Translate

31 January 2021

Keluarga Angkat Kanak-Kanak Mangsa Dera Harap Dapat Kebumi Jenazah Adik

Keluarga angkat kanak-kanak mangsa dera harap dapat kebumi jenazah adik

BERNAMA
31/01/2021 

MELAKA, 31 Jan -- Keluarga angkat kanak-kanak lelaki yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini, Jumaat lepas, berharap keluarga kandung mangsa terutama ibunya dapat memberi kebenaran untuk keluarga itu untuk menguruskan majlis pengebumian mangsa.

Bapa angkat kanak-kanak malang itu Md Tarmidi Yaacob, 52, berkata, keluarganya telah berjumpa dengan ibu mangsa di bilik mayat ketika proses pengecaman mangsa dilakukan hari ini, dan memohon kebenaran daripada wanita itu, tetapi suspek hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju.

“Kami berserah kepada Allah supaya keluarga kandung 'Adik' dilembutkan hati mereka dan kami masih dalam proses memujuk keluarga mereka lagi, terutama ibu kandung Adik.

“Tadi masa berjumpa pun, ibunya masih menggelengkan kepala lagi dan beberapa pihak termasuk kerajaan negeri, polis dan badan bukan kerajaan, sedang membantu memujuk mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Hospital Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata keluarganya bercadang mengebumikan Adik di Tanah Perkuburan Islam di Bukit Beruntung di Rawang, Selangor sekiranya mendapat kebenaran daripada keluarga kandung mangsa.

Katanya urusan pengebumian itu merupakan tanggungjawab terakhir, yang dapat dilakukan keluarganya untuk kanak-kanak itu yang dianggap sebagai anak bongsu dalam keluarga angkat itu, sekali gus tindakan itu memberi ketenangan untuk keluarganya terutama isterinya, Norlida Abu Hassan, 50.

Md Tarmidi berkata sekiranya jenazah Adik tidak dapat dikebumikan di Rawang ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terpaksa dikebumikan di Melaka, keluarganya tetap berharap tetap dapat menguruskan jenazah mangsa.

Proses bedah siasat kanak-kanak berkenaan dijangka selesai malam ini.

Jumaat lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya, dalam satu kejadian di Taman Krubong Jaya di sini.

Kanak-kanak malang itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, namun siasatan siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.

FOR MORE NEWS GO TO:
Woman Suspect In Child Abuse Case Not A Mental Patient - Police

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED