Translate

28 March 2025

Projek tambak tanah di Persiaran Karpal Singh tidak jejas Marin Tebing Tengah - Chow



Projek tambak tanah di Persiaran Karpal Singh tidak jejas Marin Tebing Tengah - Chow

Bernama

28/03/2025


CHOW: Dalam cadangan ini kita memastikan ia (Kawasan Perlindungan Marin Tebing Tengah) tidak masuk dalam kawasan yang kita kenal pasti. - Gambar fail/BERNAMA


GEORGE TOWN: Projek penambakan tanah yang dicadangkan dari Tapak Pelupusan Jelutong sehingga Persiaran Karpal Singh di sini, tidak akan melibatkan Kawasan Perlindungan Marin Tebing Tengah.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang memberi jaminan tersebut, berkata kerajaan negeri memastikan kawasan marin berkenaan tidak akan terjejas dalam cadangan projek penambakan tanah yang masih menunggu kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu.

"Dalam cadangan ini kita memastikan ia (Kawasan Perlindungan Marin Tebing Tengah) tidak masuk dalam kawasan yang kita kenal pasti.

"Sebelum ini kita memang kenal pasti dan kawasan yang akan ditebus guna pun akan menyambung kepada tanah yang sedia ada di Persiaran Karpal Singh," katanya pada sidang media di bangunan Komtar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas permintaan Jawatankuasa bertindak Perlindungan Karpal Singh Drive, agar pihak berkuasa melanjutkan tarikh akhir maklum balas awam berkenaan projek berkenaan dan kebimbangan memberi kesan kepada Kawasan Perlindungan Marin Tebing Tengah.

Kawasan Perlindungan Marin Tebing Tengah yang meliputi kira-kira 10 kilometer persegi di perairan Selat Selatan antara pulau dan tanah besar Pulau Pinang, merupakan satu-satunya kawasan padang rumpai laut di Selat Melaka yang menempatkan 429 pelbagai spesies seperti rumpai laut, pokok, tumbuhan, ikan dan burung.

Sementara itu, Chow juga meminta semua individu dan pertubuhan di Pulau Mutiara itu untuk mengemukakan pandangan serta ulasan kepada pihak pemaju, yang mengendalikan maklum balas awam EIA agar JAS boleh meneliti kesemua pandangan dalam pertimbangan mereka berkenaan projek tersebut.

"Projek ini melibatkan pemulihan Tapak Pelupusan Jelutong yang segala sisa-sisa buangan sejak ia dibuka pada zaman 90-an akan dikorekkan semula dan dikitarkan semula (apa yang boleh dikitarkan semula) manakala apa yang tidak boleh (kitar semula) akan dihantar kepada Temporary Integrated Waste Disposal Centre di Pulau Burung, Nibong Tebal.

"Setelah ia dipulihkan, pemaju yang dilantik akan memperoleh tanah-tanah itu untuk tujuan pembangunan bercampur," katanya.

Chow berkata beliau memaklumkan di bawah perjanjian dengan syarikat konsesi, kerajaan negeri dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan menerima sebahagian daripada tanah yang telah dipulihkan, namun kerajaan negeri masih tiada keputusan muktamad mengenai perancangan yang akan dilakukan dengan menggunakan tanah tersebut.

Beliau juga menjangkakan pemulihan tersebut mengambil masa lima hingga enam tahun dan ia masih belum dimulakan kerana belum menerima kelulusan EIA setakat hari ini.

Pada 2020, PDC telah menandatangani perjanjian dengan PLB Engineering Bhd untuk melaksanakan kerja pemulihan dan pembangunan Tapak Pelupusan Sampah Jelutong dengan kos RM1 bilion.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 15 secs ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 14 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kulai viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami maut kemalangan, tak sempat sambut ulang tah' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 1 hr 35 mins ago