Translate

31 January 2021

PKP Di Dua Daerah Di Sarawak, Penjara Simpang Renggam Dan Kuarters Kakitangan Dikenakan PKPD



PKP di dua daerah di Sarawak, Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan dikenakan PKPD

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Dua daerah di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), manakala Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan di Kluang, Johor pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia adalah susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di kawasan-kawasan terbabit.

"Dua daerah di Sarawak adalah Song dan Kapit, yang mana PKP akan bermula dari 2 Februari hingga 15 Februari.

"Penjara Simpang Renggam dan kuarters kakitangan pula akan dikenakan PKPD bermula 1 hingga 14 Februari.

"SOP PKPD di penjara ini juga sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.

"SOP PKP pula sama seperti yang diumumkan sebelum ini antaranya tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dua wakil isi rumah, pergerakan kecemasan dengan kebenaran PDRM dan aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula jam 6:00 pagi sehingga 8:00 malam," katanya dalam kenyataan media harian.

Pelaksanaan PKP dan PKPD ini, tambahnya, akan membantu memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan saringan secara bersasar untuk memastikan tiada penularan jangkitan dalam komuniti.

Source: Astro Awani



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 5 hrs 13 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 7 hrs 54 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 7 hrs 54 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 9 hrs 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 11 hrs 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 12 hrs 4 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 12 hrs 6 mins ago