Translate

31 January 2021

Pusat Kareoke Ingkar PKP - Video

                       



Pusat Kareoke Ingkar PKP

MKL Crimedesk 

Sebuah pusat karaoke sangap buka perniagaan hingga tak kisah arahan Perintah Kawalan Pergerakan. 

Sampai sanggup upah pengawal keselamatan jadi 'jaga air'. 

Malam tadi, Lebih 30 individu yang ligat berhibur di sebuah pusat karaoke dekat Persiaran Mahogani Petaling Jaya dikejutkan dengan kehadiran polis.

Premis terbabit didapati  turut menggajikan wanita warga asing sebagai pelaris. 

Operasi bermula jam 11 malam itu digerakkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Petaling Jaya DSP Syed Mohd Azam Syed Ibrahim. 

7 GRO warga Vietnam dan 23 pelanggan ditangkap. 

Sebelum serbuan dilakukan, polis terpaksa menahan 2 lelaki yang menjadi pengawal keselamatan di pusat komersial berkenaan.

Mereka dipercayai diupah penjaga premis karaoke berkeaan untuk memantau pergerakan polis. 

Polis turut memberkas 6 pekerja termasuk 3 lelaki warga Myanmar. 

Kesemua tahan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk ujian saringan air kencing.

Tindakan mengenakan  kompaun di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020. 

Selain Seksyen 39b Peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen.

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED