Translate

30 January 2021

Imigresen Tahan Empat Warga Pakistan Di Tampin

Imigresen tahan empat warga Pakistan di Tampin

BERNAMA
30/01/2021 

SEREMBAN, 30 Jan -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan menahan empat warga Pakistan dalam operasi ke atas lima premis perniagaan di Pekan Gemencheh, Tampin, semalam.

Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang berkata mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita serta dua kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 1 hingga 27 tahun.

Katanya, mereka didapati melakukan kesalahan imigresen mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155) kerana tidak memilki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal lebih masa.

“Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Kesihatan Daerah Tampin untuk saringan COVID-19 dan keputusan adalah negatif. Mereka kemudian dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng, Seremban untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tan berkata selain itu, seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang merupakan pengurus dan penyelia sebuah daripada premis berkenaan telah diberikan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Operasi di lima premis menjual perabot dan pakaian yang bermula 9.15 pagi dan berakhir 1 petang semalam membabitkan seramai 21 anggota.

Dalam pada itu, Tan meminta orang ramai agar terus memainkan peranan menyalurkan maklumat tentang pendatang asing supaya tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED