Translate

31 January 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham



Kenyataan Akhbar KPK 31 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

31 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,522 kes (166,049 kes kumulatif, 77.2%);
  • Kes baharu : 5,298 kes (214,959 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (2 warganegara, 1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 5,295 kes [3,406 warganegara (64.3%); 1,889 bukan warganegara (35.7%)];
  • Kes aktif : 48,150 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 313 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 127 kesdan
  • Kes kematian :14 kes (760 kes kumulatif , 0.35%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,460 kes (46.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,907 kes (77.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 1,020 kes (19.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 783 kes (14.8 peratus).

Sebanyak 94 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (38 kes), Kluster DTI Sepang 2 (18 kes), Kluster Tembok Renggam (16 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Tembok Mempaga (7 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (2 kes), dan Kluster Tembok Kemus (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 31 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 817 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 425 kluster (termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Tampoi, Kluster Paginatan, Kluster Pulau Berhala, Kluster Osmo Jaya, dan Kluster Kolam Air);
  • Jumlah kluster aktif : 392 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 83 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Vista (222 kes), Tapak Bina Jalan Chulan (151 kes), dan Kluster Jalan Kewajipan (125 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh (7) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster kumpulan berisiko tinggi, dan satu (1) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Rami TigaJohorTempat Kerja
2Jalan MegaJohorTempat Kerja
3Sri PlentongJohorTempat Kerja
4Jalan KewajipanSelangorTempat Kerja
5Persiaran SabakSelangorTempat Kerja
6Tapak Bina Raja ChulanWP Kuala LumpurTempat Kerja
7Jalan Masjid TanahMelakaTempat Kerja
8Jalan IthninJohorKumpulan Berisiko Tinggi
9Bercham RayaPerakKumpulan Berisiko Tinggi
10Jalan TronohPerakKomuniti

KES-KES LEWAT DILAPORKAN KE CPRC KEBANGSAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Jumlah kes baharu pada hari ini adalah sebanyak 5,298 kes, yang merupakan kes harian ketiga tertinggi yang pernah dilaporkan oleh CPRC Kebangsaan KKM. Selama tiga (3) berturut-turut, negara kita telah digemparkan dengan kes harian baharu melebihi lima ribu sehari. KKM ingin mengesahkan bahawa, situasi ini disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke CPRC Kebangsaan KKM termasuk kes-kes yang dikesan positif pada tahun 2020.

Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa buah negeri. Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan  seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif.

Terdapat juga kelewatan pelaporan menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) oleh fasiliti swasta berdaftar misalnya klinik-klinik dan hospital-hospital swasta. Terima kasih kepada fasiliti swasta yang telah melaporkan kes segera menggunakan SIMKA, dan juga pengguna MySejahtera yang membuat laporan kendiri bagi memaklumkan status keputusan ujian COVID-19 mereka.

KKM akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan agar isu isu kelewatan pelaporan kes-kes positif ini dapat ditangani dengan segera bagi membendung penularan COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 31 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,460 (1)67,934
SABAH29848,868
WP KUALA LUMPUR783 (1)25,601
JOHOR1,020 (1)21,558
NEGERI SEMBILAN4211,650
PULAU PINANG697,848
PERAK636,107
KEDAH535,786
SARAWAK1354,450
MELAKA1533,575
KELANTAN  303,251
PAHANG742,984
WP LABUAN242,147
TERENGGANU832,142
WP PUTRAJAYA6882
PERLIS5176
JUMLAH KESELURUHAN5,298 (3)214,959

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 5,298 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 31 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 2,460 kes 
    • 421 kes daripada kluster-kluster, termasuk 159 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kewajipan dan Kluster Persiaran Sabak;
    • 1,486 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 552 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 1,020 kes  
    • 482 kes daripada kluster-kluster, termasuk 156 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ithnin, Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Jalan Mega, dan Kluster Sri Plentong;
    • 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 362 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 783 kes  
    • 405 kes daripada kluster-kluster, termasuk 151 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Chulan;
    • 159 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 218 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 298 kes 
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 225 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 62 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 153 kes
    • 126 kes daripada kluster-kluster, termasuk 68 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Masjid Tanah;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 135 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 83 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 74 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 69 kes 
    • 22 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 63 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tronoh dan Kluster Bercham Raya;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 53 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 42 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 30 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 24 kes
    • 14 kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 14 kes kematian pada 31 Januari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
747126609SelangorPerempuan (WN)64Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
748152490SelangorLelaki (WN)65Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
749178200WP Kuala LumpurLelaki (WN)74Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
750183918SelangorLelaki (WN)83Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan kanser usus
751187865SelangorPerempuan (WN)40Hospital SelayangMeningioma dan epilepsy
752188119SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
753191248SelangorLelaki (WN)87Hospital Sungai BulohDementia
754205049SelangorPerempuan (WN)58Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lembah PantaiPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan Rheumatoid Arthritis
755205311  SelangorLelaki (WN)74Hospital Kuala LumpurPenyakit jantung
756205474SelangorLelaki (WN)36Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis
757207209SelangorPerempuan (WN)76Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
758207211SelangorLelaki (WN)58Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung
759207212SelangorPerempuan (WN)41Jenazah dibawa ke Hospital SerdangPenyakit buah pinggang kronik
760209380SarawakLelaki (WN)73Jenazah dibawa ke Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN KEWAJIPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Kewajipan, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 500 individu telah disaring, di mana 125 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN SABAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Persiaran Sabak Bernam, Shah Alam. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ITHNIN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-202930) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Ithnin, Kampung Ungku Mohsin, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 294 individu telah disaring, di mana 67 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RAMI TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Rami, Jorak Industrial Estate, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 47 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MEGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 49 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SRI PLENTONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Sri Plentong, Masai, Johor Bahru. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN CHULAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Raja Chulan, Lembah Pantai. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 562 individu telah disaring, di mana 151 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MASJID TANAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 1,023 individu telah disaring, di mana 69 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TRONOH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-189861) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Tronoh, Bota, Perak Tengah. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BERCHAM RAYA

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-179532) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Bercham Raya, Ipoh, Kinta. Sehingga 31 Januari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED