Translate

29 January 2021

5,725 Kes Baharu, Jumlah Kes Di Malaysia Lepasi Angka 200,000


COVID-19: 5,725 kes baharu, jumlah kes di Malaysia lepasi angka 200,000

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,725 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan ia jumlah kes baharu tertinggi pernah dicatatkan di negara ini setakat ini.

Dengan jumlah itu juga menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu COVID-19 melepasi angka 200,000 dengan 203,933 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 45,478.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor HIsham Abdullah memaklumkan perincian terkini COVID-19 menerusi akaun Twitternya pada Jumaat.

Daripada 5,725 kes baharu itu, 5,268 kes merupakan kes tempatan manakala kes import adalah tujuh kes melibatkan lima warganegara dan dua bukan warganegara.

Beliiau juga memaklumkan, jumlah kes sembuh pula ialah sebanyak 3,423 kes dengan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 157,722 kes atau 77.34 peratus.

Sebanyak 16 kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adaah sebanyak 733 kes atau 0.36 peratus.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED