Translate

29 January 2021

Guna Aplikasi Untuk Kegiatan Pelacuran Hotel - Video


 


Guna Aplikasi Untuk Kegiatan Pelacuran Hotel

MKL Crimedesk

Satu sindiket pelacuran yang memasarkan servisnya melalui aplikasi We Chat dan Mi Chat tumpas selepas polis berjaya memberkas 2 bapa ayam serta 8 wanita warga asing yang dijadikan pelacur. Kesemua individu berkenaan ditangkap dalam OPS Noda yang dilakukan bahagian siasatan jenayah IPD Serdang di sebuah hotel dekat Seri Kembangan malam tadi. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata, serbuan jam 11.30 malam itu diketuai DSP Mohd Akmalrizal Radzi bersama ASP Nurakmal Firdauz Ahmad dan Inspektor Hanapiah Harun hasil intipan 3 hari. Ketika serbuan, polis menemui pelanggan dan pelacur di tingkat 2 dan 3 hotel berkenaan. 7 pelanggan turut ditahan bagi membantu siasatan. Semakan mendapati 5 wanita itu warga Indonesia dan 3 lagi warga Thailand. Kegiatan ini dipercayai berselindung di bawah perkhidmatan hotel disamping menyediakan perkhidmatan ‘Pelacuran’ kepada pelanggan menggunakan aplikasi Weechat dan MiChat dengan mempromosikan gambar-gambar gadis yang ditawarkan kepada pelanggan. Pelanggan akan menyebut Kod ‘SkyQQ’ kepada bapa ayam berkenaan sebelum mereka dibawa ke bilik hotel yang telah dikhaskan untuk kegiatan pelacuran dengan membayar RM190 hingga RM220. Dalam operasi itu, puluhan kondom dan peralatan seks dirampas. Kesemua tangkapan berusia 25 hingga 52 tahun dibawa balik ke IPD Serdang untuk dibuat saringan air kencing. Kes disiasat dibawah Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 iaitu langgar syarat pas lawatan sosial, Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Perintah Kawalan Pergerakan).

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED