Translate

30 January 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 30 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

30 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 30 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh :3,805 kes (161,527 kes kumulatif, 77.0%);
  • Kes baharu : 5,728 kes (209,661 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (2 warganegara, 3 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 5,723 kes [3,780 warganegara (66.0%); 1,943 bukan warganegara (34.0%)];
  • Kes aktif : 47,388 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 319 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 120 kesdan
  • Kes kematian :13 kes (746 kes kumulatif , 0.36%)

Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 3,285 kes (57.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 2,467 kes (75.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 792 kes (13.8 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 480 kes (8.4 peratus).

Sebanyak 132 kes (2.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (103 kes), Kluster Tembok Choh (6 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Tembok Renggam (5 kes), Kluster Matambai (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (3 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (3 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perak serta masing-masing satu (1) kes di Johor, Sarawak, dan Melaka. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 30 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 807 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 420 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Tujuh, Kluster D’Bajaru, Kluster Tapak Bina Jalan Broga, dan Kluster Mador;
  • Jumlah kluster aktif : 387 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 97 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (567 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (103 kes), dan Kluster Pasai (96 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan tiga (3) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan SuasaJohorTempat Kerja
2Jalan RiangJohorTempat Kerja
3Jalan LombongJohorTempat Kerja
4Bintang UtamaJohorTempat Kerja
5Bayu TampoiJohorTempat Kerja
6Bukit Batu GrisekJohorTempat Kerja
7Jalan TrompetSelangorTempat Kerja
8Kampung HalaSelangorTempat Kerja
9Lingkaran MaluriWP Kuala LumpurTempat Kerja
10Desa TunWP Kuala LumpurTempat Kerja
11Tanah PutihPahangTempat Kerja
12Jalan KetengahPahangTempat Kerja
13Jalan LabukSabahTempat Kerja
14LasahPerakKomuniti
15TersatTerengganuKomuniti
16Taman AmalinaPahangKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Januari 2021 @ 7.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR3,285 (2)65,474
SABAH26348,570
WP KUALA LUMPUR48024,818
JOHOR79220,538
NEGERI SEMBILAN15811,608
PULAU PINANG1017,779
PERAK1126,044
KEDAH995,733
SARAWAK1914,315
MELAKA423,422
KELANTAN  283,221
PAHANG512,910
WP LABUAN29 (3)2,123
TERENGGANU852,059
WP PUTRAJAYA12876
PERLIS0171
JUMLAH KESELURUHAN5,728 (5)209,661

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 5,728 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 3,285 kes 
    • 967 kes daripada kluster-kluster, termasuk 91 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Trompet dan Kluster Kampung Hala;
    • 1,500 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 816 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 792 kes  
    • 337 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Suasa, Kluster Jalan Riang, Kluster Jalan Lombong, Kluster Bintang Utama,  Kluster Bukit Batu Grisek, dan Kluster Bayu Tampoi;
    • 256 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 199 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 480 kes  
    • 76 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lingkaran Maluri dan Kluster Desa Tun;
    • 180 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 224 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 263 kes 
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Labuk;
    • 180 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 67 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 191 kes
    • 106 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 158 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 103 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 112 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lasah;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 101 kes 
    • 15 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 99 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 85 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tersat;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 51 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tanah Putih, Kluster Jalan Ketengah, dan Kluster Taman Amalina;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 42 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 29 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 28 kes
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 12 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 13 kes kematian pada 30 Januari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantinaUmur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
734121104SabahPerempuan (WN)63Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit ulser peptik
735135654PerakPerempuan (WN)73Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohDislipidemia dan polycythaemia 
736140408JohorPerempuan (WN)60Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
737180818SelangorLelaki (WN)62Jenazah  dibawa ke Hospital Tanjung Karang, Kuala Selangor  Penyakit kencing manis dan darah tinggi  
738199155SelangorLelaki (WN)78Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan Benign Prostatic Hyperplasia
739201328SelangorPerempuan (WN)62Hospital Sungai Buloh  Kanser payu dara
740201333SelangorLelaki (WN)53Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi  
741203226PerakLelaki (WN)71Hospital Seri ManjungPenyakit Parkinson dan aortic aneurysm
742203396SarawakPerempuan (WN)41Hospital KapitPenyakit  darah tinggi, obesiti, dan asma
743203608MelakaPerempuan (WN)64Hospital MelakaPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
744203775WP LabuanLelaki (WN)45 Hospital LabuanPenyakit kencing manis, dislipidemia, dan anemia
745203776WP LabuanPerempuan (WN)43Hospital LabuanPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan obesiti
746195963SabahPerempuan (BWN)75Jenazah  dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN TROMPET

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang terletak di Jalan Trompet, Taman Alam Indah, Shah Alam. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana 74 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG HALA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sabak Bernam di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-200416) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 26 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti institusi awam bagi kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Hala Cara Baru, Sungai Besar, Sabak Bernam. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SUASA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Suasa, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 214 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RIANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Riang, Taman Perindustrian Gembira, Johor Bahru. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BINTANG UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-174631) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 28 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Lapangan Terbang, Taman Bintang Utama, Senai. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 141 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN LOMBONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171299) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 10 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kawasan Perindustrian Kota Tinggi, Batu 2, Jalan Lombong, Kota Tinggi. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 63 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT BATU GRISEK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tangkak di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Grisek. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BAYU TAMPOI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106443) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 13 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Bayu, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LINGKARAN MALURI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang terletak di Lingkaran SV, Maluri, Cheras. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DESA TUN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Desa Tun Razak, Cheras. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 211 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN LABUK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan kemasukan ke asrama sebuah sekolah yang terletak di Kilometer 18, Jalan Labuk, Sandakan. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 176 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LASAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-175193) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis perkahwinan yang dihadiri oleh kes-kes dalam kluster ini iaitu di Felda Lasah, Sungai Siput, Kuala Kangsar. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 71 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TERSAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Marang di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini iaitu (kes ke-165341)  dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Januari 2021 hasil saringan saringan individu yang merentas negeri dari Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Melati, Felda Tersat, Hulu Terengganu. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 391 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TANAH PUTIH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-180265) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang terletak di Jalan Tanah Putih, Kuantan. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 221 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KETENGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan, Temerloh, Jerantut dan Maran di Pahang; daerah Seremban di Negeri Sembilan serta daerah Tanah Merah di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154229) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan ke atas kontak rapat seterusnya mendapati seramai 13 lagi individu dikesan positif COVID-19. Sehingga 30 Januari 2021, 1kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN AMALINA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Raub di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-186735) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Taman Amalina, Jalan Lipis, Raub. Sehingga 30 Januari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED