Translate

29 March 2025

694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi Myanmar



694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi Myanmar

Bernama

29/03/2025


Banyak bangunan mengalami kerosakan dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan. - Gambar/ Reuters


MANDALAY (Myanmar): Seramai 694 orang terbunuh, 1,670 cedera dan 68 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar setakat pagi Sabtu, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.

Gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu pada Jumaat, menurut pasukan penerangan berkenaan.

Laporan rasmi menyatakan bahawa gempa bumi itu menyebabkan kegagalan sistem bekalan elektrik. Rangkaian telekomunikasi juga tidak berfungsi dengan lancar dan beberapa kawasan di Yangon tidak mempunyai isyarat telefon bimbit.

Banyak bangunan mengalami kerosakan dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED