Translate

30 January 2021

Seramai 426 Individu Ditahan Ingkar SOP, Ini Tumpuan Kenyataan Ismail Sabri

Seramai 426 individu ditahan ingkar SOP, ini tumpuan kenyataan Ismail Sabri

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Seramai 8,601 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam, dengan 133 disahkan positif.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, sejak 1 Disember 2020, lebih 200,000 pekerja asing sudah disaring.

Berikut lima tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, hari ini:
1. Secara kumulatif, seramai 251,101 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 10,500 majikan.

2. Daripada jumlah ini seramai 4,735 orang telah disahkan positif COVID19 manakala 246,366 lagi adalah negatif.

3. Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan seramai 426 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

3. Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (93), tidak memakai pelitup muka (88), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (81), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (40), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (24), makan dan minum di premis tanpa kebenaran (20), mengadakan majlis tanpa kebenaran (6) dan lain-lain (74).

4. Op Benteng yang dijalankan telah berjaya menahan 23 orang pendatang tanpa izin (PATI) serta merampas lima buah kenderaan darat dan dua buah bot.

5. Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 164 bot dan kapal di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED