Apa Yang Berlaku Pada Gaji Staf RHB Bank Bulan Ini Pasti Membuat Anda Jeles. Diulangi, Jeles
Kenapa? Ini kerana pihak RHB terbayar gaji staf-staf mereka 10x ganda dari gaji biasa pada pagi ini. Wow.
Ini bermakna mereka yang bergaji RM3,000 mendapat RM30,000 pada bulan ini.
Di media sosial, pengguna laman Twitter terutamanya pekerja RHB mula mengeluarkan tweet tentang perkara itu.
Selain itu, satu screenshot mesej whatsapp yang berkaitan dengan insiden itu turut dikongsi di laman Twitter.
Menurut screenshot itu, pekerja RHB diminta tidak menggunakan duit yang terlebih masuk ke akaun mereka sementara HR membuat pembetulan.
Tapi kalau dah terpakai nak buat macam mana kan? huhu - Siakapkeli.my