Translate

31 January 2021

Kenapa Ziela masih pilih suami orang? - Video


 


Kenapa Ziela masih pilih suami orang?

Berita Harian

Pilih lelaki memahami dan menghormati kenangan Ziela yang masih utuh bersama arwah suami

Source: Berita Harian YouTube

Loud Boom, Tremors In Sabah Not Caused By Petronas Operations

Loud boom, tremors in Sabah not caused by Petronas operations

BERNAMA
31/01/2021 

KOTA KINABALU, Jan 31 -- The loud boom and tremors felt in Sabah were not caused by any of Petroliam Nasional Berhad (Petronas) operations in the state.

Petronas in a statement tonight said all the national petroleum company personnel and assets in Sabah are safe while day-to-day operations are being carried out as usual in the normal course of business.

“In response to news reports today that the loud boom and tremors felt in Sabah could be linked to Petronas’ operations in Sabah, Petronas would like to confirm that the sound and tremors were not caused by any of its operations in Sabah.

“Petronas would like to reassure the public and its stakeholders that utmost priority is exercised across its operations at all times to ensure the safety of the people and the environment in accordance with the law and standards of a reasonable and prudent operator,” said the statement.

Deputy Inspector-General of Police Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani had, earlier today, denied carrying out any bomb detonation or disposal activities in the area and ask to check with Petronas if the explosion was caused by activities involving the petroleum industry.

A check by Bernama this evening at Sipitang and its nearby area including Petronas' Sabah Ammonia Urea (SAMUR) project site found there was no incident that could cause the explosion and tremors felt by the people there.

Beside Sipitang, the earth-shattering sound and tremors were also felt by residents in several places in the state, as well as in Labuan and neighbouring Brunei.

FOR MORE NEWS GO TO:
Tiada Sebarang Kegiatan Bom Diletupkan Di Sabah, Labuan - Acryl Sani
https://bestfbkl.blogspot.com/2021/01/tiada-sebarang-kegiatan-bom-diletupkan.html

Residents In Sipitang, Beaufort And Labuan Jolted By Earth-Shattering Sound
https://bestfbkl.blogspot.com/2021/01/residents-in-sipitang-beaufort-and.html

Program 5MY Tumpu Inisiatif Kebajikan Penduduk Wilayah Persekutuan - PM Muhyiddin

Program 5MY tumpu inisiatif kebajikan penduduk Wilayah Persekutuan - PM Muhyiddin

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Jan -- Isu kos sara hidup, kelangsungan hidup rakyat serta membasmi kemiskinan di Wilayah Persekutuan khususnya semasa COVID-19 menjadi tumpuan kerajaan melalui Program Kemiskinan Bandar (5MY), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata menerusi pelbagai pendekatan itu, Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan program MYJobs@Wilayah, MYGrocer@Wilayah, MYSchoolBus@Wilayah, MYMedic@Wilayah dan MYFood@Wilayah.

“Saya sedar akan realiti kesulitan yang berlaku dalam kalangan rakyat yang bertungkus-lumus membina semula dan meneruskan kehidupan. Kerajaan mengikuti dengan rapat keadaan yang berlaku bagi memastikan ikhtiar bantuan dapat disampaikan kepada golongan sasaran,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Wilayah Persekutuan 2021 yang disiarkan di stesen televisyen utama malam ini.

Perdana Menteri dalam perutusan itu turut melancarkan Program 5MY Wilayah Persekutuan secara maya.

Muhyiddin berkata kementerian itu juga bersikap proaktif dalam melengkapkan inisiatif kerajaan dengan melaksanakan program jaringan keselamatan sosial dan secara tidak langsung turut menyediakan inisiatif yang memanfaatkan rakyat khususnya di Wilayah Persekutuan.

“Saya dimaklumkan pada tahun 2020 sahaja, lebih 35,000 orang dan ketua isi rumah serta 331 perumahan kos rendah di Kuala Lumpur telah menerima bantuan langsung melalui Program 5MY. Hal ini konsisten dengan penegasan kepada rakan-rakan menteri Kabinet supaya segala inisiatif kebajikan rakyat mestilah dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Perdana Menteri berkata program MYJobs@Wilayah telah menyediakan sehingga 3,259 pekerjaan di ibu kota iaitu 28 peratus lebih tinggi daripada sasaran asal dan inisiatif pengambilan pekerjaan itu adalah meliputi pelbagai sektor dan industri.

Bagi inisiatif MYSchoolBus@Wilayah pula, katanya, ia telah memberi bantuan kepada seramai 9,704 murid di 67 kawasan perumahan awam kos rendah yang melibatkan 94 pengendali bas sekolah.

“MYMedic@Wilayah pula adalah perkhidmatan klinik bergerak yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan asas secara percuma kepada warga kota yang kurang berkemampuan di kawasan perumahan kos rendah di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata MYGrocer@Wilayah pula adalah inisiatif yang berkonsepkan pasar bergerak ke kawasan perumahan kos rendah melalui penjualan barang basah dan keperluan harian pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah daripada harga di pasar awam.

“Sehingga kini, trak MYGrocer telah bergerak ke 30 lokasi Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur. MYFood@Wilayah pula adalah konsep bantuan bakul makanan yang berisi keperluan harian kepada golongan miskin bandar dan kini telah memanfaatkan seramai 32,000 ketua isi rumah di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Muhyiddin menarik perhatian, bagi menambah inisiatif murni ini, Kementerian Wilayah Persekutuan akan melipatgandakan usaha meneliti semula sasaran penerima bantuan bagi mengelakkan individu yang layak tidak tercicir tanpa mengabaikan penerima dalam kalangan penghuni PPR dan Perumahan Awam.

Dalam perutusan itu juga, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa sebanyak 5,750 kampit beras akan disumbangkan secara percuma setiap minggu kepada penduduk daripada kumpulan keluarga B40 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, bermula hari ini.

Jelasnya, Program MYBerasWilayah itu digerakkan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, sempena bulan sambutan Hari Wilayah Persekutuan ini, pelbagai aktiviti menggunakan platform maya telah dirancang, antaranya, ‘River of Life Virtual Run’ sempena ‘KL Pagi Bebas Kenderaan’ sebagai usaha membina institusi masyarakat yang informatif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Muhyiddin berkata kerajaan juga akan meneruskan usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat dan menyediakan program perlindungan sosial yang komprehensif untuk memastikan golongan rentan dan berpendapatan rendah tidak tertinggal daripada arus pembangunan negara.

“Ini membuktikan melalui Belanjawan 2021 yang telah memberikan tumpuan khusus kepada inisiatif-insiatif membantu rakyat yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

“Kerajaan Perikatan Nasional akan terus komited untuk melaksanakan visi Malaysia sebagai negara yang mampan, adil, saksama dan inklusif, sekali gus meningkatkan kemakmuran negara serta memastikan raktyat bersatu padu,” katanya.

Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap tahun pada 1 Feb. Wilayah Persekutuan merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

115 Sukarelawan Sudah Disuntik Vaksin Bagi Kajian Klinikal Fasa Ketiga

115 sukarelawan sudah disuntik vaksin bagi kajian klinikal fasa ketiga

BERNAMA
31/01/2021 

MERSING, 31 Jan -- Seramai 115 sukarelawan telah menerima suntikan vaksin bagi kajian klinikal fasa ketiga COVID-19 melibatkan sembilan hospital di lima negeri setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata mereka merupakan kumpulan terawal daripada 3,000 sukarelawan yang merangkumi individu berusia 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat serta kriteria yang ditetapkan.

Katanya hospital yang dijadikan tapak kajian di bawah seliaan Institut Penyelidikan Klinikal itu ialah Hospital Ampang dan Hospital Sungai Buloh di Selangor, Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Sultan Abdul Halim di Kedah, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang, Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Hospital Taiping di Perak serta Hospital Umum Sarawak.

"Program baru saja bermula tiga hari lalu selepas perdana menteri mengumumkan tarikh (kajian) pada akhir bulan ini yang akan dilaksanakan selama 13 bulan.

