Translate

28 January 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 28 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT 

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

28 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh :3,281 kes (154,299 kes kumulatif, 77.8%);

• Kes baharu : 4,094 kes (198,208 kes kumulatif);

• Kes import : 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara)

• Kes tempatan : 4,086 kes [3,328 warganegara (81.4%); 758 bukan warganegara (18.6%)];

• Kes aktif : 43,192 kes;

• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 303 kes;

• Kes memerlukan bantuan pernafasan :118 kes; dan

• Kes kematian :10 kes (717 kes kumulatif , 0.36%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,577 kes (38.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,262 kes (80.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 717 kes (17.5 peratus), dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 678 kes (16.6 peratus).

Sebanyak 27 kes (0.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (11 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (5 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes),Kluster DTI Sepang 2 (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini dilaporkan masing-masing tiga (3) kes di Selangor dan Sabah, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu (1) kes di Kedah dan Sarawak. Sebanyak sembilan (9) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER 

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 28 Januari 2021;

• Jumlah kluster : 779 kluster;

• Jumlah kluster baharu : 9 kluster;

• Jumlah kluster yang telah tamat : 407 kluster (termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Putra 15, Kluster Batu Besar, dan Kluster Kupi-Kupi);

• Jumlah kluster aktif : 372 kluster;

• Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 89 kluster; dan

• Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Hentian iaitu sebanyak 88 kes, Kluster Pasai sebanyak 73 kes, dan masing masing 45 kes bagi  Kluster Jalan Faizal dan Kluster Jalan Playar.

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lima (5) kluster berkaitan tempat kerja, tiga (3) kluster komuniti, dan satu (1) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan FaizalJohorTempat Kerja
2Jalan SatriaJohorTempat Kerja
3Jalan Dewani SatuJohorTempat Kerja
4Industri Peramu JayaPahangTempat Kerja
5Taman Mahkota ImpianWP LabuanTempat Kerja
6Jalan PakatSelangorKomuniti
7Indah RiangSarawakKomuniti
8Kampung KemansurPahangKomuniti
9Jalan KejoraMelakaKumpulan BerisikoTinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; 

• Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

• Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Weardan Warn

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Di kesempatan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Thaipusam bagi semua penganut agama Hindu. Adalah diingatkan, dalam kemeriahan menyambut perayaan ini, Prosedur Amalan Standard (SOP) jangan dilupakan. 

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,577 (3)59,063
SABAH28248,019
WP KUALA LUMPUR678 (4)23,651
JOHOR 71719,062
NEGERI SEMBILAN4811,381
PULAU PINANG 997,579
PERAK945,859
KEDAH925,509
SARAWAK 171 (1)3,945
MELAKA733,306
KELANTAN   373,100
PAHANG 722,792
WP LABUAN 552,089
TERENGGANU801,837
WP PUTRAJAYA10848
PERLIS9168
JUMLAH KESELURUHAN4,094 (8)198,208

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED