Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kehilangan orang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diterima oleh sesiapa, namun siapa kita untuk melawan aturan takdir.
Rasa perit itu lebih dahsyat apabila tidak dapat berada di sisi orang tersayang sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Seorang pemilik akaun Twitter @janatunmaqwa berkongsi memori terakhir bersama ayahnya yang juga salah seorang daripada ratusan mangsa COVID-19 di negara ini.
"22.01.21. Friday. Hospital Sungai Buloh. Wad 4A. Moment yang tak akan lupa sampai bila-bila.
"Lepas Maghrib tengah baring-baring, dapat mesej dalam group. Semua tak percaya. 10 hari lepas birthday ayah ke-60.
"Dr call mak. Cakap waktu dia datang katil ayah, ayah dah tak ada. Ayah pergi senyap-senyap tak susahkan orang. Allahu," tulisnya di akaun Twitter, Selasa.
Kata @janatunmaqwa, pada 9 Januari lalu, dia tidak menyangka tarikh itu adalah kali terakhir bertemu dengan ayahnya, Allahyarham Jemali Marsidi yang secara sukarela ingin ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan.
Ujarnya, Allahyarham mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung serta kencing manis yang menyebabkannya sukar bernafas serta perlu bergantung dengan alat bantuan pernafasan.
Walaupun sedih dengan pemergian itu namun pengasas Takoyaki Desa Putra itu turut memanjatkan kesyukuran kerana berpeluang melihat jenazah Allahyarham diuruskan di hospital menerusi rakaman video selain berkesempatan memberi penghormatan terakhir di tanah perkuburan sekalipun dari jauh.
Dalam perkongsian yang sama, @janatunmaqwa memberitahu, hampir kesemua ahli keluarganya menjalani kuarantin sementara adiknya kini berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Sehubungan itu, katanya, majlis tahlil telah diadakan dalam talian manakala solat jenazah ghaib untuk Allahyarham ayahnya dilakukan oleh pesakit-pesakit COVID-19 di PKRC itu.
Perkongsian @janatunmaqwa itu mendapat perhatian ribuan warga maya yang turut bersimpati dan berkongsi situasi yang sama.
Source: Astro AwaniFOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perginya-seorang-ayah-angkara-covid19-280201
090121
— Si Merah :3 (@janatunmaqwa) January 26, 2021
Never did i know tarikh ni last aku jumpa ayah. Aku hantar ayah ke hosp putrajaya. Sbb almost semua antra kami positif. Kalini ayah yg willing nk p tanpa paksaan. Maybe dia risau dia jangkit org lain. Ayah masih ok . Cuma susah nafas sikit. pic.twitter.com/AKnbQN9o0K
1-2 hari sebelum ayah pergi ayah minta roti kukus. Dapat. Nak nan cheese. Aku orderkan naan cheese . Tp esoknya ayah bgtau dia xdpt pon. Rupanya foodpanda cancelkan order tu tanpa notify. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ kesian ayah. Jahatnya foodpanda😠pic.twitter.com/pLxjRm54RT
— Si Merah :3 (@janatunmaqwa) January 26, 2021
Kami sgtlah beruntung. Kebetulan. Pengurus jenazah ayah adalah ayah kawan abg aril. Wakil (abgaril n aboy) kami dapat masuk tgok melalui cermin, tgok muka ayah n tgok macamana urusan jenazah ayah. And kami dirumah boleh tgok melalui video call n rakaman video
— Si Merah :3 (@janatunmaqwa) January 26, 2021
Cause of Death: covid 19ðŸ˜
— Si Merah :3 (@janatunmaqwa) January 27, 2021
Sesungguhnya setiap yg hidup pasti akan merasai mati.
Allahuakbar
Al fatihah pic.twitter.com/Gx3jLLKtTc
Malam tu tahlil utk arwah ayah. Kami tau ahli keluarga lain nk bg penghormatan terakhir buat ayah tp xboleh nk dtg rumah sbb kami semua baru abis kuarantin. So ramai sgt tahlil online zoom mlm tu. Adik kami di maeps buat solat hajat ghaib utk ayah. Ramai jugak join. Rezeki ayah. pic.twitter.com/6HoIx3eLk8
— Si Merah :3 (@janatunmaqwa) January 26, 2021
Kami boleh tgok muka ayah kali terakhir. Subhanallah. Tersenyum ayah. Tidur dia waktu hidup pon x setenang tu sbb sakit je. Tenang sgt muka ayah macam tersenyum. Macam tidur yg sgt tenang. Allah dah tarik semua sakit ayah. Allahuakbar. pic.twitter.com/b24TJF9zQg
— Si Merah :3 (@janatunmaqwa) January 26, 2021
Kami x bgtau pon exact waktu ayah kebumi. Tapi time kat kubur ramai sgt dtg. Tp semua tgok dr luar pagar. Penghormatan terakhir buat ayah. Abg aril n aboy dpt uruskan ayah dekat kubur. Pkd bg ppe suruh pakai. pic.twitter.com/XBWCZpNAtg
— Si Merah :3 (@janatunmaqwa) January 26, 2021