Translate

24 September 2015

Former UMNO Batu Kawan division deputy chief Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan was rearrested under SOSMA

KUALA LUMPUR: Former UMNO Batu Kawan division deputy chief Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan was rearrested at the Duta Court Complex Kuala Lumpur today under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma) for acts of sabotage.
His arrest was confirmed by his lawyer Matthias Chan, who told Astro AWANI that Khairuddin is now being charged under Section 124K and 124L of the Penal Code.
Khairuddin was arrested on Friday and has been released today from the previous charge under Section 124C for attempts to topple the government.
PETALING JAYA: Naluri pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida yang menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terbukti benar.
Menerusi akaun Instagram, beliau meluahkan perasaan susulan penahanan semula suaminya sebaik sahaja dibebaskan.
Khairuddin ditahan reman selama enam hari yang berakhir hari ini (Rabu) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 (c) kerana cuba menggulingkan kerajaan.
“Benar betul naluri ku.. apa yang bakal terjadi. Abg telah dibebaskan dari Akta 124C.. tak sampai 5mins abg telah ditahan semula ,utk akta 124K, 124L, under Sosma. Subhanallah” tulisnya yang turut memuatnaik gambar suaminya bersama peguam.
Khairuddin, bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan ditahan semula sebaik dibebaskan mengikut Seksyen 124 K dan 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan mensabotaj.
Beliau juga didakwa melakukan jenayah dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas ) 2012 atau SOSMA.
Peguamnya yang dihubungi FMT, Haniff Khatri Abdullah berkata, walaupun ditahan semula, Khairuddin tetap bersemangat tinggi dan serta tabah kerana tahu dengan apa yang dilakukannya.
“Disebalik dugaan ini, Khairuddin tetap berpuasa sunat hari ini,” katanya yang berjumpa dengan anak guamnya itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, lewat petang tadi.
Haniff berkata, mengikut SOSMA 2012, pegawai polis berpangkat superintendan dan ke atas boleh menahan Khairuddin selama 28 hari tanpa perlu mendapat perintah reman daripada majistret.
Khairuddin ditahan dipercayai kerana tindakannya membuat aduan kepada pihak berkuasa di beberapa negara asing berkenaan skandal 1MDB.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED