Translate

31 January 2021

Bapa Cemas Dua Anak Terperangkap Dalam Kereta

Bapa cemas dua anak terperangkap dalam kereta

BERNAMA
30/01/2021 

JOHOR BAHRU, 30 Jan -- Seorang bapa berdepan detik cemas apabila dua anak perempuannya terperangkap di dalam kereta yang diletak di hadapan sebuah kedai di Jalan Pulai Perdana, Taman Pulai Perdana, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata seramai 10 anggota bersama satu jentera digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.37 petang.

Beliau berkata bapa berumur lingkungan 40-an itu difahamkan meninggalkan kedua-dua anaknya yang berumur lima dan enam tahun terbabit di dalam kenderaan pacuan empat roda itu untuk ke tandas.

"Menurut bapa terbabit, dia telah meminta seorang daripada anaknya mengunci kereta sebelum dia meninggalkan mereka.

"Menurut bapa itu lagi seorang daripada anaknya juga pandai membuka pintu kereta tetapi sebaik kembali ke kenderaan dia mendapati kedua-dua anaknya tertidur," katanya dalam kenyataan.

Mohd Riduan berkata sebaik sahaja pihak bomba memulakan operasi untuk membuka pintu kenderaan dengan menggunakan peralatan khas, seorang daripada kanak-kanak terbabit tersedar lalu terus membuka pintu.

Beliau berkata kedua kanak-kanak itu diserahkan kepada bapa mereka dalam keadaan selamat dan operasi terbabit tamat pada 5.56 petang.
 


 Bapa cemas dua anak terperangkap dalam kereta

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Perai viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 55 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PM Anwar hadir majlis rumah terbuka Ahmad Zahid di' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 15 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Ringgit rises, Dollar slips on escalating trade di' 17 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota polis tertembak diri sendiri dipercayai ad' 30 mins ago