Translate

28 September 2015

Naib Presiden Indonesia berpendapat rakyat negara jiran kena berterima kasih kerana menikmati udara segar daropada hutan indonesia sekian lama ini

Jerebu : "Jadi, Mengapa Mesti Meminta Maaf?" - Naib Presiden Indonesia





Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Indonesia tidak perlu memohon maaf atas kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan sehingga menyebabkan jerebu di beberapa negara jirannya.

Dalam kenyataan itu, Jusuf berkata apa yang perlu dilakukan oleh Indonesia adalah mengatasi masalah itu supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

"Berapa lama mereka (negara jiran) nikmati udara segar daripada kawasan hijau dan hutan-hutan kita semasa ia tidak terbakar? Berbulan-bulan. Adakah mereka berterima kasih?

Tetapi, semasa terjadinya kebakaran hutan paling lama sebulan, asap-asap itu cemari wilayah mereka. Jadi, mengapa mesti meminta maaf," katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Tambah Jusuf, salah satu punca kebakaran hutan adalah permintaan dari beberapa syarikat milik negara-negara jiran yang turut mengalami jerebu.

Katanya, syarikat dari negara tersebut menebang dan membakar hutan bagi mengosongkan tanah untuk tujuan perladangan dan perniagaan.

Memetik laporan portal berita Indonesia, Kompas, Jusuf pernah memberi kenyataan yang sama pada tahun 2005 dan 2007 ketika memegang jawatan yang sama.

Malah, Jusuf turut memberi kenyataan yang sama ketika bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Hamidi pada 18 September lalu. - Siakapkeli.my
BESTFBKL: Look's like idiotic politicians  exist on both sides of the border.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Monaco viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Eight individuals sentenced' 46 mins ago
A visitor from Singapore viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih 110,000 ahli laksana undian Pemilihan PKR pe' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 2 hrs 30 mins ago