Translate

30 January 2021

48 Petugas Kesihatan HSNZ Dijangkiti COVID-19


48 Petugas Hospital Sultanah Nur Zahirah Positif COVID-19  

48 petugas kesihatan HSNZ dijangkiti COVID-19

Astro Awani

Sejumlah 48 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dijangkiti COVID-19 hingga Jumaat.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus dalam satu kenyataan berkata kesemua mereka yang dijangkiti telah diasingkan dan diberi rawatan.

"Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan kenyataan bahawa terdapat jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan di HSNZ.

"Siasatan bagi mengenal pasti punca jangkitan sedang dijalankan, manakala kontak rapat bagi kes terbabit telah disaring dan diasingkan," kata Dr Nor Azimi.

Beliau berkata demikian ketika merujuk tentang isu berkaitan jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan yang ditularkan sejak semalam.

Nor Azimi berkata bagi mengurangkan gangguan perkhidmatan sedia ada, perkhidmatan untuk rawatan kes-kes ringan di Jabatan Kecemasan & Trauma, HSNZ ditutup sementara bermula Jumaat.

Bagaimanapun, katanya, pengurusan rawatan pesakit seperti perkhidmatan Unit Rawatan Rapi (ICU), dewan bedah dan perkhidmatan kecemasan masih berjalan dengan baik dan berada dalam keadaan terkawal.

"Orang awam yang ingin mendapatkan rawatan bagi kes-kes ringan (Green Zone) masih boleh mendapatkan rawatan, bagi kes-kes ringan di Jabatan Pesakit Luar, HSNZ atau klinik-klinik kesihatan berdekatan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Nor Azimi turut meminta orang awam agar tidak menularkan sebarang berita tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, JKNT akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan petugas kesihatan dan pesakit di kawasan hospital.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED