Translate

29 January 2021

Tiada Penutupan Ekonomi Penuh - Zafrul


Tiada penutupan ekonomi penuh - Zafrul


Astro Awani

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan melaksanakan penutupan ekonomi sepenuhnya meskipun angka penularan COVID-19 terus meningkat, tegas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurut Zafrul sebaliknya langkah bersasar seperti dilaksanakan Kerajaan ketika ini akan diperkukuh sekiranya keadaan menjadi semakin buruk.

"Untuk senario yang buruk, kita akan mengambil langkah bersasar. Kita tidak akan melaksanakan penutup ekonomi sepenuhnya.

"Kita perlu fokus kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat. Jika angka jangkitan menurun sekalipun dan kita tidak memberikan tumpuan kepada SOP ketat, angka ini boleh kembali meningkat," katanya ketika di temubual saluran CNBC.

Zafrul pada masa sama berkata kerajaan akan terus memantau sekiranya wujud keperluan mengetatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sedia ada.

"Meskipun kita saksikan angka jangkitan mendatar, kita akan terus memantau sebelum membuat sebarang keputusan sama ada mahu meneruskan sekatan sedia ada.

Sementara itu Zafrul berkata risiko negatif dari pelaksanaan PKP masih wujud meskipun kerajaan melaksanakan langkah rangsangan termasuk memperuntukan Belanjawan 2021 yang terbesar.

"Wujud risiko. Kami akan terus mengawal penularan COVID-19 supaya lebih banyak sektor ekonomi boleh dibuka.

"PKP 2.0 ini berbeza kerana 90 peratus sektor ekonomi yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dibuka. Cuma kita lakukan sekatan aktiviti sosial," katanya.

Justeru Zafrul yakin sasaran pertumbuhan 6.5 peratus hingga 7.5 peratus bagi 2021 masih boleh dicapai, disokong segala langkah rangsangan yang diwujudkan.

Sementara itu Zafrul berkata sasaran defisit fiskal masih kekal pada 5.4 peratus tahun ini susulan perbelanjaan besar melalui pakej rangsangan.

"Masih terlalu awal untuk menilai. Jika kami perlu menyuntik lagi pakej rangsangan, kerajaan akan lakukan dan ia sudah pasti akan menjejaskan sasaran defisit fiskal.

"Namun jika ia membantu pertumbuhan KDNK dan pendapatan, sasaran (defisit fiskal) masih kekal,' katanya.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED