Translate

22 September 2015

Ikan kerapu gergasi seberat 320kg yang dijual di pasar terbabit dijual di pasar di Sandakan, Sabah

Ikan Kerapu 320kg Berjaya Ditangkap




SANDAKAN: Pengunjung Pasar Umum di sini terkejut dengan kelibat seekor ikan kerapu gergasi seberat 320kg yang dijual di pasar terbabit hari ini.

Ikan itu dikatakan ikan yang paling besar di jual setakat ini di pasar itu. Sebelum ini, hasil tangkapan yang paling besar adalah seberat antara 100 hingga 200 kg.

Menurut nelayan, Saraji Jiblani, 45, dia berjaya menangkap ikan kerapu itu pada Sabtu lalu di kawasan perairan berhampiran sempadan negara jiran.

"Ia adalah tangkapan ikan paling besar pernah saya peroleh sejak menjadi nelayan lebih 30 tahun lalu. 

"Mengikut nelayan lain, paling besar ikan pernah dijual di pasar ini adalah 200 kg beberapa tahun yang lalu

"Sejak awal pagi, pengunjung tidak putus-putus datang ke pasar mahu melihat sendiri ikan gergasi dan tidak kurang juga yang mengambil gambar," katanya memetik laporan dari BH Online.

Menceritakan bagaimana dia berjaya menangkap ikan itu, Saraji berkata dia dan sembilan rakan pergi ke perairan terbabit untuk menangkap ikan seperti biasa pada Jumaat lalu. Beberapa jam selepas pukat dipasang, mereka cuba menarik pukat ke atas namun berdepan kesukaran kerana pukat terlalu berat.

"Kami cuma sedar ikan gergasi tersangkut pada pukat apabila disuluh," katanya.

Ikan itu dijual antara RM45 hingga RM50 sekilogram. - Siakapkeli.my







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 7 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 31 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia hantar 35 pegawai perubata' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Vietnam's Sang-sik to lead ASEAN-All Stars against' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 3 hrs 59 mins ago