Translate

30 September 2015

Bas persiaran mengalami kerosakan brek merempuh lapan kenderaan lain termasuk sebuah kereta polis yang diletakkan di Genting Highland


Bas Persiaran Dipercayai Rosak Brek Rempuh 8 Kereta



Kuala Lumpur, 29 Sept: Sebuah bas persiaran yang dipercayai mengalami kerosakan brek merempuh lapan kenderaan lain termasuk sebuah kereta polis yang diletakkan di Taman Cendawan, Jalan Genting Highland petang tadi.

Ketika kejadian yang berlaku kira-kira 4.15 petang itu, bas terbabit sedang menuruni bukit.

Pemandu bas berkenaan yang berusia 49 tahun gagal mengawal basnya sebelum ia terbabas dan memasuki kawasan parkir pusat penanaman cendawan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, beberapa kenderaan rosak dalam kejadian namun pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati, bas persiaran itu dipercayai mengalami kerosakan brek sebelum hilang kawalan dan merempuh deretan kerata yang diletakkan di parkir kawasan berkenaan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian tiada pemandu kenderaan dan bas persiaran terbabit juga tiada penumpang," katanya memetik laporan Harian Metro.

Bas yang terlibat telah dibawa ke cawangan Trafik IPD Bentang bagi pemeriksaan brek oleh PUSPAKOM, JPJ dan SPAD untuk siasatan. - Siakapkeli.my























Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 7 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 32 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia hantar 35 pegawai perubata' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Vietnam's Sang-sik to lead ASEAN-All Stars against' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 3 hrs 59 mins ago