Translate

21 September 2015

Video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipukul di sebuah taska yang didakwa berlaku di Ipoh, Perak menjadi viral.

Bekas Pekerja Dedah Kes Dera Kanak-Kanak Di Sebuah Taska Di Ipoh





Satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipukul di sebuah taska yang didakwa berlaku di Ipoh, Perak mula menjadi viral.

Video berkenaan dipercayai dirakamkan oleh seorang bekas pekerja di taska berkenaan yang bertujuan mahu memberi nasihat kepada ibu bapa tentang layanan buruk yang diberikan terhadap anak-anak yang dihantar ke pusat berkenaan.

Rakaman itu menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menangis selepas dimarahi oleh seorang wanita, sambil memukul tangan dan pipi serta menekup mulut mangsa.

Berdasarkan kapsyen video berkenaan, penderaan terhadap kanak-kanak berkenaan terjadi kononnya dia telah menggigit kanak-kanak lain.

Namun walau apa sekalipun alasannya, adalah tidak patut untuk mendera sehingga begitu rupa. Semoga tindakan pantas pihak berwajib dapat mengelakkan hal seperti ini berlaku lagi. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED