkan kesedaran awam.
"Ia bukan semata-mata soal meluluskan undang-undang. Jika budaya kerahsiaan terus berlaku, walaupun mempunyai undang-undang FOI yang terbaik keberkesanannya tetap sukar untuk dicapai.
"Perlu ada kempen kesedaran di seluruh negara agar orang ramai memahami hak mereka."
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2025
(6631)
-
▼
Mar 2025
(1165)
- Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat...
- Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ...
- Pengunjung Luar Negara, Warga Asing Memenuhi KLCC ...
- Empat Cedera Lantai Rumah Runtuh Ketika Beraya
- Anggota tentera dikatakan tumbuk pemandu wanita di...
- Bapa rakam penghargaan atas sumbangan rakyat Malay...
- Polis tahan lelaki larikan kereta bersama kanak-ka...
- Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ...
- Laporan insiden lelaki OKU maut digilis tren dihan...
- Syawal dalam tugas: PDRM kekal teguh jaga keamanan...
- Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa bumi
- Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering...
- Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K...
- Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti
- Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat...
- Bulan Sabit Merah Palestin dapatkan semula 14 maya...
- 36 gempa susulan selepas gempa bumi dahsyat landa ...
- Juruaudit syarikat rugi RM1.29 juta terperdaya pel...
- Umat Islam Bangkok sambut 1 Syawal dalam suasana s...
- Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m...
- Pasukan SMART selamat tiba di lokasi operasi di Sa...
- Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ...
- Jadikan Aidilfitri medium erat hubungan antara kau...
- Preston North End 0-3 Aston Villa | Quarter-Final ...
- Bournemouth 1-2 Manchester City | Quarter-Final | ...
- Hari raya pererat hubungan: Diplomat asing sambut ...
- Perpaduan mesti dipelihara bagai menatang minyak y...
- Serangan ganas Israel di Palestin antara topik per...
- Ketua kerajaan negeri ucap Selamat Hari Raya Aidil...
- Jemaah Menteri ajak rakyat manfaatkan Aidilfitri k...
- Kanak-kanak meninggal dunia kemalangan di Terowong...
- Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend...
- Muslims in Singapore celebrate Eid al-Fitr on Marc...
- Mohamad Hasan laksana misi kemanusiaan ke Myanmar,...
- Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilftri esok, ...
- Polis lepas tembakan, tahan tiga lelaki cuba rempu...
- 'Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen...
- ICQS Rantau panjang sesak, ribuan perantau Malaysi...
- Peniaga, PBT perlu bertanggungjawab dalam menjalan...
- Gempa bumi susulan 5.1 skala Richter landa utara M...
- Kes tular: Polis tahan anggota tentera 'tumbuk' pe...
- ASEAN adakan mesyuarat khas tergempar bincang kesa...
- Wanita Parah Tersepit, Empat Lagi Termasuk Bayi Te...
- 10 Gajah 'Sambut' Perantau Di Tasik Banding
- Polis terima laporan daripada ibu ‘Abang Belon’
- 2 killed in light aircraft crash in Philippines
- Dua termasuk bayi maut kemalangan ketika balik kam...
- Gempa bumi 5.2 skala Richter gegarkan Aceh
- Isu penjaja belon: DBKL rehatkan anggota terlibat ...
- Small plane crashes in Minnesota after close call ...
- Linda Mudzenda's voice oozed SOUL in GOLDEN BUZZER...
- ABANG BELON DEDAH CERITA SEBENAR - SATU MALAYSIA K...
- Korban Gempa Bumi Di Myanmar Terus Meningkat
- Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Hari Ini
- ‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang
- 50 Anggota SMART Berlepas Ke Myanmar Pagi Tadi
- Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta
- Nahas ragut lima nyawa: JPJ siasat audit keselamat...
- 21 kenderaan berat langgar perintah larangan berge...
- Op Sarang: 144 termasuk pengedar, penagih ditahan
- Nottingham Forest and Crystal Palace through to FA...
- Erling Haaland Under Police Investigation After In...
- Aidilfitri: Tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak...
- SMART: Pasukan Penyelamat Malaysia diiktiraf dunia...
- Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK...
- Polis tahan ahli perniagaan bergelar Tan Sri tipu ...
- Aidilfitri: Polis kenal pasti 66 'blackspot', perk...
- Jalan Gua Musang-Kuala Lipis semakin sesak, pertam...
- Gempa bumi Myanmar: Angka kematian lebih 1,600
- Gempa bumi: Pulau Pinang tidak terkesan, Komtar di...
- Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gega...
- Suspek pecah rumah di Subang Jaya selesai jalani p...
- Kereta terbakar dipercayai akibat mercun
- Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri pada Isnin
- FAMA sasar RM250,000 jualan Program Mantai Semarak...
- Cadangan undang-undang FOI perlu cermin realiti Ma...
- Millions Travel Across Indonesia For Eid Al-Fitr C...
- Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna...
- Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho...
- Aidilfitri: Kenderaan keluar dari ibu kota meningk...
- Gempa bumi: Pasukan berbasikal wanita Kedah selama...
- PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada...
- Insiden peniaga belon jalan TAR: Tindakan tegas, s...
- 694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi...
- Berbuka 3 minit awal, jemaah masjid di Johor dinas...
- Insiden peniaga belon jalan TAR: Penguat kuasa DBK...
- Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR
- Gempa bumi: Malaysia hantar 50 anggota pasukan ban...
- U Mobile terima surat anugerah dari MCMC untuk ran...
- Syarikat rugi lebih RM40,000 wang jualan dilarikan...
- Pesara guru rugi RM200,000 angkara 'phone scam'
- GEMPA THAILAND, MYANMAR - Rakyat Malaysia Jadi Her...
- DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon?
- Malaysia hantar pasukan NADMA sokong usaha bantuan...
- Op Selamat 24: Polis Perlis laksana pemantauan rap...
- Malaysia hantar bantuan kemanusiaan, sertai SAR di...
- JIM Kedah gagal cubaan pemalsuan identiti remaja w...
- Not yet authorized to Real Madrid, Liverpool fans ...
- Southeast Asia earthquake: At least 150 dead and h...
- Lebuh Raya jam teruk malam tadi