Translate

29 January 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 29 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

29 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh :3,423 kes (157,722 kes kumulatif, 77.3%);
  • Kes baharu : 5,725 kes (203,933 kes kumulatif);
  • Kes import : 7 kes (5 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 5,718 kes;
  • Kes aktif : 45,478 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 301 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 115 kesdan
  • Kes kematian :16 kes (733 kes kumulatif , 0.36%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 3,126 kes (54.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 2,559 kes (81.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 687 kes (12.0 peratus), dan Johor sebanyak 684 kes (11.9 peratus).

Sebanyak 419 kes (7.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (224 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (116 kes), Kluster Tembok Renggam (45 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (16 kes), Kluster Tembok Mempaga (11 kes), Kluster Tembok Taiping (5 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan (9) kes di Selangor, dua (2) kes di Sabah, dan masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka, Kelantan, dan Perak. Kesemua kes kematian tersebut melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 29 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 791 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 416 kluster (termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Alor, Kluster Nahaba, Kluster Integra Ikon, Kluster Bukit Naga, Kluster Tapak Bina Metropolis, Kluster Tapak Bina Jalan Gadang, Kluster Tapak Bina Kasih, Kluster Tapak Bina Sinar View, dan Kluster Tapak Bina Residen);
  • Jumlah kluster aktif : 375 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 89 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (385 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (224 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (116 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja dan dua (2) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Persiaran SubangSelangorTempat Kerja
2Industri IndahSelangorTempat Kerja
3Tapak Bina Jalan KlangWP Kuala LumpurTempat Kerja
4Tapak Bina Jalan VistaWP Kuala LumpurTempat Kerja
5Jalan Kota BurokJohorTempat Kerja
6Jalan By PassJohorTempat Kerja
7Jalan Bistari DuaJohorTempat Kerja
8Jalan EmpayarJohorTempat Kerja
9Jalan Rusa ScientexJohorTempat Kerja
10Jalan SepanggarSabahTempat Kerja
11TinanomSabahKomuniti
12TabongSarawakKomuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR3,12662,189
SABAH28848,307
WP KUALA LUMPUR687 (6)24,338
JOHOR68419,746
NEGERI SEMBILAN6911,450
PULAU PINANG997,678
PERAK735,932
KEDAH1255,634
SARAWAK1794,124
MELAKA743,380
KELANTAN  933,193
PAHANG672,859
WP LABUAN52,094
TERENGGANU137 (1)1,974
WP PUTRAJAYA16864
PERLIS3171
JUMLAH KESELURUHAN5,725 (7)203,933

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 5,725 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 3,126 kes 
    • 932 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Subang dan Kluster Industri Indah;
    • 1,627 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 567 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 687 kes  
    • 217 kes daripada kluster-kluster, termasuk 81 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Klang dan Kluster Tapak Bina Jalan Vista;
    • 193 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 271 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 684 kes  
    • 284 kes daripada kluster-kluster, termasuk 84 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kota Burok, Kluster Jalan By Pass, Kluster Jalan Bistari Dua, Kluster Jalan Empayar, dan Kluster Jalan Rusa Scientex;
    • 266 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 134 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 288 kes 
    • 48 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tinanom dan Kluster Jalan Sepanggar;
    • 167 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 179 kes
    • 108 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tabong;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 137 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 71 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 125 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 85 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 99 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada daripada kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 48 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 93 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 74 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 73 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 69 kes
    • 19 kes daripada kluster sedia ada;
    • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang67 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 16 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 16 kes kematian pada 29 Januari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantinaUmur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
718126603SelangorLelaki (WN)70Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit kencing manis, strok, dan buah pinggang kronik
719134740WP Kuala LumpurPerempuan (WN)67Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan penyakit hati kronik
720142712SabahLelaki (WN)64Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis
721147465SarawakLelaki (WN)40Hospital SibuPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
722151557SelangorLelaki (WN)93Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan paru-paru obstruktif kronik (COAD)
723152497SelangorLelaki (WN)55Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
724159615SelangorLelaki (WN)59Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
725159620SelangorPerempuan (WN)36Hospital SerdangObesiti
726180055MelakaLelaki (WN)37Hospital MelakaPenyakit kencing manis
727181401SelangorPerempuan (WN)74Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
728184811SelangorLelaki (WN)64Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
729186696KelantanPerempuan (WN)63Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
730187812SelangorPerempuan (WN)56Hospital SelayangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
731195379SelangorPerempuan (WN)75Hospital Shah AlamPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
732195962SabahLelaki (WN)58Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi
733197531PerakLelaki (WN)82Jenazah dibawa ke Hospital Seri ManjungPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan bronchiectasis

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER PERSIARAN SUBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Persiaran Teknologi Subang, Batu Tiga, Shah Alam. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 509 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI INDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Taman Perindustrian Meru Indah, Kapar. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN KLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Klang Lama. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 370 individu telah disaring, di mana 50 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN VISTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Bukit Vista Komanwel, Taman Sukan Extreme, Cheras. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KOTA BUROK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179041) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja kilang  di Jalan Kota Burok, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BY PASS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Segamat di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah institut latihan awam yang terletak di Jalan By Pass, Segamat. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 103 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BISTARI DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Bistari 2, Taman Industri Jaya, Skudai, Johor Bahru. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN EMPAYAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Empayar 2, Taman Perindustrian Empayar, Nusajaya. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RUSA SCIENTEX

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Jalan Rusa, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor Bahru. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TINANOM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Ranau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-163441) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Tinanom, Ranau. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 46 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SEPANGGAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-191351) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Sepanggar. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TABONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193843) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tabong, Kampung Apar Singai, Bau. Sehingga 29 Januari 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED