Translate

31 March 2025

Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kematian menjelang Aidilfitri



Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kematian menjelang Aidilfitri

Bernama

31/03/2025


M Kumar (foto) berkata angka berkenaan adalah tinggi bagi statistik harian apatah lagi ia berlaku ketika menjelang Aidilfitri. -Gambar fail


JOHOR BAHRU: Johor merekodkan 239 kemalangan jalan raya melibatkan dua kes kemalangan maut dengan empat kematian dalam tempoh 24 jam, semalam.

Johor merekodkan 239 kemalangan jalan raya dalam tempoh 24 jam, termasuk dua kes kemalangan maut dengan empat kematian.

Ketua Polis Johor menggesa orang ramai untuk bersabar dan mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan situasi yang tidak diingini.

Kira-kira 30,000 kenderaan luar telah memasuki Johor semalam, namun aliran trafik kembali lancar pada pagi ini.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata angka berkenaan adalah tinggi bagi statistik harian apatah lagi ia berlaku ketika menjelang Aidilfitri.

"Orang ramai diminta mengamalkan sikap bersabar dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya supaya kita sama-sama dapat mengelakkan situasi yang tidak diingini berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Ketua Polis Johor bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Berhubung aliran kemasukan trafik di Johor, Kumar berkata kira-kira 30,000 kenderaan luar telah memasuki negeri ini semalam, termasuk menerusi Tambak Johor dan Linkedua.

"Setakat ini tiada kesesakan teruk berlaku, mungkin semalam ada sedikit tetapi pagi ini aliran trafik di seluruh negeri kembali lancar," katanya sambil menambah seramai 4,000 pegawai dan anggota bertugas sempena Aidilfitri ini, termasuk 1,998 daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Pada Jumaat lepas, Kumar dilapor berkata kira-kira dua juta kenderaan luar dijangka memasuki Johor dan bilangan itu menyaksikan peningkatan hingga tiga kali ganda berbanding hari-hari biasa.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 55 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Fahmi umum bertanding jawatan Majli' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fahmi umum bertanding jawatan Majli' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 1 hr 25 mins ago