"Seterusnya, ada pemantauan berterusan bagi melihat keberkesanan, keselamatan dan kualiti vaksin yang dibangunkan," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi seorang kanak-kanak penghidap ‘cystic hygroma’ di Kampung Semaloi, Endau di sini hari ini.

Dr Adham berkata sukarelawan selebihnya dijangka menerima suntikan secara berperingkat dalam tempoh empat minggu.

Kajian klinikal fasa ketiga itu adalah kerjasama di antara Malaysia dan China menerusi Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan China.

Enam Kategori Pelajar IPT Dibenar Ke Kampus 1 Mac Depan - KPT

6 Kategori Pelajar Dibenar Pulang Ke Kampus 1 Mac  

Enam kategori pelajar IPT dibenar ke kampus 1 Mac depan - KPT

BERNAMA
31/01/2021 

KUALA LUMPUR, 31 Jan -- Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan enam kategori pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkeperluan, untuk pulang ke kampus masing-masing mulai 1 Mac bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan, enam kategori itu merangkumi pelajar peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah, yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas.

Turut dibenarkan ke kampus ialah pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif untuk PdP dalam talian, pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom, pelajar orang kurang upaya (OKU) dan pelajar peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

“Pelajar asasi atau setara dan diploma yang sedia ada di kampus, boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.

“Pelajar bukan kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian,” menurut kenyataan kementerian itu, hari ini.

Pelaksanaan PdP secara hibrid di dalam kampus boleh dijalankan, dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar.

Sementara itu, pelajar berkeperluan dari Semenanjung yang pulang ke kampus di Sabah dan Sarawak, diwajibkan untuk menjalani ujian swab yang akan dibiayai Kementerian Kesihatan.

“Bagi pelajar yang tiba di Sarawak, mereka diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari, sebelum dibenarkan pulang ke kampus dengan kos makan dan kuarantin mulai 1 Mac, akan ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri Sarawak,” katanya.

Pelajar dari Sabah dan Sarawak pula akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing, bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang gejala COVID-19.


Pelajar disarankan untuk merujuk kepada SOP kerajaan negeri Sabah dan Sarawak yang sedang berkuat kuasa, manakala pihak IPT boleh merujuk kepada SOP sektor pengajian tinggi sedia ada yang telah diwartakan.

Maklumat lanjut mengenai urusan kemasukan ke IPT, boleh berhubung dengan Bilik Gerakan COVID-19 KPT (24 jam) di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628 atau melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing.

KKM Nafi Keluar Surat Kebenaran Pengedaran Vaksin

KKM nafi keluar surat kebenaran pengedaran vaksin

BERNAMA
31/01/2021 09:09 PM

KUALA LUMPUR, 31 Jan -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan surat kebenaran pengedaran vaksin seperti artikel bertajuk 'Mestron edar vaksin COVID-19 dari China' bertarikh 29 Jan lepas.

KKM turut menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan atau surat kebenaran kepada swasta atau pihak lain untuk membeli atau mengedar vaksin COVID-19 di Malaysia.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 6.30 petang ini.

KKM menjelaskan setakat ini, hanya kementerian itu yang diberi peruntukan kuasa untuk mengurus akses dan membeli vaksin COVID-19.

Katanya ia selaras dengan tugas KKM menguatkuasakan hal ehwal perubatan menerusi agensi kementerian tersebut iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Penyakit Tidak Berjangkit yang juga dikenali sebagai Bahagian Kawalan Penyakit (NCD).

FOR MORE NEWS GO TO:
Mestron Gets Clearance Letter From MOH Relating To COVID-19 Vaccine
https://bestfbkl.blogspot.com/2021/01/mestron-gets-clearance-letter-from-moh.html

COVID-19: Malaysia Records In Excess Of 5,000 Cases For Third Straight Day


COVID-19: Malaysia records in excess of 5,000 cases for third straight day

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Malaysia recorded 5,298 new COVID-19 positive cases as of 12 noon Sunday -- the third straight day of more than 5,000 cases.

The country recorded 5,278 and 5,275 cases on Saturday and Friday respectively.

The number of new cases today brings the cumulative number of positive new COVID-19 cases in the country to 214,959, with Selangor and Johor recording the highest number of cases by state, in excess of 1,000 cases.

Selangor recorded 2,460 new cases while Johor recorded 1,020 new cases.

The Ministry of Health Malaysia (MOH) through its Twitter account also informed that there were 14 new deaths recorded, bringing the cumulative number of deaths to 760.

The total number of recovery cases has climbed to 4,522, bringing the total number of cases recovered to 166,049.

The total number of active cases with COVID-19 infectivity was 48,150 cases, 313 of which are receiving treatment at the Intensive Care Unit (ICU) and 127 of whom requiring respiratory assistance.

Source: Astro Awani

LIVE - Perutusan PM Muhyiddin Yassin | Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan | 9 PM


 



COVID-19: Highest Number Of Recoveries With 4,522 Cases, 5,298 New Ones Recorded - Health DG



COVID-19: Highest number of recoveries with 4,522 cases, 5,298 new ones recorded - Health DG

BERNAMA
31/01/2021

KUALA LUMPUR, Jan 31 -- The daily number of COVID-19 cases in the country remained above 5,000 for the third straight day, albeit reducing slightly to 5,298, while 4,522 cases were reported to have recovered, the highest daily total so far.

The previous high was 4,427 recoveries on Jan 24.

Health director-general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said the new developments took the total number of cases recorded in the country so far to 214,959, with 166,049 fully recovered, and 48,150 cases still active.

"Of the number of new cases today, 5,295 are local transmissions while the other three are import cases involving two citizens and a foreigner.

"Selangor reported the highest number of new daily cases with 2,460, followed by Johor (1,020) and Kuala Lumpur (783)," he said in a statement today.

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham



Kenyataan Akhbar KPK 31 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

31 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,522 kes (166,049 kes kumulatif, 77.2%);
  • Kes baharu : 5,298 kes (214,959 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (2 warganegara, 1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 5,295 kes [3,406 warganegara (64.3%); 1,889 bukan warganegara (35.7%)];
  • Kes aktif : 48,150 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 313 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 127 kesdan
  • Kes kematian :14 kes (760 kes kumulatif , 0.35%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,460 kes (46.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,907 kes (77.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 1,020 kes (19.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 783 kes (14.8 peratus).

Sebanyak 94 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (38 kes), Kluster DTI Sepang 2 (18 kes), Kluster Tembok Renggam (16 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Tembok Mempaga (7 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (2 kes), dan Kluster Tembok Kemus (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 31 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 817 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 425 kluster (termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Tampoi, Kluster Paginatan, Kluster Pulau Berhala, Kluster Osmo Jaya, dan Kluster Kolam Air);
  • Jumlah kluster aktif : 392 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 83 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Vista (222 kes), Tapak Bina Jalan Chulan (151 kes), dan Kluster Jalan Kewajipan (125 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh (7) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster kumpulan berisiko tinggi, dan satu (1) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Rami TigaJohorTempat Kerja
2Jalan MegaJohorTempat Kerja
3Sri PlentongJohorTempat Kerja
4Jalan KewajipanSelangorTempat Kerja
5Persiaran SabakSelangorTempat Kerja
6Tapak Bina Raja ChulanWP Kuala LumpurTempat Kerja
7Jalan Masjid TanahMelakaTempat Kerja
8Jalan IthninJohorKumpulan Berisiko Tinggi
9Bercham RayaPerakKumpulan Berisiko Tinggi
10Jalan TronohPerakKomuniti

KES-KES LEWAT DILAPORKAN KE CPRC KEBANGSAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Jumlah kes baharu pada hari ini adalah sebanyak 5,298 kes, yang merupakan kes harian ketiga tertinggi yang pernah dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM. Selama tiga (3) berturut-turut, negara kita telah digemparkan dengan kes harian baharu melebihi lima ribu sehari. KKM ingin mengesahkan bahawa, situasi ini disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke CPRC Kebangsaan KKM termasuk kes-kes yang dikesan positif pada tahun 2020.

Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa buah negeri. Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan  seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif.

Terdapat juga kelewatan pelaporan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) oleh fasiliti swasta berdaftar misalnya klinik-klinik dan hospital-hospital swasta. Terima kasih kepada fasiliti swasta yang telah melaporkan kes segera menggunakan SIMKA, dan juga pengguna MySejahtera yang membuat laporan kendiri bagi memaklumkan status keputusan ujian COVID-19 mereka.

KKM akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan agar isu isu kelewatan pelaporan kes-kes positif ini dapat ditangani dengan segera bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 31 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,460 (1)67,934
SABAH29848,868
WP KUALA LUMPUR783 (1)25,601
JOHOR1,020 (1)21,558
NEGERI SEMBILAN4211,650
PULAU PINANG697,848
PERAK636,107
KEDAH535,786
SARAWAK1354,450
MELAKA1533,575
KELANTAN  303,251
PAHANG742,984
WP LABUAN242,147
TERENGGANU832,142
WP PUTRAJAYA6882
PERLIS5176
JUMLAH KESELURUHAN5,298 (3)214,959

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 5,298 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 31 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 2,460 kes 
    • 421 kes daripada kluster-kluster, termasuk 159 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kewajipan dan Kluster Persiaran Sabak;
    • 1,486 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 552 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 1,020 kes  
    • 482 kes daripada kluster-kluster, termasuk 156 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ithnin, Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Jalan Mega, dan Kluster Sri Plentong;
    • 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 362 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 783 kes  
    • 405 kes daripada kluster-kluster, termasuk 151 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Chulan;
    • 159 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 218 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 298 kes 
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 225 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 62 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 153 kes
    • 126 kes daripada kluster-kluster, termasuk 68 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Masjid Tanah;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 135 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 83 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 74 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 69 kes 
    • 22 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 63 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tronoh dan Kluster Bercham Raya;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 53 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 42 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 30 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 24 kes
    • 14 kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 14 kes kematian pada 31 Januari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
747126609SelangorPerempuan (WN)64Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
748152490SelangorLelaki (WN)65Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
749178200WP Kuala LumpurLelaki (WN)74Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
750183918SelangorLelaki (WN)83Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan kanser usus
751187865SelangorPerempuan (WN)40Hospital SelayangMeningioma dan epilepsy
752188119SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
753191248SelangorLelaki (WN)87Hospital Sungai BulohDementia
754205049SelangorPerempuan (WN)58Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah PantaiPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan Rheumatoid Arthritis
755205311  SelangorLelaki (WN)74Hospital Kuala LumpurPenyakit jantung
756205474SelangorLelaki (WN)36Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis
757207209SelangorPerempuan (WN)76Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
758207211SelangorLelaki (WN)58Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung
759207212SelangorPerempuan (WN)41Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit buah pinggang kronik
760209380SarawakLelaki (WN)73Jenazah dibawa ke Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN KEWAJIPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Kewajipan, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 500 individu telah disaring, di mana 125 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN SABAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Persiaran Sabak Bernam, Shah Alam. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ITHNIN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-202930) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Ithnin, Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 294 individu telah disaring, di mana 67 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RAMI TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Rami, Jorak Industrial Estate, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MEGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SRI PLENTONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Sri Plentong, Masai, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHULAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Raja Chulan, Lembah Pantai. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 562 individu telah disaring, di mana 151 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MASJID TANAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 1,023 individu telah disaring, di mana 69 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TRONOH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-189861) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tronoh, Bota, Perak Tengah. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BERCHAM RAYA

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179532) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Bercham Raya, Ipoh, Kinta. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

 

Video Viral - Avanza terbabas dan rempuh penghantar makanan


Rakaman dashcam sebuah kenderaaan jenis Avanza terbabas dan rempuh penghantar makanan sebelum berpusing beberapa kali.

Kejadian dipercayai berlaku dekat Bukit Jalil, KL pagi ini.

Penunggang dan pemandu MPV cedera.


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED